Jumaat, 22 April 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Lari kereta sewa

Posted: 21 Apr 2011 12:12 PM PDT

BANDAR BARU BANGI: Seorang lelaki berputih mata apabila kereta Perodua Myvi miliknya yang disewakan kepada seorang individu dibawa lari dan gagal dikesan sehingga kini dan lebih malang apabila individu terbabit menggunakan salinan kad pengenalan dan lesen memandu palsu.

Menceritakan semula kejadian, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu, 46, berkata dia menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Ana yang mahu menyewa keretanya RM120 sehari.


"Wanita itu mendakwa tinggal di Sungai Long, Cheras dan mengaku bekas pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam.

"Pada hari dijanjikan, wanita itu tidak datang mengambil kereta pada 6 April lalu, sebaliknya memberitahu seorang lelaki yang dikenali sebagai Hairul akan datang mengambilnya," katanya.


"Pada hari kejadian, Hairul datang ke rumah untuk mengambil kereta dan saya memintanya mengemukakan salinan kad pengenalan dan lesen memandu sebagai bukti dan dokumentasi perjanjian penyewaan.


"Lelaki terbabit 'berlakon' hingga saya langsung tak mengesyaki apa-apa yang pelik kerana dia mengemukakan semua dokumen seperti diminta.

"Selepas selesai urusan menandatangani dokumen berkaitan, saya menyerahkan kereta kepada Hairul dan mengikut perjanjian dia akan memulangkan semula kereta dua hari kemudian (8 April)," katanya.


Abu berkata, keretanya bukan sahaja tidak dipulangkan, malah lelaki terbabit menghilangkan diri dan telefon tidak berjawab.

"Saya rasa mungkin dia berada di luar kawasan liputan telefon dan usaha menghubungi lelaki terbabit diteruskan sehingga 10 April lalu, tetapi menemui jalan buntu apabila panggilan bukan sahaja tidak dijawab, tetapi lelaki terbabit mematikan telefon bimbitnya.


"Saya menghubungi Ana, tetapi dia juga mematikan telefon bimbitnya," katanya.


Abu berkata, menyedari dirinya ditipu dan kereta miliknya lesap, dia membuat laporan polis.


"Berdasarkan semakan pada nombor kad pengenalan dan lesen memandu lelaki terbabit, nama yang tertera pada kad pengenalan sama, tetapi alamat berbeza.


"Salinan kad pengenalan beralamat di Shah Alam, Selangor sedangkan alamat sebenar di Chini, Pahang. Gambar pada kad pengenalan dan lesen berbeza dengan wajah lelaki terbabit," katanya.


Khuatir keretanya disalah guna pihak yang tidak bertanggungjawab, Abu memohon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyenaraihitamkan kenderaannya. Abu berkata dia kini lebih berhati-hati dan berharap sesiapa yang mahu memberi individu yang tidak dikenali untuk meminjam supaya memastikan dokumen yang dikemukakan tulen untuk mengelak kejadian yang tak diingini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita seludup rokok RM51,000

Posted: 21 Apr 2011 12:11 PM PDT

SERDANG: Polis merampas 866 kartun rokok pelbagai jenama bernilai kira-kira RM51,000 serta menahan seorang wanita berusia 30-an yang menyeludup rokok itu dari negara jiran untuk pasaran tempatan di sebuah kedai runcit di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, di sini, kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 7 petang kelmarin itu dilakukan hasil maklumat orang ramai dan intipan.


Ketua Polis Serdang, Abd Razak Elias, berkata hasil maklumat orang ramai, pihaknya menyerbu kedai terbabit dan menemui 51 kartun rokok.

Katanya, hasil soal siasat terhadap wanita terbabit, polis menemui stok rokok pelbagai jenama di sebuah rumah kedai kira-kira 100 meter dari kedainya dipercayai sebagai stor penyimpanan.


"Di stor itu, kami menemui 815 kartun rokok pelbagai jenama yang dipercayai disimpan pemiliknya sebelum dibekalkan ke kedai runcit lain," katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini, semalam.


Menurutnya, suspek dipercayai sudah lama menjalankan kegiatan membekal rokok seludup kepada kedai lain dan berkemungkinan mempunyai hubungan dengan sindiket penyeludupan rokok haram.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan