Isnin, 4 April 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


PKR tanding di 47 kerusi, tak dapat elak Snap

Posted: 03 Apr 2011 11:06 PM PDT

KUCHING, 4 April — Pertembungan antara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dilihat tidak dapat dielakkan dengan pengumuman PKR akan bertanding di 47 kerusi pada pilihan raya negeri kali ini.

Keputusan PKR mahu bertanding di 47 kerusi diumumkan pada majlis pengumuman calon dan penyerahan watikah bagi zon Sarawak tengah dan utara diadakan di sebuah hotel di Sibu hari ini.

Kelmarin, Snap berkata ia akan bertanding di 27 kerusi.

Empat kerusi lagi yang akan ditandingi PKR masih di peringkat rundingan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu bersama PAS dan DAP akan memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional (BN) pada kali ini.

Di peringkat Sarawak, Snap merupakan rakan Pakatan Rakyat.

PAS dan DAP masing-masing bertanding di lima dan 15 kerusi.

"Kita akan bersungguh-sungguh berkempen dan memberikan penerangan kepada penduduk Sarawak untuk memberikan dokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Pilihan raya Sarawak kali ini merupakan sejarah kerana buat pertama kali BN diberi tentangan sengit," kata Anwar.

Senarai calon PKR diumum hari ini:

N1. Opar — Boniface Willy Anak Tumek

N2. Tasik Biru — John Tenewi Nuewk

N4. Pantai Damai — Wan Zainal Abidin Wan Senusi

N5. Demak Laut — Ali Hossen Abang

N6. Tupong — Baharuddin @ Din Shah Mokhsen

N7. Samariang — Zulrusdi Mohamad Hol

N8. Satok — Ahmad Nazib Johari

N11. Batu Lintang — See Chee How

N14. Asajaya — Arip Ameran

N16. Bengoh — Willie Anak Mongin

N17. Tarat — Peter Ato Anak Mayau

N18. Tebedu — Christopher Anak Kiyui

N19. Kedup — Lainus Anak Andrew Luwak

N21. Simunjan — Mashor Hossen

N23. Lingga — Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan

N25. Balai Ringin — Ibi Anak Uding

N26. Bukit Begunan — Jimmy Lim

N28. Engkilili — Marudi @ Barudi Anak Mawong

N29. Batang Ai — Nicholas Bawin Anak Anggat

N30. Saribas — Abang Zulkifli Abang Engkeh

N31. Layar — Stanny Embat Pharoh Anak Laja

N32. Bukit Saban — Jerah Anak Engkiong

N33. Kalaka — Mohd Yahya Abdullah

N34. Krian — Ali Anak Biju

N35. Belawai — Abdul Wahab Abdullah

N37. Daro — Jamaluddin Ibrahim

N42. Meluan — John Brian Anthony Anak Jeremy Guang

N43. Ngemah — Aris Anak Alap

N44. Machan — Chen Nguk Fa

N49. Nangka — Norisham Mohamed Ali

N50. Dalat — Sylvester Ajah Subah

N51. Balingan — Suriati Abdullah

N52. Tamin — Mengga Anak Mikui

N53. Kakus — Paul Anyie Raja

N54. Pelagus — Edward Sumbang Anak Asun

N55. Katibas — Munan Anak Laja

N56. Baleh — Bendindang Anak Manjah

N57. Belaga — Basah Kesing @ Ali Basar Kesing

N58. Jepak — Abdul Jalil Bujang

N60. Kemena — Bernard Binar Bayang Anak Rading

N61. Bekenu — Ishak Mahwi

N62. Lambir — Zolhaidah Suboh

N65. Senadin — Michael Teo Yu Keng

N67. Telang Usan — Ngau Laing

N69. Batu Danau — Lau Liak Koi

N70. Ba'Kelalan — Baru Bian

N71. Bukit Sari — Japar Suyut


MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PKR bidas OKU ditahan bawah ISA

Posted: 03 Apr 2011 10:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 April — Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam tindakan Putrajaya menahan seorang anggota parti yang berkategori Orang Kelainan Upaya (OKU) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Jumaat lalu.

Kata Dr Wan Azizah (gambar), tindakan itu menggambarkan yang kerajaan tidak mengendahkan desakan rakyat tetapi menunjukkan sikap BN yang sudah terlalu angkuh.

"Apatah lagi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Jumaat lalu telah meluluskan usul (menggesa) memansuhkan ISA," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

"Kita difahamkan Kadir Hashim dikaitkan dengan militan di Kemboja. Jika benar dakwaan tersebut, Kadir hendaklah dibawa kemuka pengadilan, dibicarakan dan dibenarkan membela diri.

"Negara ini mempunyai cukup akta dan undang-undang yang boleh digunakan, umpamanya Akta Polis dan Kanun Keseksaan," katanya lagi.

Kadir, ditahan polis mengikut Seksyen 73(1) ISA di Kampung Kerinchi di sini.

Anggota PKR itu ditahan dalam serbuan melibatkan 20 anggota polis berpakaian preman di rumahnya kira-kira pukul 6.50 petang.

Sehubungan itu kata Dr Wan Azizah, PKR dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa bicara Kadir yang jelas membelakangi hak asasi manusia.

"Justeru, penahanan ini sebenarnya hanya bermotifkan politik dan sengaja untuk menenggelamkan isu-isu panas yang berkaitan dengan pilihan raya negeri Sarawak yang semakin hampir.

Dr Wan Azizah berkata PKR mahu ISA dimansuhkan dan kesemua tahanan yang ada didakwa di mahkamah dan dibicarakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

"PRK sedar bahawa ketenteraman awam itu adalah penting dan mesti dipertahankan tetapi penahanan tanpa bicara melalui ISA itu jelas sekali zalim dan di luar kemanusiaan," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan