Selasa, 19 April 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Mudah keluar duit KWSP

Posted: 18 Apr 2011 12:08 PM PDT

MukaDepan

pix_gal0
Pencarum tidak perlu isi borang hanya bawa MyKad dan buku akaun bank

KUALA LUMPUR: Mulai sekarang, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mahu mengeluarkan simpanan mereka pada umur 50 dan 55 tahun serta yang mempunyai simpanan melebihi RM1 juta boleh melakukannya secara mudah dengan hanya membawa kad pengenalan dan buku bank ke agensi itu.

Tanpa perlu mengisi sebarang borang, pencarum boleh membuat pengeluaran di mana-mana kaunter KWSP dan kelulusan akan diberikan serta-merta selepas kelayakan pengeluaran disahkan. Bagaimanapun, hanya mereka yang memiliki MyKad boleh berbuat demikian, manakala pemegang kad pengenalan polis dan tentera atau yang masih menggunakan kad pengenalan lama, perlu mengikut proses lama dengan mengisi Borang KWSP9 dan mengemukakan salinan kad pengenalan serta salinan akaun buku bank.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol, berkata inisiatif pengeluaran mudah itu diperkenalkan bagi mempercepatkan proses permohonan pengeluaran simpanan yang sebelum ini memerlukan pencarum mengisi borang dan mengemukakan salinan dokumen berkaitan.

"Ia menunjukkan komitmen KWSP yang sentiasa berusaha mempertingkatkan tahap penyampaian perkhidmatan untuk manfaat ahli," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, dengan jumlah pencarum yang semakin meningkat, adalah penting bagi KWSP memastikan penambahbaikan sistem penyampaian melalui teknologi diteruskan.
"Ahli diberi jaminan bahawa data dan maklumat peribadi mereka dilindungi berdasarkan tahap keselamatan yang diwujudkan melalui pensijilan ISO/IEC 27001 yang diterima KWSP selepas mematuhi standard antarabangsa yang ketat untuk pengurusan keselamatan data," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Asri Pokyie

Tahniah KWSP, satu peningkatan perkhidmatan yang membanggakan, jgn ada yang salah guna sudahhh...

AMYTKY

Inilah satu usaha yang terbaik. Teruskan

maramin al

Tahniah kpd pihak KWSP atas transformasi perkhidmatan yg memudahkan para pelanggan. Saya juga mencadangkan agar perkhidmatan yg mudah diperluaskan bagi pengeluaran kos perubatan ahli yg amat memerlukan.

gurap

salah satu berita yang mengembirakan hati beta..terima kasih KWSP..

RAJES

kami harap KWSP,BAGAI PELUANG KETUKAR UMUR KEPADA 45THN UNTUK MENGELUARAN,KERANA MASAI INI LAH KITA BOLEH BERJALAN ATAU BUAT URUSAN APA2.KALAU DAH 5OTHN ,BANDAN PUN DAH TAK KUAT.INI DUIT KITA,KALAU KITA TAK BOLEH JALAN MACAM MANA,LAST2 DUIT ANAK YG AMBIL.TAPI MERAKA TAK NAK JAGA KITA.
HARAP KWSP BUKA MATA.THKS.

majid

terima kasi kwsp yang selalu memberi mamfaat kepada ahli ahlinya.

pokcik selamat

bagus memang bagus... soalannya.. berapa kerat la pekerja yg ada lebih dr 1 juta pada usia 50 tahun? kebanyakkannya..simpanan yg ada pun bawah 100 ribu pada usia 50 tahun.. patutnya..dividen ditingkatkan supaya kompetitif.. asb bg purata 8% bank rakyat.. 15%..

aryf skudal

untuk orang nak guna untuk majlis nikah tak boleh ke?

mamat narwawie

Bagus........ianya memudahkan masyarakat....

buah pala

terima kasih kwsp tetapi pastikan tidak ada pihak yang ambil kesempatan menipu.

MOHD. NOR BOHAN

Perkembangan yang mengembirakan bagi yang tahu menggunakan keistemewaan tetapi neraka bagi yang tidak tahu merancang masa depan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan