Isnin, 4 April 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Johor: Indeks jenayah jalanan turun

Posted: 03 Apr 2011 12:37 PM PDT

Wilayah

KOPERAL  Sahak Haron memberi penerangan mengenai risalah kepolisan kepada  Yam Darus (dua dari kanan) dan Robiah Matap  (dua dari kiri) serta Maria Mazlan  berhubung kerjasama antara polis dengan  masyarakat untuk membanteras jenayah.

KOPERAL Sahak Haron memberi penerangan mengenai risalah kepolisan kepada Yam Darus (dua dari kanan) dan Robiah Matap (dua dari kiri) serta Maria Mazlan berhubung kerjasama antara polis dengan masyarakat untuk membanteras jenayah.

Penurunan hasil kerjasama erat orang ramai dengan polis

JOHOR BAHRU: Perangkaan jenayah jalanan di seluruh Johor bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, berkurangan 22.08 peratus atau 221 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

Penurunan yang membabitkan pelbagai jenayah jalanan dan kekerasan seperti ragut, samun tanpa senjata api dan samun berkawan tanpa senjata api, itu antara lain hasil kerjasama orang ramai dalam membantu polis membanteras jenayah. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kejayaan itu berikutan kesediaan masyarakat menjadi 'mata dan telinga' polis dengan menyalurkan maklumat penting bagi membongkar kegiatan jenayah.

Katanya, sebanyak 780 kes jenayah jalanan direkodkan sejak Januari hingga Mac tahun ini berbanding 1,001 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Dalam tempoh sama tahun ini, seramai 108 suspek sudah ditahan.

"Ini adalah usaha bersama antara polis dan masyarakat dalam memerangi jenayah. Saya pasti jika kerjasama ini berterusan, kedudukan jenayah indeks di negeri ini boleh dikurangkan lagi," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan masyarakat negeri ini semakin mengambil berat situasi jenayah yang berlaku di sekeliling mereka, sekali gus mahu melihat Johor terus bebas dari masalah itu.
Katanya, jika masyarakat hanya mengharapkan penyelesaian dilakukan polis saja dalam hal berkaitan jenayah, pasti penurunan itu tidak dapat dilaksanakan.

"Sebab itu, kita tidak mahu masyarakat berdiam diri dan sebaliknya sentiasa bekerjasama dengan kami. Kita percaya berkat sokongan diberikan semua pihak, kadar indeks ini akan terus menurun pada tahun depan," katanya.

Mohd Mokhtar berkata, kewujudan bit polis terutama di 'kawasan panas' turut menyumbang kepada penurunan kadar jenayah jalanan di negeri ini.

"Walaupun polis bertugas 24 jam sehari untuk mencegah jenayah, kami juga memerlukan sokongan padu daripada masyarakat untuk terus menyokong segala tindakan yang diambil.

"Ini disebabkan ada ketika moral dan motivasi anggota kami terjejas berikutan beberapa insiden yang menggugat kredibiliti polis, selain wujud kenyataan memburukkan polis oleh pihak berkepentingan," katanya.

Beliau menegaskan, masyarakat tidak wajar 'menjatuhkan' hukuman terhadap polis yang sentiasa berusaha menegakkan undang-undang kerana ia umpama 'marahkan nyamuk, kelambu dibakar'.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sentral: Anjing liar berkeliaran cemar imej Putrajaya

Posted: 03 Apr 2011 12:35 PM PDT

Wilayah

ANJING liar dipercayai menghuni kawasan hutan dan ladang kelapa sawit kini berkeliaran mencari makan hingga ke Putrajaya.

ANJING liar dipercayai menghuni kawasan hutan dan ladang kelapa sawit kini berkeliaran mencari makan hingga ke Putrajaya.

Orang ramai tak selesa kunjungi tempat awam

PUTRAJAYA: Masalah anjing liar yang jumlahnya semakin bertambah mula menghantui bandar raya pentadbiran ini.

Kumpulan anjing liar berkenaan dipercayai menghuni beberapa kawasan hutan dan ladang kelapa sawit di sekitar sini dan berkeliaran mencari makan hingga ke dalam Putrajaya. Jika tidak dikawal pada peringkat awal, ia akan menjadi masalah yang sukar dibendung pada masa depan.

Selain beberapa kawasan pinggir Putrajaya, kumpulan anjing liar itu juga berkeliaran di padang permainan awam seperti padang ragbi Putrajaya di Presint 5 berhampiran.

Orang ramai yang menggunakan padang itu meminta pihak berkuasa mengambil tindakan, termasuk menembak anjing liar bagi mengelakkan ia membiak dan menjadi masalah kepada penghuni dalam jangka panjang.

Tinjauan Sentral baru-baru ini mendapati sekurang-kurangnya sekumpulan 10 anjing liar berada di sekitar padang ragbi itu.
Kawasan perkuburan di Presint 20 juga menjadi lokasi anjing 'bersantai.'

Pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, berkata kehadiran anjing liar itu menakutkan orang ramai, khususnya kanak-kanak untuk mengunjungi padang berkenaan.

"Anjing liar berkeliaran di Putrajaya sejak beberapa bulan lalu dan kawasan padang seolah-olah sarang mereka.

"Ia perlu dikawal kerana lama-kelamaan jumlahnya akan jadi banyak dan sukar dikawal," katanya.

Selain itu, beliau meminta Perbadanan Putrajaya (PPj) perlu bertindak segera supaya haiwan itu tidak berkeliaran memasuki kawasan perumahan, selain memberikan gambaran tidak elok kepada pusat pentadbiran kerajaan itu.

Khairul Amin Hamah, 29, berkata sukar menangkap anjing liar itu kerana jumlahnya yang semakin banyak dan mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menembak ubat pelali untuk menangkapnya.

"Buat masa ini mungkin anjing itu tidak ganas tetapi siapa tahu keadaan boleh menjadi buruk jika ia terlalu lapar atau mungkin bertindak agresif," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan