Sabtu, 16 April 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


RM2.6j baiki sistem perparitan

Posted:

RM2.6j baiki sistem perparitan

RM2.6j baiki sistem perparitan

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 16 April - Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta bagi membaiki dan menaik taraf sistem perparitan menangani masalah banjir dalam kawasan Parlimen Kuala Krau pada tahun ini.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said (gambar) berkata, kerja-kerja membersih, melebar dan menggali parit serta longkang yang sering tersumbat akan dilakukan di taman perumahan yang padat penduduk dan sering mengalami banjir kilat.

"Walaupun menjadi tanggungjawab kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membersih longkang dan parit, namun penduduk tidak boleh lepas tangan menjaga kebersihan taman atau perumahan masing-masing.

"Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan longkang tidak tersumbat kerana tindakan membuang sampah-sarap boleh mengakibatkan banjir dan menyebar wabak penyakit," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin masyarakat dalam Parlimen Kuala Krau di Peragap, dekat sini hari ini.

Ismail berkata, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan persatuan penduduk dapat menganjurkan program gotong-royong sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk membersihkan penempatan masing-masing.

Kata beliau, rakyat negara ini perlu mencontohi sikap penduduk di negara maju apabila mereka bersama-sama membantu PBT menjaga kebersihan kawasan kediaman masing-masing.

"Mereka juga seperti rakyat negara ini dikenakan cukai pintu dan bayarannya jauh lebih tinggi berbanding yang dikenakan PBT di negara kita.

"Malah, PBT di negara maju tidak mengangkut sampah di hadapan rumah tetapi penduduk sendiri perlu membawa sampah ke kawasan pembuangan sampah yang disediakan tidak jauh dari taman perumahan mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pendidikan: Pemuda UMNO Raub mahu contohi MCA, MIC

Posted:

Pendidikan: Pemuda UMNO Raub mahu contohi MCA, MIC

Pendidikan: Pemuda UMNO Raub mahu contohi MCA, MIC


Shahiruddin Ab. Moin (empat dari kanan) dan Haris Fadzillah Abu Samah (kiri) menyaksikan Azinuddin Rahim (dua dari kiri) menyerahkan poster portal Score A kepada Pengetua SMK Dong, Samsiah Zainuddin di Raub, kelmarin.


RAUB 16 April - Pergerakan Pemuda UMNO Raub akan mencontohi kejayaan MCA dan MIC menubuhkan tabung pendidikan bagi meningkatkan kecemerlangan dan kualiti pendidikan pelajar Melayu di daerah itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Raub, Haris Fadzillah Abu Samah berkata, melalui modul kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu mampu meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Kata beliau, pihaknya akan menjalankan pelbagai program pendidikan untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Kalau MCA boleh berjaya meningkatkan kecemerlangan pelajar kaum mereka menerusi Projek Langkawi, Pemuda UMNO Raub juga mampu mencapai kejayaan serupa walaupun tiada lagi pelajar cemerlang di sekolah menengah harian di daerah ini.

"Ini merupakan cabaran bagi pengetua dan guru di daerah ini untuk menggilap pelajar kurang cemerlang. Ia tidak mustahil jika ada kerjasama semua pihak termasuk sumbangan daripada sektor swasta," katanya pada majlis pelancaran Jom Masuk U - Pemuda UMNO dan penyerahan portal Tuition Online Skor A, SPM Kenshido di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, dekat sini semalam.

Majlis anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Raub itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin.

Turut hadir, Pengarah syarikat perlombongan, Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd. (RAGM), Datuk Azinuddin Rahim.

Haris Fadzillah berkata, walaupun pelajar cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) meninggalkan sekolah asal mereka untuk meneruskan pelajaran di sekolah terbaik di seluruh negara tetapi rakan mereka yang kurang cemerlang juga perlu dibantu.

Berikutan itu, katanya, Pemuda UMNO Raub berhasrat menyumbangkan tenaga dan idea bagi membantu pelajar sekolah menengah harian di daerah itu supaya mereka boleh mencapai kejayaan di peringkat peperiksaan SPM.

"Mereka yang tidak mendapat keputusan cemerlang bukan bermakna tidak pandai tetapi mereka tidak bernasib baik mungkin kerana pendekatan atau persekitaran yang kurang memberangsangkan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mangsa ribut terima RM23,500

Posted:

Mangsa ribut terima RM23,500

Mangsa ribut terima RM23,500

TEMERLOH 16 April - Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM23,500 bagi membantu pemilik 10 rumah di tiga kampung yang rosak akibat ribut pada minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin (gambar) berkata, peruntukan itu bagi membaik pulih semula kerosakan kediaman penduduk akibat bencana itu.

Menurutnya, kerja baik pulih kesemua rumah yang terlibat dilakukan segera bagi memastikan mereka dapat kembali kepada keadaan asal.

"Peruntukan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco yang diadakan baru-baru ini sebaik sahaja saya dimaklumkan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita, di sini baru-baru ini.

Mohd. Sharkar berkata, tiga perkampungan terbabit adalah Kampung Orang Asli Paya Badak melibatkan lapan rumah manakala masing-masing sebuah rumah di Kampung Batu Hampar, Mentakab dan Pangsenam di sini.

Beliau berkata, pemberian peruntukan itu membuktikan kerajaan prihatin dengan kesulitan yang dihadapi rakyat.

Sementara itu, Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Dr. Sallehuddin Ishak berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memberi bantuan pakaian dan barangan makanan kepada mangsa ribut itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan