Sabtu, 16 April 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


George Chan kecundang, Snap tewas teruk

Posted:

George Chan kecundang, Snap tewas teruk

George Chan kecundang, Snap tewas teruk

KUALA LUMPUR 16 April - Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam menerima kejutan apabila gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau setelah tewas kepada lawannya, Ling Sie Kiong daripada DAP.

Dalam keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 hari ini, Hong Nam yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak memperoleh 4,408 undi berbanding Sie Kiong 5,998 undi.

Datuk Salleh Jafaruddin yang bertanding atas tiket Bebas pula gagal dalam cubaannya untuk merampas kerusi DUN Balingian apabila tewas kepada sepupunya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran itu memperoleh 1,056 undi berbanding Abdul Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memperoleh 5,154 undi.

Abdul Taib yang mengetuai perjuangan Barisan Nasional (BN) buat kali terakhir turut mengetepikan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suriati Abdullah yang hanya mendapat 871 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Sementara itu Pesuruhjaya Pas Sarawak, Adam Ahid yang bertanding kerusi DUN Sebuyau tewas kepada penyandang, Julaihi Narawi daripada BN.

Adam mendapat 1,769 undi manakala Julaihi 4,045 undi manakala seorang calon Bebas, Ali Semsu hanya mendapat 67 undi.

Pas nyata tidak mendapat tempat di hati rakyat Sarawak apabila empat lagi calonnya iaitu Nani Sahari yang bertanding di DUN Tanjung Datu; Noraini Hamzah (Muara Tuang); Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi (Sadong Jaya) dan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Beting Maro) menerima nasib yang sama seperti Adam.

Di DUN Padungan, calon Bebas yang juga penyandang kerusi, Dominique Ng Kim Ho hilang wang pertaruhan apabila hanya memperoleh 439 undi sekali gus tewas kepada calon DAP, Wong King Wei yang menang dengan majoriti 7,884.

Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Edwin Dundang yang sebelum ini menuduh PKR menghancurkan perpaduan etnik Dayak kerana meletakkan calon menentang parti itu, tewas dalam pertandingan merebut kerusi DUN Marudi.

Edwin hanya memperoleh 281 undi membolehkan calon Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mengekalkan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 3,202 apabila turut menewaskan dua calon lain iaitu Michael Ding Tuan (Bebas) dan Gerang Dagom (PKR).

Snap ternyata ditolak oleh rakyat Sarawak apabila calonnya tewas di 25 lagi kerusi yang ditandingi iaitu DUN Opar, Tasik Biru, Bengoh, Tarat, Tebedu, Kedup, Lingga, Balai Ringin, Bukit Begunan, Engkilili, Layar, Bukit Saban, Krian, Pakan, Meluan, Ngemah, Machan, Belaga, Jepak, Kemena, Bekenu, Lambir, Telang Usan dan Batu Danau.

Parti Cinta Malaysia (PCM) yang muncul buat pertama kali dengan bertanding di enam kawasan Melayu dan Iban juga menerima nasib sama apabila tewas di semua kerusi.

Mereka adalah Adeh Denong di DUN Ngemah; Mac Palima Nyambil (Simunjan); Lipeh Mawi (Balai Ringin); Kong Tat Kim (Machan); Dick @ Laurance Dick Sekalai (Kakus) dan Dayang Juliana Awang Tambi (Bekenu).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Janji Taib akan dikotakan - PM

Posted:

Janji Taib akan dikotakan - PM

Janji Taib akan dikotakan - PM

KUALA LUMPUR 16 April - Datuk Seri Najib Razak berkata, janji untuk memberi laluan kepada pengganti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mentadbir negeri itu akan tetap dikotakan.

Perdana Menteri menjelaskan, janji untuk berundur sudah dinyatakan sendiri oleh Abdul Taib secara terbuka dan ia perlu diterjemahkan sebagai satu komitmen.

Bagaimanapun katanya, ia akan dilaksanakan mengikut kesesuaian masa kerana perubahan itu memerlukan perancangan yang teliti dan tersusun.

"Saya percaya Pehin Sri (Abdul Taib) akan mengotakan janjinya, tapi kita akan tentukan kesesuaian masanya kerana apa yang penting ketika ini adalah untuk menentukan perubahan yang tersusun dan terancang untuk rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas mengikuti keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak, di sini malam ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan