Jumaat, 22 April 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Pelajar OKU dibelas senior kerana enggan serah 20 sen

Posted: 22 Apr 2011 02:57 AM PDT

Mutakhir

TELUK INTAN: Seorang pelajar berusia 14 tahun cedera selepas dibelasah seorang pelajar senior selepas mangsa enggan menyerahkan wang syiling 20 sen di sebuah sekolah di Bagan Datoh, di sini dua hari lalu.

Semasa kejadian 1.30 petang itu, Nalson John, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun, Bagan Datoh yang juga orang kelainan upaya (OKU), ditahan pelajar senior ketika sedang berjalan di hadapan kelasnya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang, berkata pelajar senior itu dikatakan meminta 20 sen tetapi mangsa enggan memberikan wang itu lalu mereka menendang di bahagian perut dan kepala. "Tendangan itu telah mengakibatkan mangsa hampir pengsan dan tak sedarkan diri sebelum dibawa ke Klinik Sungai Sumun oleh guru sekolah selepas diberitahu mengenai kejadian itu oleh pelajar lain," katanya di sini hari ini.

Goh Kok Liang berkata, pelajar terbabit kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) oleh guru sekolah berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, bapa mangsa juga membuat laporan berhubung kejadian itu dan polis sudah mengambil keterangan daripada pelajar senior terbabit.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, K Agashdin, 41, seorang pekerja kilang kelapa sawit di Sungai Dulang, Bagan Datuh, terkejut apabila diberitahu kejadian itu dan bergegas ke HTI untuk melihat anaknya.

Agashdin kesal dengan kejadian itu dan berharap pihak sekolah dapat mengambil tindakan terhadap pelajar senior terbabit. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lawatan ke China amat berjaya: Muhyiddin

Posted: 22 Apr 2011 02:34 AM PDT

Mutakhir

GUANGZHOU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan lawatan rasmi pertama beliau ke China sebagai amat berjaya.

Katanya, ini kerana beliau berpeluang menemui dan berbincang dengan pemimpin tinggi China seperti Perdana Menteri, Wen Jiabao dan Naib Perdana Menteri, Li Keqiang selain pegawai kanan kerajaan China.

"Nampaknya sangat memberangsangkan kerana pandangan pemimpin China terhadap kepimpinan kerajaan Malaysia adalah baik," katanya kepada wartawan Malaysia di sini sebelum berlepas ke Kunming. Beliau tiba di Beijing Isnin lalu untuk lawatan rasmi pertama beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri ke China selama enam hari.

Muhyiddin berkata, dalam perbincangan beliau dengan pmimpin China, mereka secara terbuka menekankan hubungan kedua-dua negara adalah istimewa kerana sejarah serta pengiktirafan Malaysia kepada kedudukan China.

"Ini ialah sejarah yang mereka tidak lupa, sebab itu mereka anggap hubungan Malaysia dengan China ini sentiasa istimewa," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan