Kosmo Online |
- Cetak rompak meningkat 300 peratus
- Rokok seludup bernilai RM103,488 dirampas
- 40 tenggiling bernilai RM60,000 dirampas
Cetak rompak meningkat 300 peratus Posted: Cetak rompak meningkat 300 peratus04/04/2011 3:09pm KUANTAN - Jumlah kes yang membabitkan rampasan video cakera padat (VCD) dan video cakera digital (DVD) cetak rompak di Pahang meningkat sebanyak 300 peratus bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang Mohd A. Aruwan Ab Aziz berkata, berdasarkan maklumat orang ramai, 33 kes diberkas membabitkan kesalahan menjual barangan VCD dan DVD cetak rompak berbanding 13 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas. Katanya, daripada 33 kes atas kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan itu, sebanyak 9,671 unit pelbagai VCD dan DVD cetak rompak berjaya dirampas dengan nilai rampasan dianggarkan RM48,355. "Kebanyakan premis-premis tetap yang diperiksa itu mempunyai lesen yang sah bagi penjualan VCD dan DVD tetapi produk cetak rompak itu disimpan di tempat lain sebelum dikeluarkan mengikut permintaan pelanggan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. PPDNKK Pahang katanya turut berjaya mengesan dua kes yang membabitkan kesalahan bawah Akta Hakcipta 1987 yang membabitkan rampasan 3,135 keping VCD dan DVD yang bernilai RM15,675 bagi tempoh yang sama. Katanya jumlah rampasan itu juga menunjukkan peningkatan berbanding 69 keping dengan nilai anggaran RM690 dari dua kes yang dikesan Januari hingga Mac tahun lepas. Menurutnya kesemua kes berkenaan telah dan akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Rokok seludup bernilai RM103,488 dirampas Posted: Rokok seludup bernilai RM103,488 dirampas04/04/2011 1:59pm TAWAU – Pasukan Gerakan Marin Tawau merampas 7,000 bungkus rokok bernilai RM103,488 yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini melalui sungai, semalam. Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Tawau ASP R. Krishnan berkata dalam operasi pada pukul 9 malam hasil maklumat orang ramai itu, pihaknya menemui 14 kotak yang ditinggalkan di tebing sungai dekat Kinabutan. "Setelah memeriksa kotak berkenaan, kami menemui 4,500 bungkus rokok berjenama Mighty King Size dan 2,500 bungkus berjenama Mighty Menthol King Size," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
40 tenggiling bernilai RM60,000 dirampas Posted: 40 tenggiling bernilai RM60,000 dirampas04/04/2011 1:16pm KOTA BAHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan merampas 40 ekor tenggiling bernilai kira-kira RM60,000 yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran. Pengarah Perhilitan negeri Rahmat Topani berkata rampasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota jabatannya dengan kerjasama polis, di hadapan balai polis Bukit Yong pada pukul 6.45 pagi ini. Beliau berkata tenggiling spesis "manis javanica" seberat 200 kilogram itu disimpan dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry dan dipercayai cuba diseludup ke Thailand. "Kami menahan seorang pemandu kereta itu dan penumpang masing-masing berumur dalam lingkungan 40-an berasal dari Johor untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 68 (2) Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010, Akta 716 dan mengikut akta yang baru dipinda itu, mereka yang disabit kesalahan boleh didenda sehingga 100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Rahmat berkata pihaknya percaya haiwan itu cuba diseludup ke China untuk tujuan perubatan tradisional melalui Thailand. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan