Ahad, 17 April 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Tegas kuat kuasa Zon Bersih

Posted:

Tegas kuat kuasa Zon Bersih

Tegas kuat kuasa Zon Bersih

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my


Abdul Hamid Husin (tengah) melancarkan program pekan Ampang ke arah Zon Bersih 2011 di Bandar Baru Ampang, baru-baru ini. Turut kelihatan, Sarodin Shaari (kiri) dan Tan Hua Meng.


AMPANG JAYA 17 April - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik atau penyewa premis di kawasan pekan Ampang yang dikesan melanggar peraturan Zon Bersih.

Timbalan Yang Dipertuanya, Abd. Hamid Husin berkata, tindakan itu bukan sahaja bertujuan memastikan pekan itu memenangi beberapa kategori yang dipertandingkan tetapi yang lebih penting ialah untuk mengubah sikap dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebersihan.

Menurutnya, bagi memastikan seluruh warga pekan Ampang menikmati persekitaran yang bersih dan sihat, semua pihak perlu bekerjasama dalam menjaga kebersihan.

"Soal kepadatan penduduk serta keluasan pekan Ampang yang dikatakan menjangkau sehingga 3.1 kilometer persegi tidak harus dijadikan halangan dalam soal menjaga kebersihan kerana yang penting adalah warganya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pekan Ampang Ke Arah Zon Bersih 2011 di pekarangan sebuah pusat beli-belah di pekan itu di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, MPAJ, Drs. Sarodin Shaari dan Ahli Majlis Zon 8, Tan Hua Meng .

Abd. Hamid berkata, kriteria penilaian mengikut penggredan A, B, C dan D sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan dijangka berakhir pada Mei nanti.

Pemarkahan akan diberikan berdasarkan kepada beberapa kategori, antaranya, pemantauan kebersihan (300 markah), penyelenggaraan infrastruktur (200), penyelenggaraan longkang (200), penglibatan komuniti (50) dan lain-lain.

Katanya, berbanding pekan lain di negeri ini, Pekan Ampang dilihat sudah cukup lengkap terutama dari segi infrastruktur tetapi soal kebersihan masih lagi memerlukan pemantauan secara berterusan.

"Pengalaman mengendalikan Pandan Indah, yang sebelum ini telah diisytiharkan sebagai Zon Bersih kira-kira dua tahun lalu diyakini dapat membantu MPAJ menjayakan program yang sama di pekan Ampang,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Memoir Ahmad Sarji Given In Trust dilancar hari ini

Posted:

Memoir Ahmad Sarji Given In Trust dilancar hari ini

Memoir Ahmad Sarji Given In Trust dilancar hari ini

KUALA LUMPUR, 17 April — Memoir Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang berjudul Given in Trust dilancarkan hari ini.

Memoir setebal 922 muka surat itu dilancarkan oleh isteri beliau Toh Puan Sagiyah Salikin dan diterbitkan oleh MPH Group Publishing.

Given in Trust adalah berdasarkan kisah peribadi Ahmad Sarji meliputi kehidupan beliau pada zaman kanak-kanak, ketika bergelar pelajar dan berkhidmat dalam sektor awam sebelum berkecimpung dalam dunia korporat, selain aktiviti badan bukan kerajaan yang disertainya dalam tempoh 72 tahun, iaitu dari 1930-an hingga 2010.

Ahmad Sarji mengambil masa hampir 12 tahun bagi menyiapkan memoir itu berikutan terpaksa mengagihkan masa dengan tugasan lain yang menuntut perhatian beliau.

Buku itu memaparkan pelbagai aspek kerjaya cemerlang Ahmad Sarji bermula dari zaman kanak-kanak dan persekolahannya Tapah, Perak dan bagaimana beliau menyertai Perkhidmatan Pentadbiran Melayu pada 1961 hingga ke hari ini.

Dalam tempoh kurang dari tiga tahun, beliau dilantik sebagai Pegawai Daerah Rembau, Negeri Sembilan, dan dari situ, kerjayanya perkhidmatan awamnya meningkat dengan pantas yang menyaksikan Ahmad Sarji memegang pelbagai jawatan di peringkat kerajaan negeri, Persekutuan dan Kabinet, sebelum tiba di kemuncak dengan jawatan tertinggi sebagai Ketua Setiausaha Negara dari 1990 hingga 1996.

Kemudian, pada usia kebanyakan orang memilih untuk bersara, Ahmad Sarji memulakan lembaran baru dalam hidupnya dengan menyertai sektor korporat selaku Pengerusi PNB, selain diberi kepercayaan menerajui beberapa pertubuhan lain iaitu Presiden Pertubuhan Komanwel bagi Pengurusan dan Pentadbiran Awam (Capam), Pengerusi Pengasas Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia dan Pengerusi Golf Profesional Malaysia.

Pencapaian Ahmad Sarji juga membolehkan beliau memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan seperti Tokoh Maal Hijrah 1999 dan Tokoh Melayu Terbilang.

Beliau dianugerah gelaran Tun pada 2008.

Memoir berkenaan boleh didapati di semua kedai buku pada harga RM79. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Abdul Khair, Nor Faizah johan tilawah Selangor

Posted:

Abdul Khair, Nor Faizah johan tilawah Selangor

Abdul Khair, Nor Faizah johan tilawah Selangor

KUALA LANGAT 17 April - Guru al-Quran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dinobatkan sebagai johan qari Tilawah al-Quran peringkat negeri Selangor yang diadakan di Masjid Jamek As-Solihin, Kampung Kanchong Darat di sini baru-baru ini.

Abdul Khair Jalil, 32, yang mewakili daerah Klang berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000, satu persalinan pakaian, pakej mengerjakan umrah, piala iringan dan sijil penyertaan.

Johan qariah pula dirangkul oleh penuntut Universiti Malaya, Nor Faizah Panut, 22, yang mewakili Hulu Langat.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Abdul Khair ketika ditemui berkata, beliau tidak menyangka akan terpilih sebagai johan kerana ini kali pertama menyertai pertandingan berkenaan.

"Saya memang tidak sangka sebab tidak mengetahui bagaimana persaingan di pertandingan ini dan masih tidak berpengalaman," kata pemuda yang berasal Tapah, Perak itu.

Bagi Nor Faizah pula, kemenangan itu merupakan yang ketiga diraihnya setelah muncul juara kali pertama pada 2008 ketika berusia 18 tahun.

"Sudah tentu saya gembira dan bersyukur dapat menjuarai semula pertandingan tilawah ini setelah menduduki tempat kedua pada tahun lalu.

"Saya pernah memenangi tilawah ini pada tahun 2008 dan 2009," jelas penuntut tahun dua jurusan Syariah Ekonomi itu.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, pertandingan tilawah yang bermula Isnin lalu disertai 19 peserta yang mewakili sembilan daerah.

Jelasnya, johan qari dan qariah akan mewakili Selangor ke Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak pada Jun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan