Sabtu, 16 April 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


26 kedi wanita ditahan Ops Kutip

Posted:

26 kedi wanita ditahan Ops Kutip

26 kedi wanita ditahan Ops Kutip

JOHOR BAHRU 16 April - Jabatan Imigresen negeri menahan 26 kedi wanita warga Indonesia di sebuah kelab golf terkemuka di Kulaijaya di sini kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dalam Ops Kutip hari ini.

Selain menjadi kedi, terdapat di kalangan wanita terbabit dikesan turut menawarkan khidmat seks kepada pemain dan pelanggan kelab selepas tamat waktu bekerja.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Johor, Mohd. Nakhafi Hasan berkata, kesemua wanita berusia 21 hingga 46 tahun itu ditahan pukul 8 pagi ketika baru hendak memulakan kerja, hasil maklumat awam.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua wanita berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri sah dan dipercayai telah bekerja di kelab golf tersebut sejak beberapa bulan lalu.

"Siasatan mendapati ada yang ditahan disyaki turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan kelab golf," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nakhafi, seorang daripada wanita ditahan mendakwa mereka ditipu ejen pekerja asing yang berjanji memberikan mereka permit kerja dengan potongan RM400 daripada gaji bulan sebanyak RM500.

Ujarnya lagi, kesemua wanita tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen di Taman Setia Tropika untuk tindakan susulan dan kes disiasat mengikut Peraturan Imigresen 39 (b) 1963.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pusat hiburan diserbu 22 kali tetap beroperasi upah GRO warga asing

Posted:

Pusat hiburan diserbu 22 kali tetap beroperasi upah GRO warga asing

Pusat hiburan diserbu 22 kali tetap beroperasi upah GRO warga asing

GEORGE TOWN 16 April – Walaupun diserbu pihak berkuasa 22 kali tahun lepas kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral, sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney di sini diserbu sekali lagi malam tadi kerana kesalahan yang sama.

Hasil serbuan itu, sepasukan polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berjaya menahan 12 wanita warga asing yang didapati bekerja tanpa dokumen yang sah.

Ketua Operasi dari Cawangan D7 Bukit Aman, ASP Shahrul Nizam Jaafar berkata, 11 wanita warga China dan seorang rakyat Vietnam itu ditahan ketika leka melayan pelanggan.

"Serbuan itu dibuat hasil intipan selama sebulan berikutan maklumat orang ramai mengenai pusat hiburan yang menawarkan perkhidmatan GRO (pelayan pelanggan) rakyat asing," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan