Rabu, 20 April 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


USIM, AeU tandatangani MoU

Posted:

USIM, AeU tandatangani MoU

USIM, AeU tandatangani MoU

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my


Dr. Ansary Ahmed (dua dari kiri) bertukar dolumen MoU dengan Dr. Muhammad Muda di Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 19 April – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memperhebatkan sistem pendidikannya dengan menawarkan program pengajian jarak jauh secara dalam talian bagi peringkat diploma dan ijazah melalui portal Malaysian Education Online (Medo).

Kejayaan itu merupakan hasil kerjasama pintar antara USIM dan Asia e University (AeU) dalam usaha mewujudkan akses pembelajaran lebih terbuka, mudah dan efisien ke arah melahirkan lebih ramai masyarakat berilmu.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Muhammad Muda berkata, inisiatif berkenaan selari dengan Projek Permulaan (EPP) Ke-6 yang diumumkan kerajaan bagi memfokuskan kepada keperluan memperkembangkan Pendidikan Jarak Jauh Antarabangsa di negara ini.

"Medo telah membuka peluang serta mewujudkan satu kaedah alternatif pembelajaran kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) khususnya terhadap warga USIM untuk belajar secara dalam talian.

"Malah, menerusi kerjasama dengan AeU, ia turut membolehkan USIM menembusi pasaran pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa yang semakin berkembang menerusi program pengajian yang ditawarkan," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan AeU di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif AeU, Prof. Datuk Dr. Ansary Ahmed.

Muhammad menambah, perkembangan sistem pengajian itu bukan sahaja diyakini dapat mencapai matlamat menjana lebih ramai modal insan berdaya saing, malah akan menjadi salah satu sumber pendapatan baru kepada USIM.

"Program seperti ini dilihat semakin berkembang pesat di peringkat global iaitu di rantau ini sahaja ia memperlihatkan pertumbuhan pada kadar 12 peratus setahun sejak 10 tahun lalu. Trend ini dijangka berterusan memandangkan banyak negara sedang berusaha untuk mengaplikasikannya," ujarnya.

Antara kursus dan program diploma serta ijazah yang ditawarkan menerusi Medo di Usim termasuk Sarjana Pentadbiran Muamalat, Sarjana Bahasa Arab Komunikasi, Sarjana Undang-Undang Perbandingan dan Diploma Siswazah dan Sarjana Dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA).

Kursus lain yang turut ditawarkan ialah Sarjana dan Doktor Falsafah Keselamatan dan Jaminan Maklumat, Sarjana dan Doktor Falsafah Quran dan Sunnah serta Sarjana dan Doktor Falsafah Dakwah dan Pengurusan Islam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kakitangan UTeM cuba tawan Gunung Kinabalu hari ini

Posted:

Kakitangan UTeM cuba tawan Gunung Kinabalu hari ini

Kakitangan UTeM cuba tawan Gunung Kinabalu hari ini


Kakitangan UTeM dan Kelab Esprit de Corp bertekad menawan puncak Gunung Kinabalu.


MELAKA 19 April - Kelab Kembara Biro Sukan dan Rekreasi Badan Kebajikan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama Kelab Esprit de Corp, Bukit Katil Melaka berazam menawan puncak Kinabalu bermula hari ini dan esok.

Usaha untuk menawan antara puncak gunung tertinggi di Asia itu bagi mengibar bendera Melaka sempena sambutan Ulang Tahun Kelapan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Pengarah Program, Mohd. Rusdi Isohod berkata, seramai 20 pendaki terdiri daripada 14 kakitangan UTeM dan enam ahli Kelab Esprit de Corp sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk memulakan pendakian itu hari ini.

''Kami semua sudah menjalani beberapa siri latihan fizikal bagi memastikan tahap kecergasan kesemua pendaki berada pada tahap baik untuk menawan puncak Gunung Kinabalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, persiapan lain yang turut dilakukan iaitu dalam aspek kelengkapan pendakian dan urusan perjalanan dilaksanakan dengan sempurna bagi memastikan ekspedisi tersebut berjalan lancar.

Ujarnya, pendaki yang mewakili UTeM cukup berpengalaman kerana pernah melakar beberapa kejayaan tersendiri menawan beberapa puncak gunung seperti Gunung Tahan, Gunung Korbu, Gunung Yong Belar, Gunung Gayong, Gunung Yong Yap dan banyak lagi.

Katanya, keazaman kumpulan pendakian itu kian bertambah apabila mendapat suntikan semangat dan sokongan penuh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Sehubungan itu, beliau yakin kesemua 20 pendaki akan mampu menawan dan sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

''Apa yang saya harapkan adalah sepanjang pendakian cuaca akan memihak kepada kami, jika hujan, ia akan menyukarkan pergerakan ke puncak," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

200 sertai Jom Boling

Posted:

200 sertai Jom Boling

200 sertai Jom Boling


Pasukan Kelab Badminton UTeM muncul juara pada pertandingan Jom Boling di Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 19 April - Seramai 200 pelajar dari pelbagai persatuan dan kelab di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyertai pertandingan 'Jom Boling' di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) Ayer Keroh di sini baru-baru ini.

Kejohanan anjuran Kelab Bowling UTeM dan Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) merupakan acara tahunan sejak 2008.

Pengarah Program, Muhammad Hasif Saidin berkata, pertandingan itu diadakan bertujuan mengukuhkan lagi hubungan antara kelab-kelab dan persatuan di UTeM.

Menurutnya, selain itu, kejohanan seperti itu mampu memupuk semangat berpasukan dalam menjayakan semua aktiviti kelab dalam membentuk semangat kerjasama.

''Malah kejohanan ini dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar UTeM untuk diketengahkan bertanding di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) dan kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Mohd. Nizam Mazlan.

Kejohanan itu dimenangi Kelab Badminton UTeM, naib juara jatuh kepada oleh Persatuan pelajar Fakulti Kejuruteraan Pembuatan dan Kelab Boling UTeM 1 di tempat ketiga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan