Harian Metro: Setempat |
Posted: 15 Apr 2011 12:56 PM PDT KAJANG: Dua lelaki termasuk seorang yang belum dikenal pasti identitinya terbunuh apabila kenderaan dipandu mereka terbabas dalam kemalangan di Kilometer 302, Lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, sebuah Perodua Kembara dipandu mangsa yang berusia 52 tahun bersama rakannya, 40-an dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di tepi lebuh raya.
Menurutnya, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala.
|
Posted: 15 Apr 2011 12:54 PM PDT PUTRAJAYA: Sekumpulan tiga wanita dan seorang lelaki dipercayai geng curi kenderaan yang bergiat aktif di beberapa kawasan sekitar pusat pentadbiran kerajaan di sini ditangkap dalam operasi berasingan selama tiga hari berakhir semalam. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata semua suspek terbabit berusia 30-an ditangkap di tiga lokasi berbeza di Selangor.
"Suspek lelaki ditangkap dalam satu lagi operasi di daerah lain iaitu di sebuah bengkel di Selangor pada awal pagi Jumaat. "Dalam tangkapan itu, kami merampas komponen kereta seperti papan pemuka, stereng dan Smart Tag serta buku cek.
Namun, katanya, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai suspek terbabit dan kemungkinan mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan lain kerana dalang kumpulan itu belum ditahan.
Sementara itu, beliau berkata, kes kecurian kenderaan di Putrajaya bagi tiga bulan pertama tahun ini tidak menunjukkan peningkatan berbanding dalam tempoh sama tahun lalu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan