Utusan Online - Politik |
Empat pemimpin utama BN pertahan kerusi Posted: Empat pemimpin utama BN pertahan kerusi
KUCHING 3 April - Keempat-empat pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mempertahankan kerusi masing-masing pada pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini. Mengetuai parti pemerintah ialah Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian di Mukah. Taib, 74, menang tanpa bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sebandi pada Mac 1981. Beliau menjadi wakil rakyat Sebandi, kini dikenali Asajaya, sebelum berpindah ke Balingian pada pilihan raya negeri 2001. Bagi Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr. George Chan, 74, yang juga Timbalan Ketua Menteri akan mempertahankan kerusi DUN Piasau bagi penggal keenam. George, pertama kali menang tanpa bertanding pada pilihan raya negeri 1983 di Piasau, yang sebelum ini dikenali sebagai Miri. Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr. James Masing, akan mempertahankan kerusi DUN Baleh di Hulu Rajang untuk penggal ketujuh, yang dimenanginya sejak 1983. Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan, akan mempertahankan kerusi DUN Pakan di Julau, yang dimenanginya enam kali berturut-turut sejak 1983. - BERNAMA | ||
PKR, Snap masih bertelagah soal kerusi Posted: PKR, Snap masih bertelagah soal kerusiKUCHING 3 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), yang terus berkeras akan bertanding tidak kurang daripada 27 kerusi pilihan mereka, sehingga menyebabkan rundingan menemui jalan buntu. Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata: "Kami dengan rasa kesal yang amat sangat usaha kami untuk mencapai pakatan pilihan raya dengan Snap bagi menghadapi pilihan raya negeri terus dikecewakan.'' "Di sebalik usaha kami untuk mencapai kompromi, ia kelihatan Snap tidak mahu mengadakan satu barisan padu bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini. Semalam, Presiden Snap, Edwin Dundang apabila mengumumkan calon parti itu mengkritik PKR ekoran sikap tidak acuhnya dalam pengagihan kerusi dan mendakwa ia semakin ketara menyebabkan PKR tidak mahu mengadakan pakatan pilihan raya dengan Snap. Tian Chua, bagaimanapun mendakwa usaha PKR untuk mengadakan secara positif menerusi rundingan pengagihan kerusi, "Snap pula terus bersikap degil." Tian Chua berkata, tuduhan Snap bahawa PKR bertindak berlengah-lengah dalam rundingan pengagihan kerusi adalah tidak benar dan bertujuan mengelirukan orang ramai. "Sebaliknya, pelbagai surat dan pesanan dihantar kepada pemimpin Snap tidak mendapat jawapan ataupun maklum balas," dakwanya. - BERNAMA. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan