Kosmo Online - Negara |
Posted: E-mel untuk 18 juta rakyatPROGRAM e-mel 1MY yang akan bermula Julai ini akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia berkomunikasi dengan kerajaan menerusi Internet. - Gambar hiasan PUTRAJAYA - Kerajaan akan menyediakan e-mel percuma di bawah konsep 1Malaysia (1MY) kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas bagi melancarkan komunikasi secara langsung antara warga Malaysia dan kerajaan. Perkhidmatan itu bermakna hampir 18 juta daripada 27.5 juta penduduk Malaysia akan menjadi pemilik akaun peribadi e-mel 1MY. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif itu juga diharap meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pelanggan dan komuniti perniagaan. "Ia sebahagian daripada penyediaan pusat sehenti untuk perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan tambah nilai seperti rangkaian sosial, memeriksa bil secara online dan juga bayaran, serta pembangunan web bagi rakyat dan syarikat,'' kata beliau semasa mengumumkan projek pelaburan terkini di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Kris Dayanti mengaku hamil 4 bulan Posted: Kris Dayanti mengaku hamil 4 bulanDaripada SAHARUDIN MUSTHAFA KRIS Dayanti dan Raul pada majlis pernikahan mereka di Jakarta pada 20 Mac lalu. JAKARTA – Penyanyi Kris Dayanti akhirnya mengaku dia telah hamil empat bulan dan terpaksa menerima hakikat itu biarpun dilempar dengan pelbagai kecaman oleh masyarakat Indonesia kerana mengandung anak luar nikah. Mahu atau tidak, Kris, 36, dan suaminya, Raul Lemos, 40-an, menerima berita itu dengan rasa tanggungjawab selepas menyedari kesilapan mereka sebelum berkahwin. "Kami sudah dewasa. Kami menerima berita ini (kehamilan) dengan rasa tanggungjawab,'' jelas Kris yang kini berada di Bali bersama suaminya. Kris bernikah dengan usahawan dari Timor Leste itu pada 20 Mac lalu. Dalam teks khidmat pesanan ringkas (SMS), Kris memberitahu Kosmo!, dia pada mulanya tidak berniat menghebahkan secara terbuka berita kehamilan itu kerana ia perkara sensitif. Namun Kris berpendapat, adalah lebih baik dia sendiri mengesahkan perkara itu daripada membiarkan ia keluar dari mulut orang lain. "Benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul cerita yang tidak betul seperti saya melakukan abortion (gugurkan kandungan) pula," katanya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Kedah tolak permohonan rebat UUM Posted: Kedah tolak permohonan rebat UUMOleh AHMAD SYAHIR KASSIM ALOR SETAR – Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menanggung kenaikan bayaran cukai tanah daripada RM100,000 kepada RM1.8 juta sejak tahun 2008 berikutan tindakan kerajaan negeri menolak permohonan melanjutkan rebat yang diberikan selama dua tahun bermula pada 2006. Sewaktu Kedah di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada 2006, UUM mendapat rebat sebanyak RM1.7 juta setahun dan untuk itu, pihak universiti hanya perlu membayar cukai tanah berjumlah RM100,000. Pemberian rebat itu dilanjutkan pada tahun 2007 tetapi apabila pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di bawah pimpinan Pas mengambil alih pemerintahan pada 2008, keistimewaan itu ditarik balik dan UUM terpaksa menjelaskan bayaran penuh sebanyak RM1.8 juta setahun. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan, isu rebat itu menunjukkan bahawa dakwaan cukai tanah kampus UUM seluas 1,061 hektar di Sintok naik 10 kali ganda sebenarnya tidak timbul. Malah, katanya, kadar cukai bersamaan 20 sen sehektar itu munasabah dan antara yang terendah. "UUM dapat rebat pada 2006 sebab mereka kekurangan duit, dan mesyuarat kerajaan negeri di bawah Menteri Besar ketika itu (Datuk Seri Mahdzir Khalid) memberi rebat. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan