Rabu, 6 April 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Menggilap sifat kepimpinan

Posted:

Menggilap sifat kepimpinan

Menggilap sifat kepimpinan

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my


Sebahagian penuntut Kolej Uniti yang menyertai program Kem Kelangsungan Hidup di hutan rekreasi Kolej Uniti dan Pulau Judi, Port Dickson, baru-baru ini.


TELUK KEMANG 5 April - Dalam usaha menggilap sifat kepimpinan dan semangat berdikari, seramai 34 penuntut Kolej Uniti menyertai program Kem Kelangsungan Hidup, di sini baru-baru ini.

Program anjuran Kolej Uniti itu dijalankan pada 18 hingga 20 Mac lalu di hutan rekreasi Kolej Uniti dan Pulau Judi, Port Dickson.

Program itu disertai oleh wakil-wakil kelab dan persatuan penuntut Kolej Uniti dengan dikendalikan oleh Brindley Training Center (BTC).

Pada hari pertama, para peserta mempelajari teknik-teknik ikhtiar hidup dalam hutan, memasak dan seterusnya bermalam di hutan rimba.

Hari kedua pula, para peserta diajar mengenai ikhtiar hidup di laut dan berkayak sejauh lima kilometer dari Kompleks Uniti ke Pulau Judi.

Di pulau itu, peserta membina pondok ikhtiar hidup mengikut kumpulan untuk bermalam dan memancing untuk makan malam mereka.

Mereka berkayak pulang keesokkan harinya untuk ke Pasir Panjang.

Menerusi aktiviti yang dilalui semasa program itu, para peserta dapat mempelajari teknik-teknik menguruskan sesuatu organisasi, membahagikan tugas sesama ahli dan seterusnya menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberi.

Mereka juga turut diajar mengenai nilai-nilai kepimpinan dan sikap yang perlu ada untuk memimpin sesuatu organisasi.

Objektif program kem survival atau ikhtiar hidup itu ialah untuk menggilap sifat kepimpinan dan semangat berdikari telah tercapai.

Apa yang pasti, para peserta melahirkan rasa puas hati dan berasa lebih yakin dengan potensi diri sendiri setelah menamatkan program tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UTeM tingkat usaha wujud teknologi inovasi

Posted:

UTeM tingkat usaha wujud teknologi inovasi

UTeM tingkat usaha wujud teknologi inovasi

MELAKA 5 April - Pelbagai usaha diambil oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang penyelidikan selaras dengan statusnya sebagai institusi pengajian tinggi berasaskan bidang pengajian teknikal.

Sesuai dengan status tersebut, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UTeM mengambil inisiatif menganjurkan dialog penerangan dan peluang pembiayaan dana yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membiayai penyelidikan oleh penyelidik UTeM.

Dialog sehari dianjurkan bersama KPT itu bertujuan menerapkan budaya inovasi dalam kalangan tenaga pengajarnya ke arah usaha menjadikan universiti itu sebagai pelopor dalam penciptaan terbaru.

Pengarah Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan institusi pengajian tinggi (IPT), Prof. Dr. Ir. Mohd. Jailani Mohd. Nor berkata, penyelidik UTeM wajar merebut peluang dan bersaing dengan penyelidik dari universiti lain bagi meraih dana yang disediakan oleh KPT.

''Bagaimanapun, ingin kita tekankan bahawa penyelidikan yang dijalankan seharusnya bersifat fundamental dan selaras dengan keperluan negara pada masa kini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program penerangan kepada penyelidik UTeM yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM, Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi dan Pengarah CRIM, Dr. Azizah Shaaban.

Menurutnya, penekanan kepada inovasi amat penting kerana ia merupakan satu konsep yang tulen dalam menghasilkan sesuatu produk.

Kata beliau, walaupun ketika ini pelbagai usaha dan hasil inovasi kejuruteraan telah dihasilkan, namun UTeM perlu memberi penekanan berbeza agar produk yang dihasilkan itu menampakkan kegunaan terus kepada industri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Memperkasa modal insan

Posted:

Memperkasa modal insan

Memperkasa modal insan


Sebahagian daripada pelajar Kolej Komuniti Jelebu yang menyertai aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh kolej berkenaan, baru-baru ini.


JELEBU 5 April - Aspek pembangunan modal insan terus diperkasakan oleh Kolej Komuniti Jelebu dalam usaha memastikan penuntutnya bukan sahaja dilengkapi ilmu pengetahuan tetapi berkeupayaan dalam semua bidang.

Pengarah Kolej Komuniti Jelebu, Mat Misiah Ayob memberitahu, bagi tujuan itu pelbagai program telah diatur untuk memastikan para penuntut bukan sahaja berketerampilan dalam aspek pendidikan, tetapi dalam aktiviti luaran.

''Kita melihat aspek pembangunan modal insan ini adalah penting dan untuk itu pihak kami juga menggalakkan penyertaan penuntut dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan juga sosial.

''Ini selaras dengan falsafah pendidikan negara yang ingin memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani," katanya di sini hari ini.

Mat Misiah turut menjelaskan, bagi tujuan itu, pelbagai aktiviti kemasyarakatan, sukan dan juga kerohanian didedahkan kepada pelajar melalui kerjasama yang dijalinkan dengan pelbagai agensi kerajaan selain penduduk setempat.

Kata beliau, penyertaan penuntut dalam pelbagai bidang ini dilihat penting untuk memberi kesedaran sivik selain meningkatkan motivasi diri dalam menuntut ilmu.

''Malah, kita juga tidak ketinggalan dalam memperlengkapkan pengisian kerohanian para penuntut dengan mengadakan program keagamaan melibatkan agensi kerajaan seperti Pusat Pemantapan Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan