Kosmo Online - Negara |
Posted: Duit kerajaan RM108b lesapGAMBAR barangan rampasan seperti rokok kretek dan mercun yang ditemui dalam rumah salah seorang suspek di Pahang baru-baru ini. PUTRAJAYA – Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor' yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram. Mereka yang ditahan membabitkan 53 lelaki dan sembilan wanita berusia 24 hingga 56 tahun dengan 80 peratus berkhidmat di lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor. Gerakan di bawah Ops 3b itu mendapati Pelabuhan Klang menjadi tumpuan utama jenayah apabila 48 suspek ditahan di situ. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 17 orang termasuk seorang berpangkat Pengarah dan isterinya juga pegawai kanan Kastam ditahan reman manakala bakinya telah dibebaskan setelah disoal siasat. "Kami percaya mereka mengambil suapan secara individu dan bukannya didalangi sindiket tertentu. "Sejak siasatan kami bermula pada 2008, kami menjangkakan lebih RM10 bilion telah diseludup keluar dari negara ini,'' katanya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
‘Masa itu ingat nak mati sahaja’ Posted: 'Masa itu ingat nak mati sahaja'
IPOH – Tahap kesihatan bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor yang mengalami serangan jantung pada Rabu lalu kini beransur pulih. Dia sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh (HPI) sebelum dipindahkan ke wad biasa pada pukul 3 petang semalam. Namun Malek, 56, meminta tidak ditemubual oleh wartawan sebaliknya hanya bercerita melalui Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong yang datang melawatnya semalam. Malek yang mengaku dia tidak tahu menghidap penyakit jantung, tidak putus-putus mengucap kalimah syahadah sepanjang perjalanan ke hospital. "Masa itu saya ingat hendak mati sahaja dan terbayang pengalaman menunaikan ibadah umrah seminggu lalu,'' katanya kepada Zolkples. Turut sama melawat Malek ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Mumtaz Jaafar. Menurut Malek, ketika diserang sakit jantung, dia sempat berpaut pada palang gol dan menjerit meminta bantuan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Seri Bayu meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Komposer dan penulis lirik, Jamaludin Sulik atau lebih dikenali sebagai Seri Bayu, 44, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, malam tadi. Menurut anak angkat Allahyarham, Sarina Abdul Ghani, 29, Seri Bayu meninggal pada pukul 8.30 malam akibat penyakit saraf motoneuron yang dihidapinya sejak tahun 2004. "Arwah kritikal sejak tiga hari lalu sebelum dia dimasukkan ke Hospital Port Dickson semalam (kelmarin),'' katanya ketika dihubungi semalam. Sarina berkata, usaha mereka untuk menghubungi keluarga dan anak Seri Bayu gagal. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan