Jumaat, 1 April 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Mahkamah Tinggi batal pekeliling Kerajaan Selangor

Posted:

Mahkamah Tinggi batal pekeliling Kerajaan Selangor

Mahkamah Tinggi batal pekeliling Kerajaan Selangor

SHAH ALAM 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk membatalkan pekeliling Kerajaan Negeri Selangor yang melarang kakitangannya disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di luar waktu pejabat.

Hakim Siti Zaleha Yusof turut menolak permohonan kerajaan negeri yang diwakili oleh peguam Tommy Thomas dan Fahda Nur Ahmad Kamar untuk menggantung sementara prosiding mahkamah tersebut sehingga Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock selesai.

Menurut Hakim Siti Zaleha, prosiding mahkamah itu tiada sebarang kaitan dengan suruhanjaya tersebut yang sedang bersidang di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Hakim tersebut memutuskan demikian setelah beliau menerima pakai keputusan dalam kes Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah yang membuat permohonan sama namun ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 Disember 2009.

Pekeliling No. 4 bertarikh 28 Julai 2009 itu dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud bagi menghalang kakitangan kerajaan Selangor ditemu duga oleh pegawai SPRM di luar waktu pejabat.

Ia didraf selepas Beng Hock, setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati selepas ditemu duga oleh pegawai SPRM Selangor di Plaza Masalam di sini pada 16 Julai 2009.

Pekeliling tersebut turut menyatakan semua perjumpaan atau proses temu duga bagi tujuan itu hanya boleh dilakukan dari pukul 8 pagi hingga 6.30 petang dan kerajaan negeri menyediakan khidmat guaman kepada mereka semasa SPRM menjalankan siasatan.

Pada 20 Ogos 2009, Abdul Gani memfailkan saman pemula bagi mendapatkan deklarasi bahawa pekeliling berkenaan tidak sah dan terbatal.

Pada prosiding hari ini, Peguam Negara diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan.

Fahda Nur ketika dihubungi oleh pemberita menyatakan, pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes saman Sheila Rusly, Azlina berakhir

Posted:

Kes saman Sheila Rusly, Azlina berakhir

Kes saman Sheila Rusly, Azlina berakhir

KUALA LUMPUR 1 April - Selepas hampir empat tahun, kes saman pelakon dan penerbit drama, Sheila Rusly terhadap bekas rakan kongsinya berhubung Restoran Nasi Dagang House (NDH) berakhir apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam membubarkan restoran terbabit.

Selain itu, mahkamah memerintahkan segala keuntungan yang diperoleh daripada Restoran Ulik Mayang dari 1 Oktober 2005 hingga ke tarikh penghakiman dan kos guaman dibayar oleh Datuk Azlina Che Abdullah kepada Sheila, 40, selaku plaintif.

Restoran Ulik Mayang dibuka oleh bekas rakan kongsinya yang juga pengasas D'Navechee Beauty itu selepas NDH ditutup.

Menurut penghakiman Hakim Lim Yee Lan yang dibaca oleh Timbalan Pendaftar, Hamidah Mohamed Deril, perjanjian lisan antara plaintif dan Azlina, 44, selaku defendan dibatalkan serta NDH dibubarkan berkuat kuasa semalam.

Defendan juga perlu menyerahkan semua rekod dan akaun perniagaan NDH untuk tempoh 11 Julai hingga 30 September 2005 kepada juruaudit bertauliah untuk ditaksirkan untung rugi restoran itu untuk dikira agihan keuntungan.

Selain itu, Azlina perlu menyerahkan dokumen-dokumen urusniaga Restoran Ulik Mayang sehingga semalam kepada juruaudit bertauliah bagi pengiraan keuntungan yang diperoleh dan jumlah tersebut perlu dibayar kepada Sheila.

Sementara itu, Sheila ketika dihubungi melahirkan kesyukuran atas keputusan tersebut dan berterima kasih kepada mereka yang telah menyokongnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan