Selasa, 19 April 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


APMM tahan bot seludup rokok kretek RM1 juta

Posted:

APMM tahan bot seludup rokok kretek RM1 juta

APMM tahan bot seludup rokok kretek RM1 juta

19/04/2011 9:19pm

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 di sini berjaya menahan dua daripada tiga buah bot dalam cubaan menyeludup rokok kretek kira-kira 18 batu nautika dari Pulau Pangkor, di sini semalam.

Ketua Penguatkuasa APMM Perak, Kapten (Maritim) Ang Cheng Hwa berkata, bot berkenaan ditahan selepas mendapat maklumat orang ramai berhubung aktiviti penyeludupan.

Beliau berkata, pada 7.30 petang dua buah bot APMM dihantar ke lokasi untuk menyiasat dan mereka mengesan tiga buah bot dalam keadaan mencurigakan dan cuba menghampiri bot berkenaan sebelum ketiga-tiga bot cuba melarikan diri.

Bagaimanapun katanya, tali sebuah bot tersebut tersangkut pada kipas dan tekongnya melarikan diri dengan terjun ke laut manakala tekong bot kedua juga terjun ke laut sebelum melarikan diri dengan menaiki bot ketiga yang menghala ke arah sempadan perairan negara.

"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot berkenaan membawa 190,000 karton pelbagai jenis rokok kretek seperti Gudang Garam dengan anggaran harga pasaran bernilai RM800,000 manakala duti yang perlu dibayar dianggarkan kira-kira RM875,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penagihan dadah di Kelantan meningkat

Posted:

Penagihan dadah di Kelantan meningkat

Penagihan dadah di Kelantan meningkat

19/04/2011 9:18pm

KOTA BHARU - Kes penyalahgunaan dadah di Kelantan meningkat sebanyak 50 peratus, dan lima daripada 10 daerah di negeri itu dikategorikan sebagai paling kritikal, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Beliau berkata, daerah terbabit ialah Tumpat dengan 160 kes, diikuti Kuala Krai (77 kes), Pasir Mas (71), Bachok (49) dan Tanah Merah (45) manakala sejumlah 2,868 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 1,902 pada 2009.

Sehubungan itu, Abu Seman berkata, kementerian berhasrat membina rumah komuniti di setiap daerah di Kelantan bagi mengurangkan penagihan dadah yang digerakkan masyarakat setempat, dengan yang pertama dilaksanakan di Kampung Tanjung Kuala, Tumpat.

"Saya lihat program rumah komuniti amat baik, dan ia amat sesuai dan perlu dilaksanakan di semua daerah di Kelantan. Kalau boleh, setiap daerah ada sebuah rumah komuniti, terutama di lima daerah tumpuan yang kritikal dengan kes dadah itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Klinik Cure & Care (C&C) 1Malaysia di Padang Tembak, Pengkalan Chepa hari ini.

Sehingga kini, terdapat 15 rumah komuniti dan enam Klinik C&C di seluruh negara. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar parah jatuh bangunan sekolah

Posted:

Pelajar parah jatuh bangunan sekolah

Pelajar parah jatuh bangunan sekolah

19/04/2011 7:20pm

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar perempuan cedera parah selepas terjatuh daripada tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Amanjaya, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.15 pagi itu Masuria Surentharan, 15, dikatakan terjatuh dari bahagian koridor Blok F sekolah itu menyebabkan dia cedera di kepala dan patah kedua-dua kakinya.

Pelajar terbabit masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, kata Timbalan Pengarah Pelajaran negeri Roslee Ismail.

Bercakap kepada pemberita di sini beliau berkata, ketika kejadian Masuria dan pelajar lain sedang bersiap untuk memulakan sesi persekolahan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan