Utusan Online - Jenayah |
12 murid SK Mawai dicabul dua warga asing Posted: 12 murid SK Mawai dicabul dua warga asingKOTA TINGGI 4 April - Seramai 12 murid perempuan di Sekolah Kebangsaan (SK) Mawai di Kampung Mawai Baru di sini dikatakan menjadi mangsa cabul dua warga asing yang mengendalikan sebuah kedai runcit bertentangan dengan sekolah itu. Kejadian yang menimpa murid Tahun 5 dan 6 itu terbongkar apabila salah seorang mangsa mengadu kepada gurunya mengenai kejadian itu. Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin (gambar) berkata, guru itu kemudian mengumpulkan semua murid perempuan Tahun 5 dan 6 di sekolah itu untuk mendapatkan maklumat mengenai mangsa-mangsa lain yang pernah dicabul. "Siasatan awal mendapati, seramai 12 murid mendakwa pernah dicabul oleh dua pekedai itu sejak Oktober tahun lalu ketika mereka datang ke kedai itu untuk membeli makanan ringan selepas tamat sesi persekolahan dan kelas tambahan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, di sini hari ini. Menurutnya, polis telah merakamkan percakapan kesemua mangsa dan mendapati, kejadian terakhir berlaku pada 15 Mac lalu. Susulan daripada itu, dua lelaki warga asing berusia 21 dan 27 tahun dari India dan Pakistan ditahan untuk membantu siasatan. Katanya, kedai itu dipercayai milik penduduk tempatan namun ia telah disewakan kepada dua suspek sejak tahun 2007. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan