Isnin, 11 April 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Dakwaan telur tiruan tidak benar

Posted:

Dakwaan telur tiruan tidak benar

Dakwaan telur tiruan tidak benar

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


PERBEZAAN dua jenis kuning telur dari telur ayam yang berlainan gred.


PUTRAJAYA – Kebimbangan orang ramai terhadap kewujudan telur ayam tiruan sejak seminggu lalu berakhir apabila ujian terhadap sampel telur ayam didakwa tiruan yang dirampas di sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang mendapati ia adalah telur tulen.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, ujian itu dilakukan melibatkan kandungan telur berkenaan serta kulitnya.

Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat keganjilan pada telur-telur terbabit termasuk aspek fizikalnya yang bersaiz besar dan ia tidak sesuai dijual kepada pengguna.

"Mengikut kajian, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa oleh CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) ialah telur itu luar biasa dari segi saiz sama ada besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.

"Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap ketulenan telur di pasaran dan ia di dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan," katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemilik jam Omega dicari

Posted:

Pemilik jam Omega dicari

Pemilik jam Omega dicari

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my


ACRYL pada sidang akhbar berhubung hasil siasatan kes rakaman video seks di Bukit Aman semalam.


KUALA LUMPUR - Siapa pemilik sebenar jam tangan jenama Omega yang didakwa milik seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dalam rakaman video seks akan diketahui selepas polis menerima pengesahan daripada pihak pengedar jam tersebut.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu maklum balas daripada pihak pengedar jam tangan tersebut yang beroperasi di ibu negara bagi mengetahui pemilik sebenar jam tersebut.

Menurut beliau, maklumat mengenai pemilik sebenar jam mewah tersebut akan dikenal pasti berdasarkan nombor siri yang terdapat pada jam berkenaan.

"Kita sedang kenal pasti asal-usul jam itu... kepada siapa ia (jam tangan) dijual dan di mana jam itu dibeli?" kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.

Difahamkan, usaha untuk mengenal pasti pemilik jam tangan Omega yang permukaannya berwarna emas manakala tali bersalut perak itu akan mengambil masa kerana jam tersebut dipercayai sudah lama dibeli. Jam itu diserahkan oleh ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah kepada polis.

Ketika ditanya berhubung dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa jam tangan miliknya berada dalam simpanan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Acryl memberitahu: "Kita selesai (status pemilik) jam ini dulu."

"Keutamaan kita (adalah) pada siasatan video dahulu, baru jam dan lain-lain lagi," kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerani hilang, wang RM1.7 juta lesap

Posted:

Kerani hilang, wang RM1.7 juta lesap

Kerani hilang, wang RM1.7 juta lesap

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my



GEORGE TOWN - Polis sedang mengesan seorang kerani akaun sebuah syarikat pemfailan di Bayan Lepas di sini, Chuah Siew Lay (gambar), 40, bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang berjumlah RM1.7 juta dalam syarikat tersebut sejak empat tahun lalu.

Kehilangan wang itu disedari oleh pengurus syarikat itu pada 8 April lalu sebelum pengurus itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada hari sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, wang berjumlah RM1.7 juta itu lesap daripada akaun syarikat itu melalui 41 transaksi yang dibuat ke dalam akaun bank dipercayai milik rakan Siew Lay sejak tahun 2007.

"Wang tersebut kemudian dikeluarkan dari akaun tersebut dan dipercayai diserahkan kepada Siew Lay," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, polis yang bertindak atas aduan pengurus syarikat itu berjaya membekukan wang berjumlah RM231,000 yang masih terdapat dalam akuan rakan Siew Lay yang berusia 25 tahun.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan