Isnin, 4 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Usaha terus lahirkan modal insan berkualiti

Posted:

Usaha terus lahirkan modal insan berkualiti

Usaha terus lahirkan modal insan berkualiti

TAWAU 3 April - Kerajaan akan terus meningkatkan usaha melahirkan modal insan berkualiti termasuk penduduk di luar bandar melalui penyediaan pelbagai peluang pendidikan kepada rakyat.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, usaha seperti itu bukan suatu yang baru malah sudah menjadi agenda utama kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan.

"Masyarakat luar bandar boleh dilepaskan daripada belenggu kemiskinan dengan memberikan mereka ilmu dan kemahiran melalui peluang-peluang pendidikan berkualiti," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Mara peringkat daerah Semporna di sini, hari ini.

Menurut Shafie, dasar kerajaan sejak dahulu yang memberi penekanan terhadap pendidikan dengan penyediakan kemudahan asas termasuk bangunan sekolah sama ada di kawasan pedalaman atau pulau-pulau telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara seperti yang disaksikan hari ini.

Katanya, pada awal kemerdekaan negara dahulu, banyak jawatan kerajaan termasuk di peringkat daerah diketuai pegawai Inggeris namun melalui pendidikan berterusan jawatan-jawatan berkenaan secara beransur berjaya diambil alih rakyat tempatan.

Pada hari ini kata Shafie, bukan sahaja agensi kerajaan di semua peringkat telah diterajui anak-anak tempatan malah syarikat besar dan institusi perbankan swasta yang mempunyai cawangan di serata dunia juga telah diterajui rakyat tempatan kesan daripada pendidikan.

Beliau berkata, usaha memperkasa modal insan di negara ini mesti terus dimantapkan mengikut peredaran dan keperluan semasa agar sumber semula jadi di negara ini dapat diterokai sepenuhnya melalui modal insan yang berinovatif.

Katanya, tanpa kekuatan ilmu pengetahuan sumber kekayaan negara termasuk kelapa sawit tidak akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana untuk mengeluarkan produk baru berasaskan kelapa sawit perlukan modal insan berilmu. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM3 juta untuk tabung Tan Sri Manickavasagam

Posted:

RM3 juta untuk tabung Tan Sri Manickavasagam

RM3 juta untuk tabung Tan Sri Manickavasagam

KUALA LUMPUR 3 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukan RM3 juta untuk Tabung Pinjaman Pendidikan Tan Sri Manickavasagam yang dijenamakan semula dan dikendalikan sepenuhnya oleh MIC.

Presiden MIC, Datuk G. Palanivel berkata, Perdana Menteri meluluskan peruntukan itu bagi memperkasakan misi penubuhan tabung pendidikan tersebut untuk membantu para pelajar yang memerlukan.

"Saya yakin tabung pendidikan ini akan menjadi satu lagi saluran untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan para pelajar India di negara ini.

"Kita perlu mencari pendekatan yang lain untuk membantu pelajar India dalam bidang pendidikan yang semakin mencabar," katanya selepas mempengerusikan lembaga pengarah tabung tersebut di ibu pejabat MIC di sini hari ini.

Kira-kira 1,300 pelajar telah menikmati pelbagai bantuan pendidikan daripada tabung tersebut sejak ia ditubuhkan pada 1972 oleh bekas Presiden MIC yang keenam, mendiang Tan Sri Manickavasagam.

Tabung pendidikan itu juga memberi keutamaan kepada para pelajar yang berhak menerimanya untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda dan diploma.

Palanivel berkata, anak mendiang Tan Sri Manickavasagam, M. Ramani telah menemuinya Februari lalu untuk menyatakan hasratnya menyerahkan tabung pendidikan tersebut kepada MIC .

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sistem Pemantauan Bandar Selamat kurangkan kadar jenayah jalanan

Posted:

Sistem Pemantauan Bandar Selamat kurangkan kadar jenayah jalanan

Sistem Pemantauan Bandar Selamat kurangkan kadar jenayah jalanan

KUALA LUMPUR 3 April - Selari dengan usaha menubuhkan Program Bandar Selamat (SCP), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperkenalkan Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SCMS) yang pertama di negara ini.

Sistem SCMS yang beroperasi menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) itu akan berhubung terus dengan Sistem Laporan Polis (PRS).

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kamalruddin Shamsudin berkata, ia adalah antara pendekatan beterusan bagi memastikan usaha mengurangkan kadar jenayah jalanan dapat dilaksanakan secara strategik dan mengikut keperluan semasa.

Tambah beliau, Malaysia boleh dianggap maju selangkah ke hadapan berbanding negara lain yang masih beroperasi menggunakan sistem manual GIS yang bergantung kepada sistem pemetaan.

"SCMS adalah satu sistem yang menghubungkan pelbagai agensi di bawah satu payung dan beroperasi secara online.

"Ini bermakna, dengan menggunakan sistem ini, pelbagai agensi akan dapat membuat laporan secara dalam talian terus kepada kerajaan tempatan dan polis berhubung jenayah jalanan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamalruddin berkata, dengan penggunaan GIS sebagai platform utama, SCMS mampu menterjemahkan terus PRS ke bentuk digital.

Beliau memberitahu, penggunaa SCMS bukan saja mampu membantu polis untuk menganalisis bentuk jenayah malah dalam mengenal pasti kawasan yang mempunyai pola jenayah tinggi.

"Saya yakin, SCMS akan banyak membantu polis dalam mengatur strategi serta meletakkan anggota mereka secara berkesan," katanya.

Tambah beliau, SCMS terbukti keberkesanannya dan ia digunakan di 42 lokasi panas sejak 1 Januari lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan