Isnin, 4 April 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


17 muka baru

Posted: 03 Apr 2011 11:48 AM PDT

MukaDepan

 KETUA Penerangan BN Sarawak, Tan  Sri Adenan Satem bersama (dari kiri) Naib Presiden Kanan 1 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Awang  Tengah Ali Hassan; Timbalan Presiden PBB,  Tan Sri Alfred Jabu; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan; Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS),  Datuk Seri James Jemut Masing; Timbalan Presiden PBB,  Datuk Amar Abang Johari Openg dan Menteri Muda Kesihatan Awam dan Kemudahan Awam, Dr  Stephen Rundi Utom selepas pengumuman calon BN bagi  Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 di Ibu Pejabat di  PBB Bako, semalam.

KETUA Penerangan BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bersama (dari kiri) Naib Presiden Kanan 1 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Timbalan Presiden PBB, Tan Sri Alfred Jabu; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan; Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri James Jemut Masing; Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Openg dan Menteri Muda Kesihatan Awam dan Kemudahan Awam, Dr Stephen Rundi Utom selepas pengumuman calon BN bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 di Ibu Pejabat di PBB Bako, semalam.

Gabungan calon pelbagai latar belakang barisan terbaik hadapi cabaran pembangkang

KUCHING: Barisan Nasional (BN) semalam mengumumkan 17 muka baru daripada 70 senarai calonnya yang bakal memikul cabaran parti itu untuk dipilih oleh 979,796 pengundi pada pilihan raya negeri (PRN) ke-10, pada 16 April ini.

Barisan yang menggabungkan calon pelbagai latar belakang itu dianggap sebagai barisan terbaik untuk menggalas cabaran menghadapi parti pembangkang yang dijangka memberi tentangan agresif untuk merampas tampuk pemerintahan negeri atau sekurang-kurangnya menafikan majoriti dua pertiga BN. Bagaimanapun, BN tidak mengumumkan nama calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba' Kelalan yang akan diumumkan kemudian. Bagaimanapun, calon kerusi itu juga difahamkan muka baru bagi menjadikan jumlah muka baru kepada 18 calon.

BN juga mengekalkan kuota 35 kerusi untuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), 19 untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sembilan bagi Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan lapan untuk Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Senarai diumumkan Ketua Penerangan BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, selepas mesyuarat BN yang dipengerusikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, petang semalam.

Bagaimanapun, yang mengejutkan ialah pengguguran Speaker DUN, Datuk Mohd Asfia Awang Nassar daripada mempertahankan kerusi DUN Semop, manakala Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Larry Sng, tidak mempertahankan kerusi DUN Pelagus. Seorang lagi Menteri Muda, Datuk Dr Rauf Abang Zen, sebelum ini sudah mengumumkan tidak mempertahankan kerusi DUN Demak.
PBB memperkenalkan 10 muka baru terdiri daripada doktor perubatan, Dr Hazland Hipni, 45, (Demak Laut); pemegang Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Maclaine Ben @ Martin Ben anak Michael Ben, 48, (Kedup); seorang jurutera, Aidil Lariwoo, 39, (Sadong Jaya); bekas Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Razali Gapor, 53, (Beting Maro); Sarjana Pentadbiran (Pendidikan) Ricky @ Mohammad Razi Sitam, 38, (Saribas).

Bekas Timbalan Setiausaha Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Len Talif Salleh, 58, (Belawai); lulusan undang-undang Abdullah Saidol, 45, (Semop); doktor perubatan Dr Annuar Rapiee, 47, (Nangka); Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ripin Lamat, 41, (Lambir) dan bekas Pengurus Besar Dynasty Hotel, Miri, Dennis Ngau, 43, (Telang Usan).

Kejutan turut berlaku apabila penyandang kerusi DUN Lingga, Simoi Peri, yang mengumumkan berundur 30 Mac lalu, dicalonkan semula untuk bertanding. Sebelum ini seorang muka baru, Kol (B) Awangku Jamuddin Pengiran Kon, dikatakan bakal menggantikan Simoi.

SUPP menampilkan enam muka baru, termasuk Sim Kian Shiok di DUN Padungan; Dr Sim Kui Hian (Pending); Sih Hua Tong (Batu Lintang); Ling Kie King (Meradong); Datuk Tiong Thai King (Dudong) dan Henry Ling Kuong Meng (Kidurong). Datuk Alfred Yap Chin Loi yang pernah bertanding dan memegang jawatan Menteri Muda sebelum ini, dicalonkan semula untuk bertanding di DUN Kota Sentosa.

PRS pula menampilkan seorang muka baru, Stanley Nyitar @ Unja Malang di DUN Pelagus, manakala SPDP mencalonkan semula tujuh daripada lapan penyandang dengan kerusi DUN Ba'Kelalan masih menjadi misteri.

Bagi kerusi Ba'Kelalan, Adenan berkata, calonnya masih misteri dan hanya akan diumumkan sebelum hari penamaan calon Rabu ini.

"Kami mahu anda terus meneka (siapa calon Ba'Kelalan). Ramai yang berminat menjadi calon di situ, tetapi kita perlu memilih calon paling sesuai, calon yang mana pengundi akan memilih beliau 16 April ini," katanya.

Ditanya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak maklum mengenai calon di Ba'Kelalan masih misteri, Adenan mengesahkan Pengerusi BN itu mengetahui mengenainya.

Mengenai ketidakhadiran Abdul Taib pada sidang media itu, Adenan berkata, Ketua Menteri perlu bergegas kerana mempunyai urusan rasmi lain. Sidang media bagi mengumumkan calon BN Sarawak semalam mendapat perhatian dan liputan meluas media apabila lebih 200 pengamal media membuat liputan di Ibu Pejabat PBB, tempat berlangsungnya pengumuman berkenaan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

gah

Harap2 yg menang tu ...jaga lah kawasan masing masing. Jangan ingat crony saja dapat hasilnya. Bantulah masyrakat yg meskin dan saya percaya banyak rakyat sarawak masih memerlukan bantuan

bujang

Bertugas lah utk rakyat dan jagalah agama dan negeri dgn sebaiknya

dady ellysha dady ellysha

di harapkan bn dun saribas encik ricky@mohammad razi sitam.bawalah kamjuan kat kami .. jalan raya tak berturap eletrik tak ada cma tiang dan tali.... susah bg kami jika hujan nak hantar anak2 ke sekolah dan ke pasar... kami sokong anda bn.. jangan tutup sebelah mata bila menang nanti...rakyat perlukan anda... mbawa perubahn..


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan