Khamis, 7 April 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Jalan rosak akibat lori

Posted:

Jalan rosak akibat lori

Jalan rosak akibat lori


SEORANG penduduk menunjukkan jalan rosak akibat dilalui kenderaan berat membawa hasil bijih besi dan sawit di Kampung Sementeh, Temerloh.


Saudara Pengarang,
TINDAKAN kerajaan menaik taraf jalan kampung bagi kemudahan penduduk amat dihargai oleh warga desa di Temerloh.

Namun, apa yang dikesalkan apabila jalan itu rosak kerana dilalui kenderaan berat seperti lori sehingga menyebabkan berlubang dan sukar kepada kenderaan lain melaluinya terutama pada musim hujan.

Laluan tersebut merupakan penghubung utama kepada 800 penduduk Kampung Sementeh dan Sungai Leleh yang berulang alik ke pekan berhampiran atau bandar Temerloh.

Jalan sepanjang lima kilometer itu untuk kemudahan penduduk turut digunakan lori mengangkut bijih besi dan lori balak untuk mengeluarkan hasil.

Akibatnya terdapat banyak jalan berlubang sepanjang empat kilometer hingga meresahkan penduduk.

Paling teruk apabila ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah setiap hari berselisih dengan lori terpaksa ke tepi jalan dan ada yang terpaksa memandu dalam lubang.

Masalah ini telah berlarutan sejak setahun lalu dan sepanjang tempoh itu penduduk terpaksa berkongsi laluan dengan kenderaan berat terbabit.

Oleh itu, saya mewakili kedua-dua kampung menggesa pihak berkuasa atau pihak terbabit supaya membaikinya segera supaya keadaan itu tidak berlarutan dan mengundang padah pada penduduk.

MOHD. HABIBI JAMILJKKK Kampung Sementeh, Temerloh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tambak tebing sungai daripada terhakis

Posted:

Tambak tebing sungai daripada terhakis

Tambak tebing sungai daripada terhakis


SEORANG pekebun getah melihat keadaan tebing sungai yang terhakis dan mengundang risiko kepada pengguna laluan tersebut di Kundang Patah, Raub.


Saudara Pengarang,
SAYA mewakili penduduk di Kundang Patah, Raub meminta pihak berwajib menambak tebing sungai setinggi tiga meter yang menghakis laluan harian petani akibat berlaku tanah runtuh setiap hari.

Saranan itu dibuat berikutan laluan tersebut menjadi jalan utama petani ke kebun getah yang terletak di tebing sungai.

Pekebun getah lazimnya keluar pada awal pagi dalam cuaca gelap dan amat berisiko melalui jalan yang terhakis itu.

Selain itu, ia adalah laluan utama pekebun keluar masuk sama ada menoreh atau membawa hasil getah keluar dengan motosikal.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini keadaan jalan menjadi semakin sempit serta mengundang bahaya terutama ketika cuaca kurang mengizinkan.

Tidak dinafikan terdapat laluan alternatif bersebelahan jalan tersebut, tetapi keadaannya terlalu rendah dan terdapat takungan air.

Jika melalui jalan alternatif itu ia mengundang risiko kepada penunggang motosikal yang boleh mendatangkan kecederaan.

Separuh Jalan Tanjung Aur pernah diturap tar dan terdapat beberapa kerosakan besar sepanjang jalan itu sehingga menjadi lopak air yang dalam.

Saya berharap pihak berkaitan atau agensi kerajaan memandang serius masalah ini dan berharap menambak semula tebing sungai itu demi keselamatan pekebun getah di situ.

MOHAMAD MAT YUSOFKundang Patah, Raub

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taman Negara sesak kenderaan diletak sesuka hati

Posted:

Taman Negara sesak kenderaan diletak sesuka hati

Taman Negara sesak kenderaan diletak sesuka hati


KENDERAAN diletak sesuka hati di laluan pintu masuk sehingga menimbulkan kesesakan dan tidak selesa pelancong asing yang singgah di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.


Saudara Pengarang,
MASALAH pelawat domestik dan individu meletakkan kenderaan sesuka hati 'menghantui' pihak lain yang kerap berkunjung ke Taman Negara Kuala Tahan daerah Jerantut.

Senario berkenaan amat ketara di pintu masuk ke Taman Negara di Kuala Tahan Seberang (hadapan sekolah rendah dan tempat menunggu bas) apabila kenderaan diparkir di kiri kanan jalan berkenaan yang sempit.

Keadaan itu menimbulkan kesesakan kepada pejalan kaki khususnya pelancong Barat sambil memikul beg berat ke pintu masuk dari taman itu.

Terdapat kenderaan lain memasuki laluan yang sudah sesak untuk memunggah barang atau menurunkan penumpang di pintu masuk taman berdekatan Sungai Tembeling.

Keadaan itu juga menutup langsung keceriaan pintu masuk taman yang dihiasi laluan berturap batu-bata merah, pokok bunga dan memudarkan lagi 'warna-warni' landskap taman berkenaan.

Bukan sahaja pelancong menghadapi kesesakan lalu lintas, malah, senario tersebut berlaku apabila murid sekolah rendah masuk dan keluar pintu pagar pada hari persekolahan.

Lebih menghairankan mengapa pemilik kenderaan tidak menggunakan parkir khas yang dibina oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berdekatan laluan ke sebuah resort swasta.

Parkir berkenaan yang boleh memuatkan hampir 100 buah kenderaan pada satu-satu masa selesa dan selamat, sebaliknya langsung tidak berfungsi sepenuhnya selain beberapa kenderaan sahaja dilihat berbuat demikian.

Saya meminta PBT menempatkan petugas beruniform secara bergilir-gilir untuk memantau kenderaan yang diletakkan sesuka hati khususnya pada cuti hujung minggu.

SURI TAMAN,Jerantut

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan