Utusan Online - Mahkamah |
Posted: Keterangan saksi ditegurOleh NOOR AZMAH IBRAHIM KUALA LUMPUR 12 April - Kredibiliti seorang saksi yang mendakwa didera secara fizikal oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa disoal siasat tiga tahun lalu tercabar apabila lelaki itu beberapa kali ditegur oleh panel suruhanjaya semasa memberi keterangan hari ini. Pegawai pemasaran di syarikat mengorek pasir yang mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri Selangor, Semesta Sdn. Bhd., T. Sivanesan turut diingatkan beberapa kali agar bercakap benar dan tidak mereka-reka cerita apabila dia memohon untuk merujuk dokumen serta laporan polis dengan alasan tidak berapa pasti tentang beberapa perkara. ''Mengapa nak rujuk. Tak payahlah, sebab ini tuduhan serius, awak mesti tidak lupa,'' kata pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen. Mendengar cara saksi memberi keterangan, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman turut menegur: ''Cakap betul-betul. Yang salah akan dihukum, yang menipu juga akan dihukum.'' Peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah pula mempertikaikan keterangan Sivanesan yang mendakwa dia berjaya mengeluarkan plastik ais yang berada di bahagian depan seluar dalamnya dalam keadaan kedua-dua tangannya bergari di belakang. Beliau juga kelihatan terkejut apabila Sivanesan mendakwa berat badannya hanya antara 85 dan 87 kilogram semasa kejadian sambil berkata ia tidak mungkin kerana saiz badan yang jauh lebih kecil daripada tubuh lelaki itu sekarang, juga mencecah 80 kilogram. Sivanesan kemudiannya membuat demonstrasi bagaimana dia berjaya membawa tangannya yang bergari ke hadapan dengan melalui bawah kaki walaupun badannya agak besar atas alasan gari yang dipakai jenis berantai serta jarak antaranya lebih panjang berbanding gari biasa. Terdahulu, selain ditendang, ditampar, ditumbuk dan dipukul dengan rotan serta batang besi, Sivanesan mendakwa dia melihat seorang pegawai SPRM memasukkan plastik ais ke dalam seluar dalam manakala matanya diikat dengan tuala bertulis BPR (Badan Pencegah Rasuah) walaupun ketika itu dia berada di dalam bilik yang gelap. Dia juga mendakwa hanya direman empat hari selepas ditahan pada 4 September 2008 selepas membuat rayuan walaupun dia sepatutnya direman selama 14 hari. Semasa Sivanesan mengaku membuat laporan SPRM terhadap ketua jabatan di syarikatnya, Wong Swee Leong, Cheng Yuen melahirkan kehairanan bagaimana seseorang yang mendakwa didera SPRM datang semula ke agensi penguat kuasa itu serta diarah tidak membuka mulut tentang kes berkenaan. Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini. Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini bersambung esok. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Permohonan Stephen ditolak, kes PKFZ mula Khamis Posted: Permohonan Stephen ditolak, kes PKFZ mula KhamisSHAH ALAM 12 April - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menolak permohonan Ketua Pegawai Operasi (COO) Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB), Stephen Abok supaya dilepaskan daripada 26 pertuduhan alternatif terhadapnya berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Hakim Asmadi Husin semasa menyampaikan keputusannya berkata, artikel daripada The Edge Financial Daily bertajuk OSK Trustees Unaware of Cheating in the PKFZ Case yang diterbitkan pada 10 November tahun lalu, sekalipun boleh diterima sebagai keterangan oleh beliau tetapi tidak boleh membebaskan Abok daripada 26 pertuduhan itu. Asmadi menetapkan perbicaraan bermula Khamis ini dan tarikh baru perbicaraan ditetapkan pada 28 Jun hingga 1 Julai, 6 Julai hingga 8 Julai, 26 Julai hingga 29 Julai dan 23 Ogos hingga 25 Ogos tahun ini. Abok, 53 dalam permohonannya yang difailkan November lepas telah menggunakan artikel itu bagi mengetepikan 26 pertuduhan tersebut atas alasan kesemua pertuduhan berkenaan tidak berasas. Asmadi berkata, terdapat dua dakwaan bertentangan terhadap permohonan Abok, satu daripada pihak tertuduh yang mengatakan OSK Trustees tidak sedar mereka tertipu manakala pihak pendakwaan yang mengatakan berdasarkan siasatan polis, OSK Trustees tidak akan meluluskan pembayaran itu jika mereka tahu mereka ditipu. Oleh itu, perbicaraan perlu dilakukan bagi mencari kebenaran atas dua dakwaan yang berbeza itu dan sebab itu juga permohonan tertuduh ditolak, katanya. Sementara itu pihak pendakwaan yang diketuai oleh Ketua Unit Pelucutan Harta Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Dzulkifli Ahmad berkata, sepatutnya perbicaraan dimulakan terhadap Abok dan dua lagi tertuduh iaitu bekas Pengurus Projek KDSB, Law Jenn Dong, 52 dan arkitek Bernard Tan Seng Swee, 49 dari BTA Architect. Perbicaraan terhadap mereka yang menghadapi pertuduhan menipu OSK Trustees dalam projek PKFZ sebelum ini dijadualkan bermula pada hari ini sehingga Khamis ini. Peguambela Tan, Datuk V.Sithambaram memohon kepada mahkamah supaya perbicaraan dimulakan pada Khamis ini kerana beliau perlu menghadirkan diri ke Mahkamah Rayuan esok dan dokumen-dokumen yang diterimanya daripada pihak pendakwaan pagi ini berbentuk teknikal. "Pihak pembelaan diserahkan 33 dokumen dan juga satu carta teknikal... perlu ambil masa menunggu arahan pelanggan dan konsultan kami," katanya semasa memohon penangguhan tarikh mula perbicaraan. - BERNAMA. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan