Utusan Online - Utara |
- Usahawan Islam perlu bersaing
- Raja Perlis dukacita penyalahgunaan teknologi
- Pakar urut tradisional meninggal dunia
Posted: Usahawan Islam perlu bersaingOleh SAHBULAH DARWI
ALOR SETAR 16 April - Usahawan Islam negara ini perlu sentiasa meningkatkan keupayaan serta peka dengan cabaran semasa untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat antarabangsa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ini termasuk dalam merebut peluang perniagaan yang lebih luas di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). "Banyak yang kerajaan mahu kongsi bersama maka ahli perniagaan melalui Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) perlu mengambil peluang untuk terlibat dalam projek-projek ETP," katanya pada majlis Makan Malam anjuran DPMM Kedah di sebuah hotel, di sini malam tadi. Turut hadir Presiden DPMM, Syed Ali Al-Attas; Yang Dipertua DPMM Kedah, Datuk Md. Noor Omar dan Penasihat DPMM negeri, Tan Sri Osman Arof. Pada majlis itu, Pengarah Urusan Usima Sdn. Bhd., Datuk Yusof Ismail diumumkan sebagai Usahawan Cemerlang, manakala Pengarah Urusan Iktikad Sdn. Bhd., Datuk Seri Mohd. Hizal Othman dipilih sebagai Usahawan Berjaya 2011. Jamil Khir berkata, usahawan Islam tidak dapat lari daripada menghadapi cabaran semasa seperti globalisasi, perubahan politik dan perkembangan teknologi. Katanya, suasana ketika ini tidak lagi seperti dahulu kerana semua perkara berkait rapat dan mempengaruhi antara satu sama lain disebabkan cabaran tersebut. Justeru, usahawan-usahawan perlu menyokong dasar kerajaan kerana ia bertujuan membantu memastikan ekonomi negara berkembang untuk manfaat semua termasuk masyarakat perniagaan Islam. Sementara itu, Yusof melahirkan rasa terharu sebagai penerima pertama anugerah yang julung-julung kali diperkenalkan itu dan menyifatkannya sebagai kejayaan kepada semua kontraktor Melayu. Beliau berkata, syarikatnya bermula daripada bawah sebelum muncul sebagai kontraktor utama di negeri ini dan ia dicapai berkat kerja bersungguh-sungguh dan strategi perniagaan yang baik. "Kontraktor Melayu perlu berusaha lebih giat untuk membuktikan bahawa golongan bumiputera juga mampu berjaya," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Raja Perlis dukacita penyalahgunaan teknologi Posted: Raja Perlis dukacita penyalahgunaan teknologiKANGAR 16 April - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melahirkan rasa dukacita dengan sesetengah masyarakat yang menyalahgunakan teknologi maklumat untuk tujuan tidak berfaedah. Baginda bertitah, amalan-amalan yang tidak berfaedah itu perlu dijauhi supaya masyarakat lebih proaktif dalam menjayakan Wawasan 2020. Bagaimanapun, titah baginda, setiap individu seharusnya membuka minda dan memanfaatkan kepelbagaian sumber maklumat sama ada dalam bentuk cetakan atau digital yang kini boleh diperoleh secara global melalui Internet dan media massa. "Beta menyeru rakyat Perlis melaksanakan tanggungjawab dengan mengamalkan budaya membaca untuk menimba ilmu pengetahuan agar minda sentiasa terbuka dan tidak berada dalam kepompong penjajahan oleh mana-mana pihak," titah baginda. Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Karnival Membaca 1Malaysia dan Pelancaran Serentak Perpustakaan Desa Projek Khas Negeri Perlis sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-68 Raja Perlis di Perpustakaan Desa Taman Kemajuan, di sini hari ini. Berangkat sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu serta Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Maglin D'Cruz. Titah baginda, melalui pembacaan yang jitu, seseorang bebas memilih, menganalisis dan membuat penterjemahan sendiri mengenai pendapat, ilmu serta maklumat yang diperoleh. "Pembacaan adalah santapan minda sebagaimana makanan berkhasiat yang boleh membina badan agar sihat, pembacaan bahan-bahan bermutu juga akan membina minda supaya terbuka dan pasti dapat menyumbang ke arah kebaikan dan kesempurnaan," titah baginda. Baginda turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Perpustakaan Negara yang memberi perhatian terhadap perkembangan perkhidmatan perpustakaan di Perlis sehinggakan seluruh pelusuk negeri mendapat kemudahan perpustakaan. "Oleh itu, beta menyeru penduduk Perlis supaya mengambil peluang untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan kerajaan ini (perpustakaan), bukan sahaja golongan kanak-kanak dan pelajar, malah orang dewasa untuk menambah pengetahuan bagi menghadapi cabaran dalam era globalisasi. "Beta juga ingin menyarankan agar semua rakyat menjadikan membaca sebagai satu amalan harian bermula dari dalam keluarga masing-masing daripada membuang masa dengan sembang kosong yang tidak memberi manfaat," titah baginda. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Pakar urut tradisional meninggal dunia Posted: Pakar urut tradisional meninggal duniaTELUK INTAN 16 April - Pakar urut tradisional yang juga satu-satunya pembuat keranda untuk orang Islam di daerah ini, Sudarman Sugro meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba ketika menaiki basikal kira-kira pukul 10 pagi ini di Kampung Bahagia di sini. Ketua Kampung Bahagia, Tajul Asnan Mohd. Rasit berkata, pemergian Sudarman, 63, pasti dirasai apatah lagi Allahyarham merupakan antara penggali kubur terkenal di sini. "Jika ada orang meninggal dunia, Sudarman pasti menjadi orang pertama dicari walaupun dalam usia melebihi 60 tahun, dia masih bertenaga untuk menggali kubur," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Beliau menambah, rumah Allahyarham juga kerap dikunjungi orang ramai dari seluruh negara yang mahu mendapatkan perkhidmatan mengurut. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan