Selasa, 19 April 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Pelatih Pulapol ceria bersukan

Posted:

Pelatih Pulapol ceria bersukan

Pelatih Pulapol ceria bersukan

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Acara tarik tali salah satu acara sukan yang dipertandingkan.


JEMPOL 18 April – Sudah menjadi rutin harian, sebahagian besar pelatih di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam dekat sini menjalani latihan asas kepolisan dengan semangat kental dan penuh keperwiraan.

Namun di sebalik keseriusan latihan yang ditempuhi mereka, masih ada ruang untuk berseronok dan bergembira sebagai meredakan ketegangan, selain berpeluang berkenalan lebih mesra antara satu sama lain di pusat latihan itu.

Ruang yang ada itulah digunakan sepenuhnya pelatih Pulapol ini untuk menyertai pelbagai aktiviti dan sukan rakyat, sekali gus menjadikan mereka 'wira' baru di sebalik pagar latihan Pulapol ini.

Pelatih, Muhammad Haidul Jamil, 23, dari Johor berkata, aktiviti sukan dan riadah serta ramah mesra ini membuatkan dia dan rakan-rakannya merasa lebih akrab untuk menempuhi cabaran di Pulapol ini.

''Jika sebelum ini kami serius menjalani latihan bagi menjadi anggota polis, hari ini kami gembira, penat lelah dan tekanan hilang seketika apabila terlibat dalam hari sukan," katanya yang ditemui di Pulapol, dekat sini, baru-baru ini.

Kata Muhammad Hairul, dia gembira apabila suasana latihan yang serius sebelum ini, bertukar dengan gelak ketawa.

"Aktiviti sukan yang dijalankan dapat merapatkan hubungan antara kami.

"Maklumlah, tinggal di pusat latihan yang sama tidak bermakna kami dapat mengenali semua di sini. Walaupun sudah tiga bulan di sini, saya tidak mengenali semua pelatih.

"Kesibukan menjalani latihan membuatkan saya tidak berkesempatan mengenali kesemua 843 pelatih yang ada di sini," katanya.


Sebahagian pelatih yang menyertai sambutan hari sukan Pulapol Air Hitam, Jempol baru-baru ini.


Sementara itu, Muhammad Suhaimi Hazah, 21, berharap program seperti itu akan diadakan lebih kerap pada masa akan datang.

"Saya tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti memanjat tiang licin.

"Ini merupakan kali pertama saya terlibat dengan acara itu, lagipun semuanya memerlukan kerjasama berpasukan dan kekuatan mental," ujarnya.

Rakannya, Mohd. Faizol Aziz, 25, dari Kelantan berkata, acara sukan itu bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pelatih malah mereka lebih 'dekat' dengan kakitangan Pulapol.

"Apabila kakitangan di sini membawa keluarga mereka menyertai acara sukan, ia membuatkan saya mengingati keluarga di kampung.

"Rindu pada keluarga terubat apabila melihat mereka seperti ibu, ayah dan adik beradik sendiri," ujarnya.

Azrina Md. Hasan, 29, pula gembira kerana aktiviti di sini turut melibatkan kanak-kanak.

''Biarpun penghuni di Pulapol ini, semuanya orang dewasa, kehadiran kanak-kanak juga membuatkan kami merasa seronok. Telatah mereka menghiburkan kami.

''Program ramah mesra dan sukan sempena Hari Polis ini, benar-benar membuatkan hati kami lega dan sentiasa dihargai," kata Azrina.

Tambahnya, dia telah menyertai acara menangkap itik dan berjaya melakukannya.

''Cukuplah dapat dua ekor itik, bukannya mudah, tetapi penat mengejar itik berbaloi juga," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Acara ramah mesra, sukan eratkan hubungan

Posted:

Acara ramah mesra, sukan eratkan hubungan

Acara ramah mesra, sukan eratkan hubungan

JEMPOL 18 April - Kreativiti kakitangan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, dekat sini berjaya mengeratkan hubungan bersama 843 pelatihnya menerusi acara sukan dan ramah mesra.

Komandan Pulapol, Supritendan Mud Shukri Jusoh berkata, mengatur aktiviti yang unik serta kesanggupan kakitangan menghiburkan pelatih, amat dihargai sehingga ia memberi kesan mendalam dalam jiwa 843 pelatih.

''Sukan dapat menghimpunkan semangat setiakawan yang baik dan melalui aktiviti yang dirancang itulah, kita dapati pelatih begitu mesra dan saling bantu membantu antara satu sama lain," katanya kepada Utusan Malaysia dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, sambutan sempena Hari Polis itu telah berlangsung dengan pelbagai aktiviti sejak 18 Februari lalu dan dijadualkan berakhir pada 25 Mei nanti.

"Aktiviti yang dilangsungkan ini merupakan satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara kakitangan, pelatih dan ahli keluarga mereka.

"Pelbagai acara telah kita adakan dan antaranya ialah pertandingan mewarna, menangkap itik, memanjat tiang licin, tarik tali, telurku sayang, anyaman ketupat, memasang komponen katil dan kerusi beracun," katanya.

Ujarnya, walaupun pelatih bersama menjalani latihan, namun ada yang kurang mengenali rakan mereka.

"Melalui aktiviti yang dijalankan, mereka dapat berkenalan dan berkerjasama dalam pasukan. Paling seronok, kita sediakan Piala Komandan Pulapol bagi juara setiap acara," ujarnya.

Kata Mud Shukri, biarpun paksinya adalah sukan, tetapi apa yang lebih penting kita mahu melahirkan generasi muda polis yang kuat semangat dan jati dirinya, serta sentiasa sedia membantu dan berada di barisan hadapan.

''Pelatih yang kebanyakannya orang muda ini, akan berada di posisi hadapan bersama masyarakat apabila tamat latihan kelak.

''Mereka harus dilengkapkan dengan pengetahuan, selain siap sedia pada bila-bila masa. Aktiviti ini, banyak mengajar mereka bekerja dalam satu pasukan dan ia diharap dapat menjadi pegangan apabila bertugas pada masa hadapan," ujar Mud Shukri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MAINS sasar RM53j kutipan zakat 2011

Posted:

MAINS sasar RM53j kutipan zakat 2011

MAINS sasar RM53j kutipan zakat 2011

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


Ismee Ismail menyerahkan replika cek zakat perniagaan kepada Mohamad Hasan di Seremban, semalam.


SEREMBAN 18 April - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) bagi mencapai sasaran pungutan zakat mencecah RM53 juta bagi tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sasaran itu selari dengan perkembangan tahap ekonomi negara, yang mana ia akan mempengaruhi peningkatan kutipan zakat pendapatan dan perniagaan yang menjadi penyumbang terbesar, berbanding jenis zakat lain.

''Bagi tahun lalu, kita menyasarkan RM48 juta, namun kita berjaya memungut hampir RM50 juta pelbagai jenis zakat dan ini merupakan satu perkembangan yang memberangsangkan dari segi prestasi pungutan.

''Maka untuk tahun ini, kita meletakkan KPI kepada PZNS untuk mengutip RM53 juta bagi semua jenis zakat," katanya.

Mohamad bercakap kepada pemberita selepas menerima zakat perniagaan dari TH dan anak syarikatnya, TH Properties Sdn. Bhd. yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail bagi pihak PZNS berjumlah hampir RM2.2 juta di Klana Resort di sini hari ini.

Jelas Mohamad lagi, dari awal Januari hingga penghujung Mac lalu, PZNS berjaya mengutip hampir RM13.3 juta meliputi pelbagai jenis zakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan