Khamis, 7 April 2011

Utusan Online - Mahkamah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Prosiding penuntut dakwa disihir kecoh

Posted:

Prosiding penuntut dakwa disihir kecoh

Prosiding penuntut dakwa disihir kecoh

KUALA LUMPUR 7 April - Suasana di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini kecoh lagi apabila keluarga seorang penuntut universiti, Yani Yuhana Mohd. Zambri yang hadir bagi kes pengesahan pernikahan, tidak berpuas hati setelah prosiding dijalankan secara tertutup.

Kejadian itu berlaku apabila bapa Yani Yuhana yang tiba di sini pada pukul 9.10 pagi terbaca notis pemberitahuan yang ditampal di papan kenyataan mengenai kes tersebut.

Secara spontan Mohd. Zambri Zakaria, 60, menghayun sebatang tongkat kayu ke arah cermin kaca notis itu dipamerkan, namun sempat dihalang oleh seorang anggota polis.

Selepas itu, Yani Yuhana bersama ibu bapanya terus beredar dalam keadaan marah dan enggan menghadiri prosiding.

Namun, selepas 10 minit, Mohd. Zambri kembali semula dengan ditemani peguam syarie yang mewakili anaknya, Othman Mohd. Noor.

Keadaan kembali kecoh selepas prosiding berakhir, apabila Mohd. Zambri yang keluar dari pintu mahkamah, tiba-tiba ditahan oleh tiga anggota polis berpakaian preman dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Difahamkan polis mahu mengambil keterangannya berhubung satu laporan polis.

Namun Mohd. Zambri yang merupakan guru seni silat dilihat enggan menyerah diri sebaliknya bertempik dia tidak perlu ke balai polis.

''Tolong lepaskan, saya rela mati syahid dengan terjun bangunan ini demi maruah anak. Bagi saya peluang jumpa isteri dan anak-anak di bawah (mahkamah),'' jeritnya sehingga menyebabkan hampir 10 anggota polis berkawal di sekitarnya.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila isteri guru silat itu bersama 10 pengikutnya menghalang mereka daripada membawa Mohd. Zambri ke balai polis kerana didakwa tiada hak untuk menahannya.

Setelah hampir 15 minit, Mohd. Zambri mengalah dan meletakkan satu syarat agar dia dibenarkan memandu keretanya sendiri ke IPD Dang Wangi.

Sebelum ini, kekecohan pernah berlaku apabila Yani Yuhana, 25, yang mendakwa dirinya disihir oleh ahli perniagaan tekstil, Muhammad Kamran Babar Nazir Khan, 46, pernah menampar lelaki tersebut.

Muhammad Kamran memohon pengesahan pernikahan yang didakwa berlaku di Sadiqadad Raw, Pakistan, dua tahun lalu.

Peguam syarie, Muhamad Burok yang mewakili pemohon ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, Yani Yuhana selaku responden telah memohon untuk mengemukakan hujah balas secara bertulis dan dibenarkan oleh Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan.

Mahkamah menetapkan 27 Mei depan, keputusan sama ada pernikahan tersebut sah ataupun sebaliknya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan