Ahad, 3 April 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Bantah letup terumbu karang

Posted:

Bantah letup terumbu karang

Bantah letup terumbu karang

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my


INILAH lokasi terumbu karang dekat Pantai Rombang, Melaka yang mahu diletupkan tetapi mendapat bantahan nelayan.


MELAKA - Kira-kira 200 nelayan mengadakan demonstrasi secara aman di Pantai Rombang di sini semalam bagi membantah tindakan sebuah syarikat petroleum mahu meletupkan kawasan terumbu karang di kawasan tersebut bagi pembinaan jeti.

Mereka mendakwa tindakan tersebut bakal menutup pintu rezeki golongan nelayan memandangkan terumbu karang tersebut adalah lubuk ikan yang menjadi sumber rezeki sejak 50 tahun lalu.

Syarikat petroleum terbabit dijadual meletupkan terumbu karang tersebut esok.

Notis pemberitahuan kepada nelayan mengenai kerja-kerja tersebut sudah pun diedarkan baru-baru ini.

Terumbu karang terbabit terletak kira-kira tiga batu nautika dari Pantai Rombang.

Pada perhimpunan itu, lebih 80 tandatangan bantahan nelayan berjaya dikumpulkan.

Ia akan diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Ab. Rahman Ab. Karim dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sebelum Aku Pergi lirik terakhir Seri Bayu

Posted:

Sebelum Aku Pergi lirik terakhir Seri Bayu

Sebelum Aku Pergi lirik terakhir Seri Bayu

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my

PORT DICKSON – "Saya sudah merakamkan sebuah lirik lagu bertajuk Sebelum Aku Pergi ciptaan Seri Bayu tetapi belum sempat album single itu diterbitkan, arwah sudah pun pergi meninggalkan kami."

Itulah luahan, Nazira Abdul Ghani, 16, yang merupakan anak angkat kepada komposer dan penulis lirik terkenal Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaludin Sulik, 45, yang meninggal dunia di Hospital Port Dickson kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin akibat penyakit saraf.

Nazira yang ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Pelanduk di sini semalam berkata, lagu tersebut sudah lama dicipta oleh Seri Bayu tetapi beliau tidak mempunyai penyanyi yang sesuai untuk menyanyikan lagu tersebut.

"Bagaimanapun, beberapa bulan lalu, saya berjumpa dengan arwah selepas satu pertandingan karaoke di Bangi, Selangor dan dia berhasrat mendidik saya menjadi penyanyi," katanya di sini semalam.

Menurut Nazira, arwah tinggal bersama keluarganya di Kampung Teluk Pelanduk di sini sejak empat bulan lalu sebelum dia meninggal dunia.

"Seri Bayu sangat teruja untuk menyiapkan album ini dan semua perancangan sudah dilakukan olehnya dengan bantuan beberapa rakan.

"Saya sedih kerana hasrat arwah untuk menerbitkan single ini tidak kesampaian," jelasnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tambang haji kali pertama kekal

Posted:

Tambang haji kali pertama kekal

Tambang haji kali pertama kekal

GURUN - Tambang untuk menunaikan fardu haji di Tanah Suci bagi mereka yang pertama kali terpilih untuk mengerjakan ibadat itu pada tahun ini kekal sama seperti tahun lepas iaitu sebanyak RM9,980 seorang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan tidak menaikkan tambangnya walaupun kos sebenar meningkat berikutan kenaikan harga minyak dan pengurusan jemaah di Mekah dan Madinah serta syarat baru yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi.

"Pelbagai perkara dan pertimbangan diambil kira untuk mengekalkan kos ini terutama untuk menjaga kebajikan jemaah yang setia dan lama menunggu giliran yang berumur lebih 75 tahun serta pertimbangan prestasi dan keuntungan TH tahun lepas," katanya di sini semalam.

Jamil Khir berkata, subsidi untuk seorang jemaah tahun ini adalah sebanyak RM4,360 berbanding RM3,060 tahun lepas.

Namun, menurut beliau, bagi jemaah yang menunaikan ibadat haji bagi kali kedua, mereka dikenakan kos sebenar iaitu tanpa subsidi.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan