Selasa, 12 April 2011

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Pendirian tegas ‘dua Din’

Posted:

Pendirian tegas 'dua Din'

Pendirian tegas 'dua Din'

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

BEBERAPA pemimpin kanan DAP dikatakan tidak senang duduk apabila dua pemimpin Pas menyatakan mereka bersetuju suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang.

Bagi pemimpin DAP, jika mereka dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah bersetuju dalam sesuatu isu, maka Pas perlu menurutnya.

Ketidakpuasan hati DAP berlaku selepas Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya berkenaan, diikuti pula oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Walaupun kedua-duanya memberi syarat terhadap penubuhan tersebut, namun apa yang penting mereka bersetuju demi memastikan kebenaran dapat ditegakkan. Sekalung tahniah kepada 'dua din' iaitu Nasrudin dan Salahuddin kerana pendirian tegas mereka dalam soal itu.

Mungkin kedua-dua mereka menyedari 'ancaman' yang dihadapi Pas sekarang berikutan kenyataan beberapa pemimpin kanan parti itu yang sebelum ini menolak penubuhan suruhanjaya tersebut.

Salahuddin dan Nasrudin muncul dengan reaksi berbeza kerana mereka memahami bahawa di peringkat akar umbi, isu video seks itu sudah menjadi bualan hangat di kalangan ahli-ahli Pas. Mereka menjadi keliru untuk mempercayai atau tidak penglibatan seorang pemimpin pembangkang di dalam video berkenaan.

Apatah lagi ketika mereka tertanya-tanya kebenarannya, pemimpin mereka pula secara terburu-buru menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja. Kenyataan tersebut mengakibatkan Pas dikategorikan bersama-sama dengan PKR dan DAP menolak sebarang isu yang dilihat tidak akan menyebelahi mereka.

Keadaan ini sudah tentulah merimaskan penyokong-penyokong Pas kerana mereka tidak mahu parti itu hanya menjadi 'pak turut' sahaja, sedangkan di dalam Islam yang benar itu benar yang batil itu batil. Kebenaran perlu diusahakan dan ditegakkan dengan apa cara sekali pun.

Oleh itu, walaupun menyedari pendirian mereka mungkin tidak akan sehaluan dengan persetujuan pemimpin-pemimpin dalam pakatan pembangkang, namun Salahuddin dan Nasrudin mempunyai pandangan sendiri.

Tindakan 'dua Din' ini harus dipuji kerana sekurang-kurangnya mereka memberi isyarat bahawa mungkin dalam soal menjalin kerjasama politik bagi meraih kuasa, tidak salah Pas dilihat sehaluan dengan PKR dan DAP. Tetapi dalam isu tertentu Pas, perlu mempunyai pendirian tersendiri. Apatah lagi konsep perjuangan Pas sama sekali berbeza dengan kedua-dua parti berkenaan.

Jika PKR dan DAP berdolak-dalik dalam isu video tersebut kerana dilihat boleh memberi bencana politik kepada mereka, Pas tidak boleh berbuat demikian. Tanggungjawab Pas adalah berasaskan kepada konsep amar makruf nahi mungkar. Inilah yang cuba disampaikan oleh Salahuddin dan Nasrudin melalui kenyataan mereka.

Walaupun memahami dari segi politik ia tidak akan menguntungkan mereka, apatah lagi menjelang pemilihan parti tidak lama lagi, namun kedua-dua mereka tidak mempedulikan itu semua.

Apa yang lebih penting, kebenaran di sebalik isu video tersebut perlu dicari. Jika rakaman video berkenaan tidak melibatkan pemimpin pembangkang yang dimaksudkan, sudah pastilah ia akan memberi keuntungan politik kepada pembangkang.

Adalah sesuatu yang rugi jika ahli atau pemimpin Pas 'menghukum' kedua-dua pemimpin berkenaan dengan alasan tidak sekata dengan pucuk pimpinan.Sedangkan kalau dikaji berbeza pendapat dan pandangan adalah perkara biasa. Apa yang penting ia menjurus kepada usaha menegakkan kebenaran.

Oleh itu, DAP sepatutnya tidak berasa marah atau kecewa dengan pendirian Salahuddin dan Nasrudin. Ikatan politik yang dijalin tidak semestinya bermaksud pemimpin-pemimpin Pas perlu dilihat seperti 'kerbau dicucuk hidung', ikut sahaja apa kata DAP dan PKR.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Video seks: Kita mahu 20 minit, bukan seminit

Posted:

Video seks: Kita mahu 20 minit, bukan seminit

Video seks: Kita mahu 20 minit, bukan seminit

Zaini Hassan

SUDAH banyak ditulis mengenai video seks 20 minit dan video seks seminit itu. Dalam masa yang sama banyak juga Anwar Ibrahim cakap – mempertahankan dirinya. Kelmarin beliau berang dengan soalan wartawan. Nama Utusan turut terseret apabila dia bimbang soalan-soalan itu akan memberi 'modal' kepada akhbar berkenaan memberi 'highlights' mengenai dirinya.

Sudah tentu Utusan ditakuti Anwar kerana pengaruh dan hebatnya akhbar itu. Jika Anwar masih ingat, itulah akhbar yang paling disukainya semasa dia berada dalam kerajaan dan parti UMNO dulu. Kini, semuanya sudah busuk. Ibarat suami-isteri bercerai talak tiga – semuanya tak elok dan yang manis dulu pun, kini sudah jadi masam.

Kita letak tepi dulu soal itu. Ramai sahabat-sahabat yang berkongsi cerita mengenai video seks itu mahu supaya si pelakunya mengaku saja. Macam Soi Lek yang begitu terbuka mengakui perlakuan sumbangnya dengan perempuan simpanannya.

Sahabat-sahabat itu mahu isu ini diselesaikan segera. Jangan biarkan fikiran orang merewang-rewang. Jangan biarkan rewangan itu menjadi persepsi yang akan memburukkan kerajaan.

Kini, sudah mula kedengaran istilah-istilah zalim, fitnah, fitnah dan fitnah di corong-corong ceramah di surau dan masjid. Malah pada Jumaat lepas, mimbar masjid di Selangor telah digunakan untuk menguar-uarkan semula istilah itu. Ia mula kedengaran sekitar 1998 dulu apabila Anwar dituduh meliwat pemandu isterinya. Ketika itu, istilah maha zalim dan maha firaun amat popular sekali. Kini, buat sekian kalinya istilah-istilah itu kedengaran semula, dalam konteks yang kita semua tahu.

Sahabat-sahabat saya itu mahu pihak-pihak tertentu yang dituduh memfitnah kerana melondeh kain orang supaya bersikap lebih telus dan terbuka. Menurut mereka, jika mahu londeh, londehkanlah selondeh-londehnya. Mengapa hanya seminit. Keluarkan kesemuanya 20 minit.

Sudah pasti ada bakinya lagi bukan? Sudah pasti juga ada 'footage' pergerakan Anwar ke dalam hotel itu. Di setiap hotel, ada kamera yang memerhatikan pelanggannya? Kalau si pelaku itu memasuki ke dalam lobi hotel itu dan ke dalam lif sebelum ke dalam kamar tidur itu – sudah tentu ada kamera litar tertutup (cc camera) yang merakamkannya? Siarkanlah.

Terus terang saya mengakui kenal dengan imej seminit itu. Jika saya silap, maka silaplah saya. Saya melihatnya selama seminit sahaja. Kalau boleh, bagi membuktikan saya tidak silap, saya mahu menonton kesemuanya.

Ini bukan soal lucah tak lucah. Kita sedang mencari kebenaran. Kebenaran mutlak agar orang-orang tertentu tidak dicela dengan tuduhan yang boleh mencemarkan dirinya. Kita tunggulah mungkin akan keluar lagi untuk minit-minit seterusnya. Saya berharap ia dapat dikeluarkan lagi. Jika boleh dalam sehari dua ini.

Saya tidak mahu tulis panjang minggu ini. Sudah penat untuk membuat dan membaca analisis mengenai video seks dan pelakunya itu. Kita mahu selesaikannya secepat mungkin. Dan bagi pihak masjid-masjid serta surau-surau tertentu, janganlah membuat kesimpulan dulu. Bimbang nanti kesimpulan kita itu silap.

Biarlah baki video itu disiarkan dahulu. Sekali lagi saya mahu katakan ini bukan soal lucah atau tidak. Ini sudah masuk soal akademik dan syariah. Syariah yang mahu memastikan kebenaran itu ditegakkan. Jika bukan disebarkan melalui YouTube, tontonkanlah kepada kepala-kepala parti dan Yang-Yang Berhormat di Parlimen. Biar mereka yang mewakili kita semua itu menilai sendiri.

Jika masih berbelah-bahagi, bawalah video itu ke Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Video Seks Si Anu untuk dinilai, seperti apa yang dilakukan ke atas kes Teoh Beng Hock.

Saya amat berharap pendedahan yang lebih menggemparkan dapat dibuat dengan cepat – sehari dua ini kalau boleh, demi kebaikan semua dan demi kebenaran mutlak! Allahu A'lam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan