Khamis, 7 April 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Buruh terharu dapat rumah baru

Posted:

Buruh terharu dapat rumah baru

Buruh terharu dapat rumah baru

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my


Keadaan rumah usang Che Suhaimi Che Abdullah yang menjadi tempat berlindung isterinya, Asliza Ariffin dan anak-anak di Kampung Gong Wayang, Bachok.


BACHOK 6 April - Hanya ucapan syukur yang mampu diluahkan apabila kemiskinan hidupnya sekeluarga mendapat pembelaan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang membina rumah baru secara gotong-royong melalui Program Jasa Prihatin melibatkan peruntukan RM25,000.

Che Suhaimi Che Abdullah, 36, dari Kampung Gong Wayang, Beris Lalang, dekat sini, berkata, buat masa sekarang, dia bersama isteri, Asliza Ariffin, 26, dan tiga anak, Shafikah Che Suhaimi, 9, Nor Aima Nadia, 7, dan Alia Batrisha berusia 18 bulan, tinggal di rumah usang pemberian orang tuanya, tidak jauh dari kawasan pembinaan rumah baru itu.

Menurutnya, rumah yang menjadi tempat berteduh sekarang tidak mempunyai kemudahan bekalan elektrik, tandas dan sumber air bersih, selain dinding serta lantai rumah semakin reput, manakala atap zinknya pula sudah banyak bocor.

"Rumah kami tidak memiliki tangga, tiada bilik tidur mahupun dapur. Ia sekadar tempat untuk berteduh daripada panas dan hujan.

"Apa pun, saya bersyukur dengan pemberian ibu bapa yang membolehkan saya mengurus kehidupan dan membesarkan anak- anak walaupun dalam keadaan serba kemiskinan," katanya.

Beliau menyifatkan, status kehidupannya sekarang kerana dirinya tidak memiliki kelulusan akademik yang baik.

"Saya tidak nafikan disebabkan tidak memiliki kelulusan akademik dan tidak berpelajaran tinggi menyebabkan saya berada dalam kemiskinan.

"Terpaksa bekerja penat 'membanting tulang' melakukan pelbagai pekerjaan kampung untuk mencari sesuap nasi dan mendapatkan sumber rezeki yang halal," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada Majlis Pelancaran Membina Rumah Penduduk Termiskin anjuran Jasa di Kampung Gong Wayang, dekat sini baru-baru ini.

Che Suhaimi berkata, dengan pendapatan kerja kampung tidak sampai RM20 sehari, amat sukar baginya untuk membina rumah baru bagi keselesaan buat keluarga.

"Ini kerana dengan wang itu juga, saya beli makanan asas dan menampung perbelanjaan sekolah dua anak yang belajar di Tahun Tiga dan Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Beris Lalang," katanya.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana kedua-dua anaknya itu mendapat bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS).

Menurutnya, amat mustahil baginya untuk mengumpul wang RM25,000 bagi membina sendiri kediaman yang lebih selesa.

"Syukur dan terima kasih kepada kerajaan menerusi Jasa yang begitu prihatin membela nasib kami sekeluarga.

"Tidak lupa juga kepada ibu bapa isteri saya yang membenarkan rumah baru itu dibina di atas tanah pusaka yang sepatutnya dikongsi bersama 11 adik-beradik lain. Ini kerana mereka juga tidak sanggup melihat anak cucunya berterusan hidup merempat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Agensi Kerajaan Pusat salurkan bantuan rumah

Posted:

Agensi Kerajaan Pusat salurkan bantuan rumah

Agensi Kerajaan Pusat salurkan bantuan rumah

BACHOK 6 April - Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) bertindak sebagai agensi Kerajaan Pusat membantu golongan termiskin yang tercicir daripada menerima bantuan rumah menerusi Program Bina Rumah (PBR), selain menyalurkan bantuan membaiki kerosakan rumah, menyampaikan bantuan kerusi roda kepada orang kurang upaya, bantuan keperluan harian dan mangsa bencana alam.

Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti Jasa, Adenan Othman berkata, rumah yang dibina itu mempunyai dua bilik tidur dan dilengkapi ruang dapur, tandas dan bekalan elektrik.

"Pembinaan rumah akan dilaksanakan di setiap negeri dengan memastikan penerimanya adalah keluarga yang terlalu daif dan tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi sebelum ini.

"Pegawai Jasa di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen seluruh negara sentiasa memantau keperluan ini dengan mendekati rakyat di peringkat akar umbi," katanya.

Adenan berkata, konsep gotong-royong digunakan bagi menyiapkan sesebuah rumah dengan melibatkan penyertaan pemimpin tempatan, penduduk kampung dan ahli Kumpulan Rakan Siswa Jasa Malaysia (Karisma) dari institusi pendidikan awam dan swasta seluruh negara.

"Gotong-royong dan penyertaan ramai akan memupuk semangat perpaduan, memantapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat iaitu semangat kejiranan dan saling bantu-membantu yang sepatutnya menjadi warisan amalan rakyat di negara ini," katanya.

Beliau berkata, pembinaan rumah Che Adenan akan disiapkan dalam tempoh sebulan dengan melibatkan tenaga tukang rumah di kalangan penduduk setempat dengan dibantu oleh ahli Karisma dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Terengganu.

Dalam pada itu, Ahli Karisma UMK, Muhamad Dzulkifly A. Aziz, 20, berkata, program gotong-royong membina rumah penduduk miskin memberi keinsafan dan kesedaran kepada dirinya dan rakan-rakan lain untuk sama-sama berkongsi kesenangan dan mendalami pahit getir kehidupan keluarga miskin.

"Ia adalah suatu pelajaran sosial yang hanya boleh ditemui dalam komuniti dan tidak ada di gedung ilmu," katanya.

Penuntut Unisza, Yok Wie Fang, 20, berkata, ia adalah suatu pengalaman baru dalam hidupnya apabila berpeluang menyusun bata dan membina dinding rumah Che Suhaimi.

"Selama ini saya amat berharap untuk menyertai kerja amal bagi membantu golongan miskin.

"Hasrat saya termakbul menerusi program ini kerana berpeluang menghulurkan tenaga bakti untuk membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira agama dan keturunan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM200,000 bantu usahawan tani

Posted:

RM200,000 bantu usahawan tani

RM200,000 bantu usahawan tani

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my


Hanafi Mamat (tiga dari kiri) menyampaikan peralatan membuat kuih kepada 27 pengusaha di pekarangan Pusat Kemajuan Peladang Tendong, Pasir Mas, kelmarin.


PASIR MAS 6 April - Seramai 27 pengusaha industri kecil dan sederhana dari kawasan Parlimen Pasir Mas menerima bantuan peralatan berjumlah RM200,000 di bawah Program Pembangunan Usahawan Asas Tani Nasional, kelolaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Mereka menerima pelbagai peralatan mengikut keperluan termasuk peti sejuk, pembancuh adunan kuih, peti sejuk beku, pembakar roti, meja kerja dan pemerah santan yang disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat.

Hanafi dalam ucapannya mengingatkan usahawan terlibat supaya menggunakan bantuan tersebut sebaik mungkin bagi memastikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka tercapai.

Beliau berkata, peningkatan pendapatan dan taraf hidup itu akan membolehkan mereka keluar daripada kemiskinan.

"Jika sebelum ini, hasil yang diperoleh kecil, tetapi dengan bantuan peralatan tersebut bolehlah mereka meningkatkan pengeluaran produk yang diusahakan," katanya pada majlis menyampaikan bantuan itu di pekarangan Pusat Kemajuan Peladang Tendong, dekat sini semalam.

Menurut Hanafi, Kerajaan Pusat sentiasa komited bagi membantu golongan miskin yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap, mengubah kehidupan mereka melalui agihan pelbagai jenis bantuan.

Justeru, beliau mengingatkan penerima bantuan supaya mengelakkan sindrom 'penjual pisang goreng' yang dilihat tidak komited untuk meningkatkan perniagaan mereka.

"Sebaliknya, mereka yang terlibat di bawah program usahawan tani ini, perlu mengembangkan perniagaan dengan mempunyai perancangan kerja serta pengeluaran," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Industri Asas Tani KADA, Zahari Ab. Rahman berkata, dalam melaksanakan projek keusahawanan itu, peserta sewajarnya menumpukan perhatian untuk membuat hanya satu jenis kuih atau perniagaan.

"Pilih kuih yang dirasakan sedap dan anda mahir membuatnya kerana cara itu lebih baik berbanding terlibat dalam perniagaan melibatkan banyak kuih tetapi kurang mendapat pasaran," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan