Selasa, 19 April 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Snap dakwa Pelagus miliknya, ADUN tidak tahu menahu

Posted:

Snap dakwa Pelagus miliknya, ADUN tidak tahu menahu

Snap dakwa Pelagus miliknya, ADUN tidak tahu menahu

KUCHING 19 April - Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) hari ini mendakwa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus miliknya dengan alasan calon Bebas, George Lagong yang menang di kawasan itu adalah ahlinya.

Presiden Snap, Edwin Dundang turut mendakwa George telah menyatakan pendirian untuk berdiri teguh dan berjuang bersama parti pembangkang itu.

"Meskipun menang sebagai calon Bebas, George kekal sebagai ahli parti ini. Beliau yang tidak dapat hadir hari ini membenarkan saya mengumumkan pendiriannya itu.

"Justeru, secara tidak rasminya Snap memenangi satu daripada 26 kerusi yang ditandingi," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Snap di sini hari ini.

Pada pilihan raya negeri Sabtu lalu, George menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Stanley Nyitar dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Edward Sumbang Asun dengan majoriti 2,837 undi.

Mengulas lanjut, Edwin berkata, George terpaksa bertanding di Pelagus atas tiket Bebas kerana beliau tidak sempat mendapatkan surat kebenaran rasmi daripada pihak parti pada hari penamaan calon.

"Seperti yang anda tahu, beliau sepatutnya bertanding sebagai calon Snap di DUN Baleh tetapi menukar fikiran dengan bertanding di DUN Pelagus pada saat-saat akhir.

"Bagaimanapun, kami telah dimaklumkan mengenainya dan keputusan beliau itu mendapat restu pucuk pimpinan parti," katanya.

Sementara itu, George yang dihubungi Utusan Malaysia memberikan kenyataan berbeza malah menegaskan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan politiknya.

Katanya, beliau langsung tidak dimaklumkan mengenai statusnya sebagai ADUN Snap kerana berada di luar kawasan sejak tiga hari lalu.

"Saya ingin tegaskan, sama ada saya ahli Snap atau tidak, saya bertanding dan menang sebagai calon Bebas, bukan calon Snap," tegasnya.

Dalam pada itu, George mendedahkan sehingga hari ini masih belum ada mana-mana parti mempelawa beliau menyertai mereka namun mengakui bahawa beliau adalah seorang yang mesra Barisan Nasional (BN) dan kemungkinan untuk menyertai parti pemerintah itu adalah tinggi.

"Saya tidak mahu tergesa-gesa, saya perlukan masa. Saya perlukan kenderaan politik (parti) untuk kerjaya politik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DAP sengaja tuduh BN untuk dapat undi Cina

Posted:

DAP sengaja tuduh BN untuk dapat undi Cina

DAP sengaja tuduh BN untuk dapat undi Cina

KUALA LUMPUR 19 April - Tindakan DAP menuduh Barisan Nasional (BN) tidak membela nasib masyarakat Cina bertujuan mewujudkan sentimen perkauman semata-mata bagi mendapatkan undi kaum tersebut.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari (gambar) berkata, DAP turut mempergunakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas untuk membawa sistem dua parti iaitu untuk Cina dan bukan Cina bagi memecah-belahkan undi Melayu.

"Dalam hal ini, saya lihat konsep dua parti yang cuba dibawa oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 telah berjaya apabila ramai pengundi Cina menolak BN.

"Di Sarawak, DAP melabelkan BN sebagai parti yang tidak membela nasib orang Cina. Ini merupakan taktik mereka untuk menarik undi kaum itu secara total dan pada masa sama mereka juga menggunakan PKR serta Pas untuk memecahkan undi Melayu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Anuar, isu utama pengundi Cina di Sarawak tidak memilih BN bukan kerana trend atau pola pengundian, tetapi ia kesan tindakan DAP membakar semangat perkauman serta kebencian kaum lain terhadap BN.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan