Isnin, 18 April 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Trio Datuk T mungkin dikenakan tindakan tayang video seks

Posted: 18 Apr 2011 03:02 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Trio Datuk T mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata polis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata kemungkinan itu wujud berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video.

Beliau berkata, kertas siasatan kes itu dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara Khamis ini. "Ada kemungkinan mereka akan didakwa mengikut Sekyen 292 itu kerana ia menjurus kepada mereka, pihak penayang."

"Namun bukan polis yang menentukan keputusan itu sebaliknya pejabat Peguam Negara. Kami akan adakan sidang akhbar nanti bila segalanya selesai," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kertas siasatan, beliau berkata, masih terdapat dua lagi perkara yang perlu dikemaskini dan dilengkapkan dalam siasatan itu, sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

"Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas) itu pada Khamis ini...sementara itu kami tunggu respon daripada pihak yang menyediakan dua perkara itu.
"Dua perkara ini tidak boleh didedahkan dahulu ketika ini kerana ia lebih kepada pendakwaan dan menganggu tugas pejabat Peguam Negara," katanya.

Ditanya mengenai sama ada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku dalam video seks itu, Acryl berkata: "Kami (polis) tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka dan mengambil keterangan.

"Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku," katanya.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahli kabinet Sarawak angkat sumpah

Posted: 18 Apr 2011 02:45 AM PDT

Mutakhir

KUCHING: Lapan bekas menteri negeri yang menang dalam pilihan raya Sarawak pada Sabtu lalu, mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai ahli kabinet negeri yang baru hari ini selepas Barisan Nasional sekali lagi diberi mandat membentuk kerajaan negeri.

Lima daripada mereka adalah daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan setiap seorang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Mereka mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya di sini. Mereka terdiri Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu yang juga Timbalan Presiden PBB; Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Masing; Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan dan seorang lagi Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg; Timbalan Setiausaha Agung SUPP, Datuk Seri Wong Soon Koh; Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Naib Presiden PBB, Datuk Seri Michael Manyin dan Timbalan Ketua Wanita PBB, Datin Fatimah Abdullah.

Portfolio baru masing-masing belum diumumkan.

Majlis turut disaksikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden PBB, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada Sabtu lalu selepas BN menang 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri ke-10 itu. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan