Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 02 Apr 2011 03:14 PM PDT MukaDepan Pasangan kastam dikesan hantar wang haram ke luar negaraPUTRAJAYA: Siasatan awal pasukan khas diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melakukan operasi terhadap pasangan suami isteri pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di Pahang, mendapati wujudnya transaksi lebih RM10 bilion dalam bentuk penghantaran wang dan penyeludupan wang ke luar negara secara haram. Serbuan yang dilakukan terhadap 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM seluruh negara, selain beberapa syarikat penggurup wang sejak Isnin lalu, dipercayai akan membongkar lebih banyak penyelewengan apabila siasatan lanjut dijalankan. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata 62 pegawai KDRM, termasuk sembilan perempuan, merangkumi pelbagai pangkat ditahan sejak operasi itu bermula dan 17 daripada mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan."Siasatan berikutan serbuan serentak di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur itu turut membongkar kesalahan membabitkan RM1.2 bilion mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001, selain membekukan akaun berjumlah RM602 juta, menyita RM382 juta, manakala RM31.2 juta lagi dilucut hak harta. "Dalam serbuan kelmarin saja kita dapati ada pegawai kastam yang memiliki RM850,000 dalam akaun, ada yang memiliki setengah juta dalam akaun selain amanah saham dan kereta mewah, manakala di sebuah rumah pegawai KDRM kita temui RM625,250 dalam tiga beg dan seorang lagi memiliki lima jongkong emas bernilai sekitar RM50,000. "Operasi kita kali ini bertumpu di Pelabuhan Klang (Selangor), Pelabuhan Kuantan (Pahang), Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas serta Pelabuhan Pasir Gudang di Johor. Tangkapan terbesar 46 kakitangan KDRM di lakukan di Pelabuhan Klang," katanya pada sidang media di sini, semalam. Mustafar juga memaklumkan bahawa 17 masih ditahan reman, termasuk pegawai kanan KDRM yang disambung reman empat hari lagi mulai semalam, manakala isterinya sudah dibebaskan. Sebahagian besar akaun yang dibekukan juga sudah dilepaskan selepas siasatan awal. Umumnya secara keseluruhan, kata beliau, bagi setiap kes yang dibongkar ada 10 lagi yang terlepas dan amalan rasuah itu menyebabkan kerugian sekitar RM108 bilion setiap tahun kepada kerajaan dari segi kutipan cukai dan duti kastam, pendapatan tidak dilapor yang dihantar keluar negara tanpa kelulusan dan pengisytiharan tidak betul barangan import. "Pegawai KDRM yang disoal siasat mengakui menerima suapan antara RM100 hingga RM500 bagi setiap borang K1 sejak lima bulan lalu, membabitkan lebih 100 syarikat dan kita membekukan lebih 150 akaun bagi membantu siasatan. "Ada pegawai KDRM yang menerima sampai RM10,000 sebulan menerusi tujuh transaksi akaun dan ada pula ditemui memiliki RM11,891 serta 600 Riyal, menyimpan belasan ribu ringgit di rumah, memiliki simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sehingga RM200,000, selain memiliki jam tangan berjenama mewah yang diperbuat daripada emas. "Selain penemuan 200 kotak mercun pelbagai jenis dan 20 kotak mengandungi rokok seludup dianggar bernilai puluhan ribu ringgit yang ditemui di rumah pegawai kanan KDRM Pahang Jumaat lalu, semalam kita menemui seorang pegawai KDRM memiliki dua pucuk pistol tiruan dan 241 butir peluru," katanya. Jelas beliau, operasi membabitkan KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Peguam Negara (JPN) serta agensi lain yang berkaitan dengan diketuai oleh SPRM itu dinamakan Ops 3b kerana disasarkan dapat mendapatkan kembali RM3 bilion yang diseleweng. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenzamri wowwwww...bukan main kaya lg kerja. saya rasa ramai dh tau perkara ni. tp itulah..... nazariy Tahniah kepada SPRM, Cuma agak terlambat Abu Aiman BERAT!BERAT!BERAT!...... MALU BESOOOO WEAAAAH.... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan