Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 06 Apr 2011 12:54 PM PDT KUALA LUMPUR: "Arwah berulang kali menyuarakan rasa bimbang dengan siasatan yang dijalankan ke atasnya. Dia tidak menceritakan secara terperinci mengenai siasatan itu, tapi memberitahu sering murung hingga sukar tidur malam." Demikian kata Ridzuan Mamat, 46, rakan karib Penolong Pengarah Kastam Cawangan Import Eksport Pelabuhan Utara Jabatan Kastam Diraja Selangor (KDRM), Ahmad Sarbini Mohammed, 56, yang ditemui mati di tingkat satu, Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane di sini, semalam.
Ridzuan yang ditemui ketika menziarahi jenazah Ahmad Sarbini di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, berkata, perkara itu diceritakan arwah rakannya itu dalam perbualan telefon di antara mereka, beberapa hari lalu.
Ahmad Sharbini meninggalkan seorang balu berusia 40-an dan lima anak berusia antara lapan hingga 20-an termasuk anak perempuannya yang dikatakan baru bertunang awal bulan lalu.
"Ketika itu, arwah seolah-olah melepaskan tekanan dihadapinya. Apabila saya tanya mengenai perkembangan siasatan kes rasuah membabitkannya, dia diam dan terus meninggalkan gelanggang," katanya.
|
Posted: 06 Apr 2011 12:45 PM PDT KOTA TINGGI: "Bukan setakat dicakar di belakang badan, malah telinga, tengkuk, ketiak, paha dan kaki saya juga digigit," kata Muhammad Rafiq Abdul Rashid yang diserang empat anjing jiran ketika berjalan pulang bersama kembarnya, Muhammad Rafie, ke rumah mereka di Kampung Panti di sini. Murid berusia sembilan tahun itu berkata, ketika kejadian kira-kira jam 3 petang Ahad lalu, dia hanya mampu menutup muka sambil meraung kesakitan.
Menurut murid tahun tiga itu, kembarnya sempat melarikan diri tapi dia gagal berbuat demikian kerana terjatuh menyebabkan dia dikerumuni empat anjing berkenaan.
Rafiq menerima 30 jahitan di seluruh badan manakala telinga kanannya dijahit bagi menyambung koyakan lebar.
"Entah bagaimana, pada petang hari kejadian anjing peliharaannya terlepas lalu mengejar dua adik saya itu. Ini kejadian pertama membabitkan anjing menyerang manusia di kampung ini.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan