Harian Metro: Setempat |
Posted: 19 Apr 2011 12:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Pakistan yang tiada lesen memandu manakala cukai jalan teksi dipandunya tamat tempoh ditahan dalam Operasi Halang Siri 12/2011 di ibu kota, semalam. Ketua Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Mohd Zamri Zainal Abidin, berkata lelaki itu pada mulanya cuba melarikan diri sebaik menyedari operasi dijalankan pihak berkuasa, tetapi gagal sebelum dia ditahan.
Katanya, lelaki terbabit antara 28 pemandu teksi yang ditahan kerana melakukan kesalahan menghalang lalu lintas sebelum mereka dikompaun RM150 mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Selain itu, 23 saman dikeluarkan kepada pemandu bas, 22 saman bagi kenderaan lain dan 12 kereta ditunda.
|
Dua mahasiswa sesat hutan 24 jam Posted: 19 Apr 2011 11:58 AM PDT JANDA BAIK: "Walaupun badan terlalu penat, tetapi saya tetap meredah kegelapan malam mencari jalan pulang. Ketika itu bermacam-macam bermain di fikiran saya selepas terdengar bunyi anjing dan monyet," kata Claries Pirus, 24, pelajar Management & Science University (MSU), Shah Alam, Selangor yang tersesat 24 jam di kawasan Latto Charuk, Sungai Tampek, di sini, semalam. Dia bersama rakannya, Sumitha Muniandy, 24, ditemui seorang penduduk kampung kira-kira jam 2.20 petang ketika usaha mencari mereka giat dijalankan polis, bomba, Unit Pengesan Anjing (K9), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan penduduk kampung.
Menurutnya, dia pada mulanya terdengar suara tidak jelas meminta tolong sebelum meneruskan perjalanan. Selang tidak beberapa lama kemudian dia mendengar orang meminta tolong dengan jelas dan pergi ke arah suara itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata pelajar terbabit datang kawasan itu bagi menjalani aktiviti keperluan subjek pengurusan rekreasi bermula 16 April lalu.
"Bagaimanapun, ketika latihan dijalankan dua pelajarnya tersesat dan usaha mencari dijalankan sehingga jam 7 malam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan