Rabu, 13 April 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Mangsa renjatan elektrik terima pampasan Perkeso

Posted:

Mangsa renjatan elektrik terima pampasan Perkeso

Mangsa renjatan elektrik terima pampasan Perkeso

13/04/2011 7:20pm

KUALA LUMPUR — Mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhammad Hairuman Miskon hari ini menerima pampasan berupa Faedah Hilang Upaya Sementara dan Perubatan bernilai RM15,650 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Timbalan Pengarah Pejabat Perkeso Negeri Selangor, Zainal Ismail berkata jumlah pampasan itu meliputi bayaran ganti belanja untuk rawatan dan ubatan sepanjang beliau menerima rawatan di tiga hospital kerajaan sebelum ini.

"Hairuman juga layak mendapat bantuan pemulihan daripada Perkeso dan peralatan yang berkaitan akan dibekalkan sejurus selepas pertubuhan ini menerima maklum balas daripada doktor pakar rehabilitasi yang merawatnya mengenai spesifikasi peralatan yang sesuai untuknya.

"Perkeso juga akan menanggung segala kos perubatan dan pemulihan terkini beliau di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek pampasan berkenaan kepada Muhammad Hairuman di Unit Rehabilitasi HKL, di sini. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2 beradik cedera selamatkan bapa bakar diri

Posted:

2 beradik cedera selamatkan bapa bakar diri

2 beradik cedera selamatkan bapa bakar diri

13/04/2011 7:17pm

ALOR SETAR — Dua beradik berusia 12 dan 14 tahun melecur teruk ketika cuba menyelamatkan bapa mereka yang dipercayai membakar diri akibat mengalami kemurungan di rumah mereka di Kampung Ruat, Yan, dekat sini pagi tadi.

Akibat kejadian pada 7.30 pagi tadi, Amirul Hadi Zinol, 12, dan abangnya Badrul Amin Zinol, 14, melecur di bahagian tangan dan kaki dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini manakala bapa mereka dirawat di Hospital Yan kerana terbakar seluruh badan.

Ibu mereka, Salmah Saad, 47, berkata ketika kejadian beliau keluar menghantar anak ke sekolah yang terletak satu kilometer dari rumah mereka.

Menurut beliau, kebiasaannya suaminya yang akan menghantar anak-anak ke sekolah namun pagi tadi beliau disuruh berbuat demikian kerana suaminya ingin membawa Amirul Hadi mengambil ubat di klinik kerana demam.

"Semasa saya balik, saya lihat suami sudah terbaring atas tilam dan hampir keseluruhan badan terbakar. Badrul Amin dan Amirul Hadi sudah lari ke rumah nenek mereka di sebelah rumah kami untuk selamatkan diri," katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM5.6j urus 25 pusat kemajuan oku di Sarawak

Posted:

RM5.6j urus 25 pusat kemajuan oku di Sarawak

RM5.6j urus 25 pusat kemajuan oku di Sarawak

13/04/2011 6:29pm

KUALA LUMPUR — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperuntukkan RM5.6 juta bagi menguruskan 25 Pusat Dalam Komuniti (PDK) di seluruh Sarawak.

Peruntukan itu adalah sebagai pelaburan sosial daripada kerajaan kepada masyarakat yang akan mendatangkan pulangan tinggi termasuk kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) selaras dengan konsep "kebajikan produktif" yang menjadi matlamat kerajaan, kata kementerian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, program Pemerkasaan Ekonomi juga diberi penekanan sewajarnya di PDK dengan memberi tumpuan kepada OKU, remaja serta keluarga OKU untuk melibatkan mereka dalam aktiviti ekonomi dan penjanaan pendapatan.

Sehingga Mac lepas, terdapat 428 PDK di seluruh negara yang memberi manfaat kepada 18,943 OKU dan peluang pekerjaan kepada 2,142 petugas PDK.

PDK diwujudkan oleh kementerian berkenaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyediakan kemudahan, pemulihan dan pembangunan kepada golongan OKU serta rasa tanggungjawab keluarga dan masyarakat setempat dalam mendidik anak-anak OKU melalui program yang dijalankan di PDK. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan