Isnin, 18 April 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Bimbang jambatan runtuh

Posted:

Bimbang jambatan runtuh

Bimbang jambatan runtuh

Oleh AIN SAFRE BIDIN
utusanperak@utusan.com.my


Penduduk kampung menunjukkan keadaan jambatan selepas besi jambatan tersebut dicuri sekumpulan lelaki di Teluk Intan, semalam.


TELUK INTAN 17 April – Penduduk Kampung Tukang Sidin dan Tenang dekat sini, bimbang kecurian besi jambatan kereta api lama berusia 50 tahun yang menghubungkan kedua-dua kampung itu akan menyebabkan ia boleh runtuh pada bila-bila masa.

Kebimbangan itu disuarakan oleh lebih 500 penduduk di kedua-dua kampung berkenaan yang dipercayai dilakukan oleh sekumpulan penagih dadah, sejak sebulan lalu.

Menurut penduduk, Anuar Arshad, 52, malah kumpulan penagih itu dikesan lebih berani apabila mencuri sampan bagi mengangkut besi dari jambatan terbabit.

"Mereka turut mengugut penduduk agar tidak melaporkan kepada pihak berkuasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Penduduk, Zakaria Salrian, 50, berkata, tindakan kumpulan berkenaan menyebabkan kampung berkenaan menjadi bising apabila mereka memotong besi pada waktu malam.

"Saya pernah menegur tetapi dimarahi. Mereka minta kami tidak menyibuk kerana besi itu bukan bapa kami yang punya," katanya.

Seorang lagi penduduk, Idris Abdullah, 48, memberitahu, kumpulan itu menjadi semakin berani kerana sanggup menghisap dadah secara terbuka.

"Kami sudah membuat laporan tetapi sehingga kini tiada tindakan. Lagi pun kami menghadapi kesukaran kerana semua pihak tidak mahu bertanggungjawab terhadap jambatan kereta api lama," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10,000 lagi mangsa banjir bakal terima RM500

Posted:

10,000 lagi mangsa banjir bakal terima RM500

10,000 lagi mangsa banjir bakal terima RM500

ALOR SETAR 17 April - Kira-kira 10,000 orang lagi mangsa banjir teruk di Kedah pada akhir tahun lepas akan menerima bantuan wang ihsan daripada kerajaan pusat tidak lama lagi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, proses agihan fasa ketiga dan keempat itu melibatkan mangsa banjir yang tercicir sebelum ini.

Katanya, penyenaraian semua mangsa sudah selesai dilaksanakan oleh Majlis Keselamatan Negara Kedah.

"Seperti dijanjikan kesemua mangsa terbabit akan menerima wang ihsan RM500 tidak lama lagi kerana proses mengumpul dan menyenaraikan nama-nama mangsa yang tercicir sudah selesai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-9 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Kota Setar di dewan Perkim di sini semalam.

Jelas Ahmad Bashah, kelewatan agihan tersebut sebelum ini ekoran proses penelitian pihak berkaitan bagi mengelak pertindihan agihan.

"Sebelum ini, kita menerima aduan bahawa berlaku penipuan dalam kalangan penduduk di mana ada yang mendaftar lebih daripada satu nama untuk satu keluarga.

"Jadi, kali ini kita harus lebih teliti termasuk membabitkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) untuk mengenal pasti mangsa yang mendaftar itu benar-benar layak," katanya.

Katanya, setakat ini, dalam fasa pertama sebanyak 14,928 keluarga sudah menerima wang masing-masing dan fasa kedua pula sebanyak 24,652 mangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Van Thailand sapu pelanggan

Posted:

Van Thailand sapu pelanggan

Van Thailand sapu pelanggan

ALOR SETAR 17 April - Para pemandu teksi, kereta sewa dan limosin di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas di sini sudah tidak tahan lagi dengan kehadiran van pelancong dari Thailand yang mengganggu mata pencarian mereka.

Kehadiran van berkenaan untuk mengambil penumpang secara haram membuatkan mereka terpaksa bersaing sedangkan perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku jika penguatkuasaan undang-undang dijalankan.

Pengerusi Persatuan Pemandu dan Tuan Punya Kereta Sewa, Teksi dan Limousin Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Mohamad Fithol Abdullah berkata, gangguan van dari Thailand di situ semakin menjadi-jadi khususnya pada hujung minggu atau hari cuti umum.

Katanya, kira-kira lima buah van Siam dilihat berada di lapangan terbang berkenaan yang mana setiap kenderaan tersebut mampu membawa sehingga 10 penumpang.

"Jika tiada gangguan, secara purata 15 buah kereta sewa, teksi atau limousin dapat beroperasi bagi setiap penerbangan. Tetapi dengan kehadiran van dari Thailand ini, hanya lima buah yang mampu.

"Keadaan ini menjejaskan periuk nasi kami," katanya kepada pemberita selepas perasmian Mesyuarat Agung Kali Ke-17 Persatuan Pemandu dan Tuan Punya Kereta Sewa, Teksi dan Limousin Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah di sini, semalam.

Menurut Mohamad Fithol, van pelancong dari Siam itu perlu mempunyai surat kelulusan khas daripada agensi pelancongan jika mahu mengambil penumpang di lapangan terbang tersebut.

Mengikut peraturan, katanya, van berkenaan hanya boleh mengambil penumpang di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam dekat sini sebelum membawa pelanggan mereka ke destinasi yang ingin dituju.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan segera bagi mengatasi gejala berkenaan.

"Kami pernah membuat laporan kepada pihak berkaitan, tetapi tindakan hanya bersifat hangat-hangat tahi ayam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan