Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 01 Apr 2011 01:25 PM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara mengesahkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen berdasarkan siasatan kumpulan penyiasat tempatan yang ditubuhkan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pasukan khas itu ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk menyiasat dan mengkaji rakaman video berkenaan bagi mengetahui ketulenannya.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit.
Klip video hitam putih selama 23 minit itu menunjukkan lelaki didakwa seorang pemimpin pembangkang yang juga Ahli Parlimen sedang melakukan pelbagai aksi seks dengan wanita berkulit cerah dipercayai pelacur luar negara. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 01 Apr 2011 01:25 PM PDT BANDAR BAHARU: "Anak perempuan saya menjerit dan menggeletar setelah ternampak ayahnya terbujur kaku dalam keadaan berlumuran darah ketika memeriksa biliknya apabila mendengar bunyi letupan dari bilik itu." Begitu kata Nurhafiza Abdul Hamid, 42, menceritakan detik awal anaknya, Nurshahirah, 17, menemui suaminya, Abd Hamid Abdlah, 49, yang maut dipercayai tertembak di kepala ketika mencuci senapang patah di rumahnya di Kampung Sungai Batu, di sini, semalam.
Nurhafiza berkata, sebaik selesai bersarapan, suaminya bergegas ke bahagian atas rumah lalu masuk ke dalam biliknya dipercayai untuk mencuci senapang patah yang menjadi rutin hariannya sejak beberapa tahun lalu.
"Kami semua terkejut dan tergamam dengan kejadian itu lalu menghubungi jiran berhampiran kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian. Saya pun tidak sangka kejadian ini hingga menyebabkan kehilangan orang tersayang," katanya.
Menurutnya, dia bersama anak-anaknya masih terkejut dan trauma dengan kejadian itu selain tidak mengetahui bagaimana ia boleh berlaku.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan