Ahad, 17 April 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Siasatan kes video seks selesai

Posted:

Siasatan kes video seks selesai

Siasatan kes video seks selesai


Imej lelaki dalam klip video seks hasil rakaman cctv pada 21 Februari 2011 yang dimuat naik dalam laman Youtube 2 April lalu.


KUALA LUMPUR - Siasatan polis berhubung rakaman video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin pembangkang telah siap dan menunggu masa untuk dihantar ke pejabat Peguam Negara.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Katanya, laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

"Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata, polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Menu baru cegah obesiti

Posted:

Menu baru cegah obesiti

Menu baru cegah obesiti

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my


PENGUSAHA kantin bukan sahaja perlu mengurangkan kekerapan menjual nasi lemak tetapi juga makanan ringan yang digoreng seperti nugget. - Gambar hiasan


SUBANG JAYA - Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.

Walaupun beliau menganggap nasi lemak mempunyai khasiatnya sendiri, pengambilan makanan itu secara kerap dan berlebihan akan mendorong seseorang itu mengalami obesiti.

"Peraturan melarang penjualan makanan tidak berkhasiat ini termasuk air bikarbonat bukan sahaja melibatkan pengusaha kantin tetapi juga penjaja lain di sekitar kawasan sekolah,'' katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan peringkat kebangsaan ke-5 2011 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peluru dalam bilik hotel masih misteri

Posted:

Peluru dalam bilik hotel masih misteri

Peluru dalam bilik hotel masih misteri

KUALA LUMPUR - Siasatan polis mendapati sebuah bilik hotel iaitu lokasi penemuan sejumlah peluru pelbagai jenis pada Rabu lalu telah didaftar atas nama seorang lelaki warga Sri Lanka.

Sumber berkata, setakat ini siasatan mendapati nama lelaki tersebut tiada di dalam rekod pihak Imigresen.

"Pemeriksaan mendapati bilik tersebut didaftar atas nama seorang lelaki warga Sri Lanka dengan menggunakan pasport.

"Setakat hari ini (semalam), hasil semakan dengan pihak Imigresen mendapati butiran yang didaftar (lelaki) itu tiada di dalam rekod," katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurut sumber itu, pihaknya tidak menolak kemungkinan lelaki itu menggunakan pasport palsu ketika mendaftar masuk.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan