Isnin, 18 April 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Penduduk Atas Kubor mahu dibela

Posted:

Penduduk Atas Kubor mahu dibela

Penduduk Atas Kubor mahu dibela

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 17 April – Kerajaan negeri diminta menyediakan perancangan yang teliti kepada penduduk Kampung Atas Kubor di sini, sekiranya ingin membangunkan kawasan tersebut sebagai pusat komersial.

Ahli jawatankuasa suara kampung itu, Muhammad Shaari, 63, berkata, penduduk kampung itu tinggal di kawasan berkenaan sejak berpuluh tahun lalu dan amat berharap satu pelan perpindahan disediakan untuk mereka.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang notis daripada kerajaan negeri atau mana- mana pihak untuk membangunkan kawasan itu.

"Kita hanya baru mendengar 'khabar angin' bahawa kawasan kampung ini sehingga ke Jalan Gajah Mati akan dibangunkan sebagai pusat komersial. Oleh itu, sebelum perancangan dibuat kita mahu pihak berkuasa menimbangkan nasib kami semua.

"Terdapat kira-kira 40 keluarga menetap di kawasan ini, kebanyakannya menyewa dan menetap di tanah sendiri. Sekiranya tidak dapat sediakan kawasan penempatan baru, kami minta diberi sedikit pampasan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh bersama kepemimpinan Barisan Nasional (BN) Kota Bharu mengadakan lawatan mesra dan minum pagi bersama penduduk kampung tersebut.

Sementara itu, Mohamad Fatmi yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata, pihaknya akan membawa masalah itu kepada kerajaan negeri supaya nasib penduduk terlibat tidak diabaikan.

"Kita melihat penduduk di sini membuat rungutan tentang khabar angin Kerajaan Pas Kelantan akan mengambil tanah di sini dari Jalan Che Su sehingga ke Jalan Gajah Mati.

"Maka, saya membuat lawatan ini supaya kerajaan negeri akan tengok balik, jangan sekadar ambil tanah sahaja untuk dibangunkan tanpa ganti kepada penduduk ini kerana ia sudah tentu akan menyusahkan mereka.

"Kita buat protes awal sebelum kerajaan negeri keluarkan notis. Sekarang notis belum keluar, kalau sudah keluar notis nanti alasan notis sudah keluar, jadi kita minta kerajaan timbang balik supaya buat perancangan untuk tapak kediaman mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lebih ramai saintis, teknokrat diperlukan - MB

Posted:

Lebih ramai saintis, teknokrat diperlukan - MB

Lebih ramai saintis, teknokrat diperlukan - MB


Sebahagian pelajar menunjukkan sijil anugerah kecemerlangan yang disampaikan oleh Ahmad Said di Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman, kelmarin.


KEMAMAN 17 April - Kerajaan negeri berharap lebih ramai anak negeri melanjutkan pengajian dalam bidang sains dan teknologi bagi menyemai budaya mengkaji dan mencipta untuk dimanfaatkan oleh rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sejajar dengan harapan itu, kerajaan berusaha menyediakan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan setiap tahun.

Katanya, ia bagi membolehkan anak negeri mencapai kecemerlangan dalam akademik dan melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang, khususnya sains dan teknologi.

Menurut beliau, sehingga kini jumlah saintis khususnya orang Islam amat berkurangan.

''Jika ciptaan umat Islam yang dapat memberi kebaikan serta digunakan oleh berjuta manusia, sudah tentu begitu banyak ganjaran dan pahala yang bakal diperoleh mereka," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Pelajar bersama Menteri Besar dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Akademik 2010 di Sekolah Menengah Agama Al-Falah, di sini semalam.

Pada majlis itu, Ahmad turut menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada lebih 60 pelajar yang mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Ahmad berkata, dengan lahirnya lebih ramai ahli saintis yang hebat, adalah tidak mustahil mereka dapat menyingkap setiap yang ada di atas muka bumi ciptaan Allah ini yang bakal memberikan banyak manfaat kepada manusia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mati selepas muntah, batuk

Posted:

Mati selepas muntah, batuk

Mati selepas muntah, batuk

KOTA BHARU 17 April - Hasrat seorang wanita untuk menjadi pengedar jualan langsung satu produk kopi tidak kesampaian apabila rebah di hadapan wakil syarikat dari Kuala Lumpur di tingkat enam sebuah hotel, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, Rozi Hana Md. Zin, 34, dari Kampung Pulau Kapas, Tapang di sini, dikatakan tiba-tiba diserang sakit kepala, muntah-muntah dan kejang.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, wakil syarikat itu cuba menyelamatkannya, namun gagal dan wanita tersebut disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian.

"Punca kematian masih disiasat dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan