Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 01 Apr 2011 12:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Isu mengenai kesahihan rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita muda warga asing yang didedahkan baru-baru ini, terjawab semalam apabila polis mengesahkan ia adalah tulen dan bukan rakaman yang telah diubah suai. Ketulenan rakaman itu disahkan pakar tempatan yang dilantik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu memastikan kesahihan video seks berkenaan kerana timbul pelbagai tanggapan orang ramai mengenainya, terutama Anwar yang mendakwa ia adalah konspirasi politik bagi menjatuhkannya. Ketua Polis Negara, Tan Si Ismail Omar, berkata berikutan keputusan itu, siasatan kes video seks oleh pasukan penyiasat khas yang ditubuhkan PDRM kini dalam peringkat akhir sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut. "Sebaik menerima bahan bukti iaitu pita rakaman video seks itu, polis serah kepada pakar untuk mengesahkan ketulenannya sebelum hasil laporan diterima. Laporan pakar mendapati, rakaman video seks berkenaan adalah tulen dan berikutan itu, siasatan kini sudah berada di peringkat akhir," katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL), di sini semalam. Ketika ditanya sama ada 'pelakon' dalam video berkenaan adalah Ketua Pembangkang, Ismail enggan mengulas, sebaliknya menjelaskan tugasnya adalah memastikan kesahihan video berkenaan. "Siapa individu dalam video berkenaan tidak penting... apa yang penting polis mengesahkan video itu tulen. Polis juga mendapat banyak pertanyaan daripada masyarakat sama ada video terbabit tulen atau sebaliknya," katanya.
"Sesiapa yang polis rasa penting dan tahu berhubung rakaman video itu sudah dipanggil dan berapa ramai jumlahnya tidak perlu didedahkan. Polis percaya, pasukan penyiasat khas yang ditubuhkan sudah menjalankan siasatan menyeluruh dan profesional," katanya. Ismail turut mengesahkan, tiga individu ditahan sebaik rakaman video berkenaan didedahkan dan dibebaskan dengan jaminan polis, tetapi enggan mendedahkan identiti mereka. Beliau juga tidak menolak kemungkinan polis menghantar rakaman video berkenaan untuk dianalisa oleh pakar luar negara. Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam reaksinya semalam mempertikaikan kenyataan Ismail dan menganggap ia sebagai cubaan mengalihkan perhatian masyarakat daripada isu sebenar selain bermotifkan politik. Naib Presidennya, N Surendran, dalam satu kenyataan mendakwa tindakan itu adalah cubaan mengelirukan orang ramai yang bertujuan untuk merosakkan dan menjejaskan reputasi penasihat PKR itu. Beliau berkata, kenyataan Ismail langsung tidak membuktikan Anwar individu yang dilihat dalam video itu dan Anwar dengan tegas pernah menegaskan beliau bukan individu yang terbabit dalam video berkenaan. Dua minggu lalu, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bersama ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim mengaku mereka adalah trio yang menggelarkan diri sebagai Datuk T dan bertanggungjawab mendedahkan rakaman video dan menayangkannya kepada media, di Carcosa Seri Negara sebelum diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmizieboy penting utk tahu aktor terlibat.ikutkan berlambak video seks kat luar sana. liana kecut, DSAI boleh je nak bersumpah secara live depan tv, tapi ada ke ruang atau peluang diberikan kepadanya untuk buat sedemikian,esp oleh rtm or tv3?? rofi berani kerana benar,kenapa mesti takut.bersabar jika diuji,jangan sampai melayu terus me layu,jgn terus difitnah,perjuangan tidak didunia saja,hidup islam,hidup melayu.jgn bersengketa..kalau itu mahu jugak..kita pangil mat saleh. zack bila batil berada di atas yg hak..hak telah lenyap...Allah akan melenyapkan yg batil..so besedia la semue... cok kodok tak syak lg mmg itulah orangnya ketulahan rakyat malaysia pemikiran sekarang hanya berkaitan isu DSI...tak dak cerita lain ke...bosan...bosan ikutilah jejak dr mahathir berfikiran lebih jauh menjangkau usia 3 generasi.... baru dikatakan rakyat berfikiran maju...pemberita tolonglah sikit jangan jadikan isu ..berita utama perkARA seperti ni dah... remy karang polis bg komen lebih2 kate menjejaskn siasatan plak sume x kena ngn pembangkang ni sesuai ngn name pn..pembangkang...bangkang je la kerjanya... NAJIB heyyy pe sal ni pah stu2 ftnah tmbul kt DSAI ni????yg mne stu btul ni???ape pnye krjaan la gni xhbis2 ftnah org.jgn guna kuasa untuk jtuhkn org.Berjuang mengikut islam la derRRRrr. awing69 Ya..Allah tunjukkanlah kebenaran..agar kekalutan besar yang mejatuhkan maruah ini terungkai...kesian saudara kita tu..
izaldrock Macamana nak perjuang bangsa Melayu jika Malayu dah di kaburi wang sejak dulu...Walau bagaimana pun MELAYU TAKKAN HILANG... bumimerdeka Tiada siapa boleh siasat Anwar w/p salah. Kebalnya dia.Tapi anwar tak mahu k/sama, dari dulu sampai sekarang. Cukup kebal mengalahkan Agong kamal ahmad cadangan-lantik ejen penyiasat antarabangsa bagi menyiasat.senang citer. dol said video semuanya tulen..man ada tidak tulin..yang pentingnya pelakonnya tulen ke tidak...tungguuuuuuuuuu lagi satu kes lagi ke mahkamah akan menghabiskan duit DSI dan rakyat zairizanz Mungkin ini salah 1 cara nak mengetahui akhlak seseorang pemimpin dengan merakam video si pelaku,..hei si pulan,..jikalau kamu berasa curiga anak2 kecil kamu dijaga oleh seorang amah, adakah kamu akan menyiasat atau kamu akan mendiamkanya? sudah semestinya kamu akan pasang cctv di tempat-tempat tertentu untuk perangkap kelakuan si amah itu td,..jadi melalui cctv yang kamu rakam itu telah menayangkan kelakuan, perangai si amah dengan mendera anak2 kecil kamu, adakah kamu akan mendiamkan perangai si amah itu berterusan walaupun kamu dah tgk bukti penderaan pada cctv yang kamu sendiri memasangnya? Adakah kamu akan mendakwanya atau mendiamkannya? adakah kamu sebagai siperakam video harus didakwa setelah kamu merakamkan aksi si amah itu td? Fikir logik lah sikit... jazz Hoi bro... ini bukan soal Melayu fitnah Melayu la... tapi soal moral, kalau rakyat biasa di ambil tindakan takkan orang besar tidak... syabas polis siasat habis-habisan.. amiruddin tamak,hasat dengki tlh mempengaruhi minda & hati.kalaulah betul bukan DSAI yang lain jgn dok kalut zzzzzzzz masalahnya sekarang ada sesetengah rakyat terfikir.macamana rakaman itu boleh terjadi???bagaimana pula di penuduh itu tahu si pelaku itu membuat tempahan hotel itu dan tahu pulak si pelaku nak buat hubungan seks??dan bagaimana pula boleh ada rakaman video di bilik hotel si pelaku??adakah semua bilik hotel mempunyai rakaman video untuk merakam setiap orang yang sewa bilik hotel???kalau macam tu sepatutnya pihak hotel juga kena bertanggungjawab dengan kejadian itu???soalnya sekarang apa dah terjadi dengan bangsa kita yang sentiasa menjatuhkan maruah seseorang hanya kerana kepentingan diri sendiri.akhirnya bangsa melayu juga yang menjadi cemuhan bangsa2 lain....sedarlah..fitnah itu lebih berat dosanya daripada membunuh...mungkin di dunia engkau selamat tapi di akhirat engkau lebih malu dari orang yang engkau cemuh itu...dan si pelaku pulak...kalau buat salah tu...mengaku sajalah kerana sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga...orang lain cuma membaca,mendengar dan melihat tapi yang menanggung semua balasan nanti adalah orang yang menuduh dan dituduh..itu semua biarlah korang sendiri yang fikirkan...renung-renungkanlah sikap diri sendiri.... muzaffar kiter semua xtaw sape yg benar sape yg salah...masing2 dengan tanggapan tersendiri, pengaruh sana sini...hmmm...jgn di akhirat nanti, kiter jugak bersama2 kena jawab dengan Allah swt....baik berkecuali...anda semua pun banyak di taburkan dengan janji2 politik jew...anda mendengar, pastu terpengaruh..bukan terlibat...peace no war Pemerhati Kita rakyat biasa jangan terlalu banyak buat andaian atau tuduhan. Kita tunggu keputusannya, orang di tuduh kalau di tanya memang la tak mengaku. Jebat 3 org Datuk sepatutnya ditangkap dan bergari. Tapi boleh suka-suka buat kenyataan akhbar. Muka mereka tu memang tak tau malu. Polis patut lebih adil, masyarakat membuat penilaian.KPN cerdik ke tak cerdik? Addiey "Siapa individu dalam video berkenaan tidak penting... apa yang penting polis mengesahkan video itu tulen". Adoi !!! kenyataan yg tidak profesional oleh KPN. pd i yg penting siapa pelakunya.. ckg tk krg kalau x benar, dikatakan fitnah,.. kalau benar nk kata apa?? yg buat tu, semua salah, x kira la pelaku ke perakam ke...yg rakam dah mengaku,,,hero tu bila lg??? heuzer mcm byk psoalan yg boleh wujud dr masyarakat. Kenapa video itu baru di'panas'kan tatkala pbicaraan liwat mcm menemui jalan buntu utk dselesai. Btahun2 pbicaraan dilakukan, mula2 ttg kpimpinan ms pmecatan ppm, slepas tu kes liwat, timbul pulak kes video. Lepas ni mesti ada lagi. Cari juak org yg mrancang rakaman itu. Kes video yg dilakukan oleh yb dr BN yg lepas tak jugak masuk isu mahkamah. Pikir2 la takde kerja lain ka! Dato T udah2 la tu, tindakan kamu semua sebenarnya mencalarkan nama PM. Kamu pergi buat kerja kamu biar polis yang siasat. Jangan mengaibkan orang kalau tak ada bukti sahih. julai memang kita rakyat malaysia sudah matang dan educated dalam segala hal.Tapi yang pandai berdolak-dalih tulah susah.kalau beliau bukan pelakunya, JAGAN TAKUT..MASUK MASJID JUJUNG ALQURAN dan BERSUMPAHLAH degan KEBENARAN takde kerja lain ka! Dato T udah2 la tu, tindakan kamu semua sebenarnya mencalarkan nama PM. Kamu pergi buat kerja kamu biar polis yang siasat. Jangan mengaibkan orang kalau tak ada bukti sahih. kepada pencacai2 anwar, terima la kenyataan.. khatijah Kepada pelakon tulinnya maka bertaubatlah...sebelum ajal menjengah.. oMg sebagai manusia kita kena tahu hidup ini bukan sahaja didunia malah diakhirat, setiap amanah yang dipertanggugjawabkan ada dipersoalkan kelak ... Putera Hoi....Melayu...Cakap tu tapis la sikit.Melayu fitnah Melayu. Bangsa Asing hanya bertepuk tangan dan kaki.Mananya slogan "PERJUANGNA BANGSA MELAYU". kecut Kalau betul tak buat, bersumpahlah dengan nama Allah di hadapan siaran langsung televisyen..biar berjuta rakyat tengok sebagai saksi.. azman pihak polis belum lagi mengeluarkan kenyataan bahawa DSAI terlibat jadi kenapa PKR kelam kabut .. Kalau Benar DSAI terlibat bagaima pula reaksi mereka itu yang harus mereka jawab anuar Apa yang penting sekarang ialah siapa pelakunya. Kebenaran perlu ditegakkan. aar menurut al-mawardi dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah pihak berkuasa terikat dengan pengawalan memelihara nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta. The Saint kan dah tabiat manusia, yang tak baik tu lah yang mereka suka Azmi saya percaya masyarakat malaysia sudah matang dan educated. kita bukan nak tahu video itu tulen tetapi kita mahu tahu adakah pelakon itu tulen. Ini perkara amat peribadi, tetapi kenapa mereka yang merakamkan video ini tidak langsung dituduh bersalah dan masyarakat juga tidak percaya kepada kepakaran malaysia untuk mengesahkan ketulenan video. satu lagi persoalan adalah kenapa rakaman itu hitam putih sedangkan faedah tontonan berkualiti sepatutnya berwarna. saya fikir ini muslihat yang terancang. Jika ianya tidak terancang, sepatutnya mereka yang merakam, menyebar, menonton dan membuat ugutan kepada Anwar Ibrahim perlu ditangkap dahulu.kenapa polis dapat mengesahkan ketulenan tetapi tidak dapat mengesahkan pelakonnya. Ini persoalan yang perlu dijawab dan dipaparkan oleh media. Osman Siapa lelaki dalam video itu? Nora Bila buat lapuran,polis kena siasat dah siasat polis masih di salahkan tak tau apa yang ada diminda mereka sehiggakan kebenaran dinafikan demi taksub pada seorang pemimpin yang tak bermoral.Dunia akhir zaman yang baik dikata jahat dan yang jahat dikata baik |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan