Isnin, 4 April 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Saksi dakwa diugut

Posted:

Saksi dakwa diugut

Saksi dakwa diugut

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 April - Bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim hari ini mendakwa diugut oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika hadir memberi keterangan dalam prosiding Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang bersidang pada Sabtu lalu.

Menjawab soalan yang dikemukakan oleh Christopher Leong, peguam yang mewakili Majlis Peguam Malaysia, Hishamuddin memaklumkan beliau membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut kerana merasa terancam dengan kata-kata lelaki itu.

''Pada 2 April lalu, ketika saya menghadiri suruhanjaya ini, sebelum masuk pintu bilik saksi, saya telah diugut oleh seorang lelaki bersama dua peguam yang hadir bagi pihak Majlis Peguam Malaysia.

''Mereka ketika itu berada di koridor sedang berbincang. Dia menjerit nama saya dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan pada saya,'' jelas beliau.

Semasa ditemui di luar mahkamah, peguam Cheow Wee menjelaskan, beliau dan seorang lagi peguam, S. Sivaneinindran sedang berbincang di koridor apabila seorang lelaki yang tidak dikenali menghampiri mereka yang kemudiannya menjerit serta mengeluarkan kata-kata kesat apabila melihat Hishammudin.

Walaupun langsung tidak mengenali lelaki itu, kata Cheow Wee, beliau memohon maaf kerana kejadian itu tidak sepatutnya berlaku apabila ditegur oleh Hishamuddin yang menyangkakan dia dan lelaki tersebut saling mengenali.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Shukri Abdull berkata, pihaknya menghadapi masalah kekurangan pegawai terutama di Selangor yang sekali gus menyebabkan kerja selama 24 jam tanpa rehat sebagai amalan biasa.

Katanya, SPRM juga menghadapi masalah kekurangan pegawai berbangsa Cina yang amat diperlukan untuk operasi tertentu serta gagal menarik minat mereka walaupun gaji asas yang ditawarkan agak lumayan selain bekerjasama dengan sebuah persatuan Cina bagi memperkenalkan agensi itu.

''Sepatutnya pegawai penyiasat tidak boleh turun padang, dia hanya bagi arahan dan rancang siasatan. Begitu juga pegawai perakam. Tapi dalam kes ini (penyelewengan peruntukan wakil rakyat) semua terpaksa turun padang sebab tidak cukup pegawai,'' jelas beliau.

Berhubung aduan salah laku membabitkan pegawai SPRM, jelas beliau, kes-kes membabitkan kekasaran fizikal terhadap suspek akan diserahkan kepada polis manakala yang bukan melibatkan perbuatan jenayah akan disiasat oleh bahagian tatatertib yang dikenali sebagai Profesionalisme dan Kecemerlangan.

Berhubung tindakan pegawai yang didakwa menonton pornografi melalui komputer di pejabat pada 16 Julai 2009, kata Shukri, beliau telah memberi arahan agar tindakan diambil terhadap mereka yang terbabit.

Prosiding suruhanjaya bagi menyiasat kematian Beng Hock, 30, pada 16 Julai 2009, yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengawal keselamatan dihukum gantung

Posted:

Pengawal keselamatan dihukum gantung

Pengawal keselamatan dihukum gantung

SHAH ALAM 4 April - Seorang pengawal keselamatan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 9,482 gram kanabis, tiga tahun lalu.

Ahmad Shafila Mohamad Arshad, 40, kelihatan tenang namun ahli keluarganya dilihat menangis teresak-esak di galeri awam ketika mendengar keputusan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Menurut beliau, mahkamah sukar mempercayai keterangan tertuduh yang mendakwa, dia hanya menemani dua rakan ke stesen minyak Shell dan tidak tahu menahu tentang transaksi dadah yang dibuat di situ.

Beliau berkata, mahkamah menerima keterangan beberapa saksi pendakwaan yang melihat tertuduh berjalan keluar dari stesen minyak menuju ke kereta, membuka pintu kereta, memegang dadah dan seterusnya mengira jumlah dadah itu.

''Meskipun dua lagi suspek berjaya melarikan diri namun tidak bermakna tertuduh tiada peranan.

''Malah peranan tertuduh adalah penting memandangkan dia yang menyerahkan dadah kepada pembeli selepas wang diserahkan,'' katanya.

Tertuduh yang diwakili peguam Datuk Haniff Hashim itu didakwa melakukan perbuatan itu bersama dua yang masih bebas di kawasan stesen minyak Shell, Lot 5729 Batu 6 1/2, Ulu Gombak pada pukul 10.05 malam, 26 Februari 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) yang membawa hukuman mati mandatori.

Timbalan Pendakwa Raya, Yong Leou Shin mengemukakan 14 saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan dan tertuduh membela diri tanpa mengemukakan saksi lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan