Utusan Online - Jenayah |
Posted: Ketua Geng Jogang ditembakOleh NAZARUDIN SHAHARI
SEREMBAN 19 April – Polis menembak mati seorang daripada tiga penjenayah warga asing dipercayai ketua kumpulan Geng Jogang selepas cuba menyerang anggota pasukan itu dengan parang di Taman Bukit Sendayan dekat sini, awal pagi ini. Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.20 pagi ketika suspek yang berusia lingkungan 20-an dan dua lagi rakannya sedang memotong pagar sebuah rumah yang terletak di lot tepi di taman tersebut. Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, sepasukan anggota polis yang ketika itu menjalankan rondaan cegah jenayah terserempak dengan ketiga-tiga suspek yang baru selesai memotong pagar berkenaan. "Polis kemudian menghampiri mereka dan memperkenalkan diri, namun kesemua mereka melarikan diri bagi mengelak ditangkap. "Bagaimanapun, salah seorang daripada suspek bertindak ganas dengan cuba menyerang anggota polis menggunakan sebilah parang tanpa menghiraukan amaran yang diberikan. "Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan yang mengenai dada dan kepala suspek," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini. Menurutnya, dua rakan penjenayah itu melarikan diri ke kawasan semak berhampiran dan polis ketika ini masih memburu mereka. Kata beliau, polis turut menemui besi pemotong, pemutar skru, topeng muka, sepasang sarung tangan dan dua bilah parang termasuk sebilah yang masih dipegang oleh suspek yang mati ditembak. Suspek yang ditembak mati dipercayai ketua kumpulan itu yang dipercayai terbabit dalam 10 kes samun bersenjata di sekitar Labu, Nilai dan Sendayan sejak awal tahun ini. Menurut Osman, kumpulan ini menggunakan modus operandi yang sama dalam setiap jenayah mereka iaitu melakukan samun antara pukul 3 hingga 5 pagi. Mangsa biasanya akan diikat serta dikasari atau dicederakan jika enggan bekerjasama atau membuat bising, kata beliau. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
27 GRO warga Vietnam, China berbikini ditahan Posted: 27 GRO warga Vietnam, China berbikini ditahan
KUALA LUMPUR 19 April - Seramai 25 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan dua rakyat China ditahan ketika leka melayan pelanggan dengan hanya mengenakan bikini di sebuah pusat hiburan di Bandar Sungai Long dekat sini, malam tadi. Dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Selangor itu, turut ditahan enam penjaga premis dan 30 pelanggan lelaki. Premis yang dipercayai telah beroperasi sejak setahun lalu itu turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa selain hanya membenarkan pelanggan tetap masuk. Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan Izwan Abd Karim berkata, kesemua wanita yang berusia 18 hingga 34 tahun itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO. "Ketika diserbu, kesemua mereka sedang asyik melayan kira-kira 30 pengunjung. Ada antara mereka cuba melarikan diri namun tidak berjaya," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan