Ahad, 17 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Raja Petra janji pulang

Posted:

Raja Petra janji pulang

Raja Petra janji pulang

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 April – Pengendali laman blog antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin berjanji akan pulang ke tanah air untuk berhadapan dengan dakwaan memfitnah Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin jika Peguam Negara mahu berbuat demikian.

Raja Petra berkata, beliau akan mengaku bersalah dan rela dipenjarakan jika dituduh memfitnah Azmi dan bukannya dituduh untuk jenayah yang tidak dilakukannnya.

"Itu janji saya jika mereka berjanji untuk mendakwa saya atas jenayah yang betul, tetapi saya sesekali tidak akan berhadapan dengan tuduhan memfitnah 'tiga orang' ( isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Kolonel Norhayati Hassan dan Kolonel Aziz Buyong) yang saya tidak fitnah itu.

"Mereka (Peguam Negara) mesti berjanji bahawa ia adalah satu-satunya tuduhan yang akan saya hadapi dan bukannya menambah tuduhan-tuduhan bagi jenayah yang lain," katanya dalam laman web Malaysia Today hari ini.

Raja Petra berkata, selama tiga tahun media prokerajaan dan propembangkang telah memutar-belit fakta di dalam Akuan Bersumpah yang dibuatnya pada Jun 2008 dengan mengatakan bahawa beliau telah menuduh Rosmah, Norhayati dan Aziz berada di tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh.

"Dari semasa ke semasa saya cuba membetulkan persepsi salah ini. Saya telah cuba tetapi tidak berjaya untuk menerangkan bahawa saya tidak membuat tuduhan sedemikian.

"Sebaliknya, apa yang saya dakwa adalah Leftenan Kolonel Azmi yang membuat dakwaan tersebut memandangkan dia adalah orang nombor dua di dalam Cawangan Khas perisikan tentera, jadi ini bukan calang-calang orang yang bercakap tentang seseorang yang penting di dalam kerajaan," jelasnya.

Katanya, beliau juga tidak pernah menafikan bahawa telah menandatangani Akuan Bersumpah pada 2008 kerana tandatangan dan namanya tertera di dalam dokumen itu.

"Menuduh saya kerana memfitnah Rosmah, Kolonel Aziz dan Kolonel Norhayati adalah dakwaan yang salah. Tuduhan yang betul adalah saya memfitnah Leftenan Kolonel Azmi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jawi siasat rakaman video seks

Posted:

Jawi siasat rakaman video seks

Jawi siasat rakaman video seks

KUALA LUMPUR 16 April – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sedang menjalankan siasatan terhadap kes pendedahan rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang, baru-baru ini.

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkembangan siasatan tersebut setakat ini.

"Saya akan membuat kenyataan dari minggu ke minggu berhubung siasatan yang dijalankan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jalankan siasatan segera

Posted:

Jalankan siasatan segera

Jalankan siasatan segera

BATU PAHAT 16 April - Pihak berkuasa diminta menjalankan siasatan menyeluruh terhadap konspirasi jahat yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan seorang wanita Mongolia seperti yang didedahkan pengendali portal antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa kerana konspirasi itu adalah tindakan subversif yang cukup berbahaya.

"Saya juga hairan kenapa siasatan rapi tidak dibuat sehingga menunggu Raja Petra membuat pendedahan barulah kita hendak mengambil tindakan terhadap Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang didakwa memberikan maklumat kepadanya berhubung perkara itu.

"Pada saya, ini adalah satu perkara yang tidak boleh dilengah-lengahkan (siasatan) dan mengenai kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim pula ia sememangnya sudah musnah dengan pendedahan Raja Petra itu," katanya kepada pemberita selepas Program Juara Rakyat di Taman Sri Penggaram di sini hari ini.

Mengulas pendedahan Raja Petra, Mohd. Puad berkata, Ketua Pembangkang terpaksa mencipta konspirasi jahat itu bagi memastikan cita-cita pembangkang untuk menawan Putrajaya tidak terhalang.

Beliau berkata, Anwar sedar jika Najib dilantik sebagai Perdana Menteri maka peluangnya untuk menawan Putrajaya akan tertutup.

''Anwar berusaha agar ada pemimpin UMNO yang lain dilantik ke jawatan Perdana Menteri kerana sedar jika Najib yang dilantik, maka cita-cita dia untuk menawan Putrajaya tidak akan berjaya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan