Ahad, 3 April 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Cemar duli jumpa rakyat

Posted:

Cemar duli jumpa rakyat

Cemar duli jumpa rakyat

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


SULTAN Muhammad V beramah mesra dengan kanak-kanak di Dewan Pusat Operasi Kesedar Mengkebang, Kuala Krai, semalam.


KUALA KRAI 2 April - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meneruskan kemesraan dan kecaknaan baginda terhadap rakyat jelata apabila berkenan meluangkan masa selama hampir satu jam melawat penduduk di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Mengkebang di sini, hari ini.

Kehadiran baginda ke kampung tersebut sempena program Kem Kesihatan Persatuan Pakar-pakar Sakit Telinga Hidung dan Tekak Malaysia (MSOHNS) - Kelab Komuniti ORL Universiti Sains Malaysia yang diadakan di Dewan Pusat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), di sini.

Ia merupakan lawatan kedua baginda ke kampung itu dalam tempoh dua bulan selepas berkunjung ke situ untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Mengkebang, Februari lalu.

Terdahulu, sebelum ketibaan baginda, rakyat jelata yang tidak sabar menatap raja kesayangan mereka itu mula berkumpul di dewan tersebut seawal pukul 9 pagi dan mengambil peluang mendapatkan rawatan kesihatan percuma yang disediakan.

Ketibaan baginda tepat pada pukul 1 tengah hari disambut oleh Presiden MSOHNS, Dr. Havinder Singh dan Pengarah program, Dr. Najeb Soleh.

Dr. Havinder dalam ucapannya menjelaskan, program berkenaan bertujuan memberi peluang kepada rakyat miskin di kawasan pedalaman untuk mendapatkan rawatan kesihatan secara percuma.

"Ini adalah program pertama yang kita adakan dan memilih tempat ini memandangkan lokasinya yang terletak jauh di pedalaman.

"Melalui program ini, kami membawa bersama kira-kira 100 doktor termasuk doktor pakar untuk berjumpa dengan masyarakat dan memberi rawatan," katanya.

Sementara itu, selepas merasmikan program berkenaan, Sultan Muhammad meluangkan masa selama kira-kira 20 minit melawat ruang pameran yang disediakan serta bersalaman dengan lebih 300 penduduk yang hadir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bapa rayu bantuan orang ramai kesan anak gadis hilang

Posted:

Bapa rayu bantuan orang ramai kesan anak gadis hilang

Bapa rayu bantuan orang ramai kesan anak gadis hilang


FAUZI Ya'acob bersama isterinya, Zaiton Mat Noor menunjukkan gambar anak perempuan mereka, Surita Asyikin yang hilang sejak 28 Mac lalu di rumahnya di Kampung Pengkalan Depu, Tok Uban, Pasir Mas, kelmarin.


PASIR MAS 2 April - Seorang bapa dari Kampung Pengkalan Depu, dekat sini memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan anak gadisnya, Surita Asyikin, 21, yang hilang sejak lima hari lalu.

Fauzi Ya'acob, 58, berkata, anak perempuannya itu yang mengalami masalah lembam, telah keluar rumah pada Isnin lalu secara bersendirian kerana hendak ke Klinik Kesihatan Tok Uban, tidak jauh dari rumah mereka, bagi mendapat rawatan sakit gigi.

Menurutnya, anak keempat daripada 13 beradik itu, jarang keluar rumah dan kebiasaannya menghabiskan masa bersama keluarga disebabkan masalah mental.

Katanya, seorang penduduk ada memaklumkan ternampak Surita Asyikin berjalan seorang diri dan kemudian menaiki kenderaan sapu menghala ke Pasir Mas, bagaimanapun bukannya ke klinik berkenaan.

"Selepas beberapa jam tidak pulang, saya mengambil keputusan untuk ke klinik tersebut namun, dia tidak ada sana dan kira-kira pukul 3 petang, adiknya sekali lagi ke klinik tersebut tetapi turut gagal menemuinya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Fauzi memberitahu, dia telah beberapa kali menghubungi telefon bimbit anak perempuannya itu tetapi ia telah dimatikan dan sehingga kini mereka sekeluarga masih gagal berhubung dengan Surita Asyikin.

Berikutan itu, dia telah membuat laporan polis kira-kira pukul 8 pagi Selasa lalu.

"Surita Asyikin memakai baju T berwarna merah, berseluar jeans hitam dan bertudung hitam semasa keluar rumah Isnin lalu.

"Saya merayu sesiapa yang terlihat Surita Asyikin supaya dapat menghubungi saya di talian 013-968 3166 atau 019-908 7297 atau menghantarnya ke balai polis berhampiran," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan tersebut dan pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengesan gadis tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemancing maut dalam kolam buatan

Posted:

Pemancing maut dalam kolam buatan

Pemancing maut dalam kolam buatan

KUALA TERENGGANU 2 April - Seorang lelaki yang hilang ketika keluar memancing sejak tiga hari lalu ditemui mati terapung di dalam kolam buatan manusia, Bukit Besi, Dungun pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Nanang, 40, ditemui penduduk kampung bersama alatan memancing dan memburu ayam hutan di kolam itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Dahlan Mohd. Nor berkata, menurut maklumat penduduk, lokasi kejadian itu merupakan tempat mangsa sering memancing ketika mempunyai masa terluang jika tidak mengambil upah mengait kelapa sawit dan menjadi buruh binaan.

Katanya, kali terakhir penduduk melihat mangsa ialah tiga hari lalu.

"Hasil siasatan mendapati tiada kesan cedera pada mangsa.

"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat dan laporan menunjukkan mangsa mati lemas," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan