Ahad, 3 April 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Interlok: Ahli Parlimen, aktivis ditahan

Posted:

Interlok: Ahli Parlimen, aktivis ditahan

Interlok: Ahli Parlimen, aktivis ditahan

03/04/2011 8:03pm

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manogaran, dan seorang aktivis MS Arjunan ditahan di perkarangan Kuil Subraminiyar di Batu Caves, dekat sini, hari ini ketika cuba mengadakan sidang media membantah novel Interlok.

Manogaran dan Arjunan dari Persatuan Progresif Pelajar Tamil Malaysia (Mastsap) hanya sempat mengadakan sidang media kira-kira lima minit sebelum ditahan kira-kira 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah memberitahu, mereka ditahan kerana tidak mengendahkan amaran polis supaya tidak mengadakan sidang media di situ yang merupakan tempat beribadah.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah bagi pencegahan daripada berkumpul.

Mereka kemudian dibebaskan kira-kira pukul 3.30 petang tadi selepas polis merakamkan kenyataan mereka. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jambatan gantung hampir siap runtuh

Posted:

Jambatan gantung hampir siap runtuh

Jambatan gantung hampir siap runtuh

03/04/2011 6:50pm

GUA MUSANG – Sebuah jambatan gantung yang hampir siap dibina merentangi Sungai Galas di Kampung Pulai di sini runtuh malam tadi dipercayai akibat hujan lebat.

Jambatan sepanjang 130 meter bernilai RM220,000 itu dipercayai runtuh pada awal tengah malam tadi tetapi hanya disedari penduduk kampung kira-kira jam 7 pagi ini.

Pengerusi MCA bahagian Gua Musang Chee Sien Chen berkata kebanyakan penduduk yang menunggu pembinaan jambatan itu siap, terkejut apabila melihat ia telah runtuh.

"Mujur jambatan itu belum digunakan penduduk, jika tidak mungkin ada yang cedera.

"Kejadian itu dipercayai berpunca daripada stuktur pembinaannya yang tidak kuat dan pernah menjadi pertikaian penduduk akhir Februari tahun lepas kerana bimbang akan runtuh, " katanya kepada pemberita yang melawat jambatan itu hari ini.

Turut melawat jambatan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusoff.

Pengerusi Tokong Pulai, Lew Kew Bee pula berkata, pihaknya mempertikai pembinaan jambatan gantung berkenaan yang bukan sahaja terlalu mahal tetapi dibuat secara mudah hingga terdedah kepada kejadian runtuh itu.

"Penduduk pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohd Arshad Ismail bagi membincangkan perkara itu, tetapi dimaklumkan pembinaannya mengikut prosedur.

"Kita diberitahu struktur pembinaan ikut pakar yang pernah berbuat demikian dan dunia juga ikut cara berkenaan. Kini apa telah jadi apabila runtuh sebelum siap," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

363 pelajar cemerlang SPM dapat biasiswa

Posted:

363 pelajar cemerlang SPM dapat biasiswa

363 pelajar cemerlang SPM dapat biasiswa

03/04/2011 6:49pm

ALOR SETAR – Seramai 363 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan A penuh (A ) dalam semua mata pelajaran bakal memperoleh biasiswa daripada kerajaan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya beliau yakin mereka yang tidak berpeluang untuk mendapat biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam akan diberikan biasiswa lain seperti biasiswa 1Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu.

"Selain itu mereka juga berpeluang dapat biasiswa daripada agensi lain seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Bank Negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, di sini hari ini.

Pada majlis sama Mohd Puad turut menyampaikan bantuan wang ehsan RM22,600 kepada 113 pelajar berkenaan yang terbabit dengan bencana banjir November tahun lalu.

Mohd Puad berkata Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah mula mengagih bantuan RM6.4 juta kepada pelajar dan sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir besar di Kedah baru-baru ini.

"RM2.4 juta wang ehsan diberikan kepada 10,329 pelajar terlibat banjir di Kedah, iaitu RM200 setiap seorang; dan RM4 juta lagi diberikan kepada sekolah-sekolah yang pelbagai peralatan dan bangunannya rosak akibat banjir, agar ia dapat dibaik pulih, demi keselesaan pelajar dan guru," katanya.

Beliau berkata bantuan itu diserahkan kepada Jabatan Pelajaran (JPN) Kedah untuk diagihkan secepat mungkin kepada pelajar dan sekolah terlibat. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan