Isnin, 18 April 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Lapan bekas menteri angkat sumpah

Posted:

Lapan bekas menteri angkat sumpah

Lapan bekas menteri angkat sumpah

Oleh SOPI SAMAILE dan MOHD. ZAAIN MD. ZIN
pengarang@utusan.com.my

KUCHING 18 April - Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sarawak mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sebagai anggota Kabinet atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Kompleks DUN Bangunan Baru di Petra Jaya di sini hari ini.

Ahli-Ahli Kabinet tersebut terdiri daripada bekas menteri dengan lima daripadanya daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan masing-masing seorang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Mendahului upacara mengangkat sumpah yang turut disaksikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ialah Timbalan Ketua Menteri yang juga Timbalan Presiden PBB, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Presiden PRS, Datuk Seri James Jemut Masing; Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan Ikom serta seorang lagi Timbalan Presiden PBB, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg.

Empat lagi ADUN yang turut mengangkat sumpah ialah Timbalan Setiausaha Agung SUPP, Datuk Seri Wong Soon Koh; Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan; Naib Presiden PBB, Datuk Seri Michael Manyin Jawong dan Timbalan Ketua Wanita PBB, Datin Fatimah Abdullah.

Bagaimanapun, kesemua ahli MMKN itu belum lagi dimaklumkan portfolio masing-masing sama ada pertukaran atau sebaliknya, namun difahamkan perkara mengenainya akan diumumkan tidak lama lagi.

Pada malam Sabtu lalu, Abdul Taib yang juga Pengerusi BN negeri telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri selepas BN menang 55 daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10.

Hadir sama menyaksikan majlis angkat sumpah tersebut ialah bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam yang tewas kepada calon DAP di kerusi DUN Piasau dengan majoriti 1,582 undi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hubungan kaum: DAP bertanggungjawab

Posted:

Hubungan kaum: DAP bertanggungjawab

Hubungan kaum: DAP bertanggungjawab

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 April - DAP perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika berlaku sebarang kejadian yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan etnik di Sarawak selepas ini.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana DAP merupakan dalang utama yang membangkitkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Cina semasa kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 serta ketika mereka meraikan kemenangan.

Pada masa yang sama katanya, masyarakat Cina Sarawak juga perlu berani berdepan dengan segala akibat kerana membenarkan sebuah parti politik yang cauvinis dan perkauman bertapak dengan bergaya di negeri tersebut.

Menurutnya, kini semua pihak sudah membuka mata mengenai tebalnya sikap cauvinis dan perkauman Lim Kit Siang serta anaknya, Lim Guan Eng.

"DAP semasa berkempen bukan sahaja membakar sentimen perkauman di kalangan pengundi tetapi ucapan Kit Siang sebaik sahaja parti itu menang bergaya juga menunjukkan sikap cauvinisnya yang sebenar.

"Kit Siang bukan sahaja membangkitkan sentimen perkauman tetapi mendabik dada dengan mengisytiharkan matlamat DAP telah berjaya," kata Azwanddin dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan DAP yang sanggup memperjudikan keharmonian antara kaum apabila berterusan membangkitkan sentimen perkauman dalam kempen mereka di Sarawak.

Hakikat itu diakui pelbagai pihak dan hasilnya, DAP berjaya memenangi 13 daripada 15 kerusi yang ditandingi iaitu peningkatan sekali ganda berbanding keputusan pilihan raya negeri 2006.

Menurut Azwanddin, semua pihak terutamanya masyarakat bumiputera yang termakan dengan janji pembangkang perlu sedar bahawa negara ini dikhuatiri akan berada dalam keadaan tidak menentu jika DAP lebih berkuasa.

Katanya, jika sentimen sebegitu yang disemai semasa berkempen dan semasa meraikan kemenangan, beliau percaya pendekatan yang sama juga akan dilakukan pada pilihan raya umum akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan