Selasa, 5 April 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Kenderaan terbiar di PPR, PA

Posted:

Kenderaan terbiar di PPR, PA

Kenderaan terbiar di PPR, PA

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


SEBUAH van dimasukkan ke dalam lori DBKL sewaktu operasi menyita kenderaan terbiar yang ditinggalkan di petak letak kereta kawasan PPR Pantai Ria, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 5 April - Kira-kira 1,000 buah kenderaan terbiar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) telah disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh November 2010 sehingga kini.

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, Sukiman Surahman berkata, sepanjang tempoh itu, lebih 300 buah kereta dan 800 bangkai motosikal disita di beberapa kawasan PPR yang diletakkan di tempat letak kereta dan menghalang lalu lintas.

Katanya, operasi menyita kenderaan terbiar ini adalah usaha berterusan pihaknya untuk memastikan kawasan tempat meletak kereta di kawasan PPR dan PA tidak disalah gunakan.

"DBKL menerima banyak aduan daripada penduduk mengenai kenderaan buruk dan terbiar yang ditinggalkan di petak letak kereta yang menyebabkan penduduk lain menghadapi masalah kekurangan tempat meletak kereta.

"Pemilik yang kenderaannya telah disita boleh menuntut kenderaan mereka di stor simpanan DBKL di Jalan Emas, Salak Selatan dalam tempoh tujuh hari dengan membuat bayaran kompaun minimum RM210," katanya kepada wartawan hari ini.

Beliau sebelum itu mengetuai operasi kenderaan buruk dan terbiar yang ditinggalkan di petak letak kereta dan menganggu lalu lintas di PPR Pantai Ria, Pantai Dalam.

Dalam operasi yang melibatkan 30 anggota penguat kuasa itu, sebanyak 10 kereta yang ditinggalkan terbiar di kawasan PPR tersebut disita oleh DBKL.

Operasi di PPR Pantai Ria hari ini terganggu apabila seorang pemilik kenderaan, Mohd. Ridzuan Abdullah, 51, cuba menghalang penguat kuasa daripada menyita lori kecil miliknya.

Dia mendakwa, pihak DBKL tidak memberi notis kepadanya dan terus menyita kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, tiada kejadian buruk berlaku.

Menurut Sukiman, DBKL telah meletakkan notis tujuh hari pada semua kenderaan terbabit untuk pemiliknya mengalihkan kenderaan mereka, namun hanya 15 daripada 25 kenderaan terbiar yang menerima notis tersebut dialihkan.

"Pemilik kenderaan yang disita diberi masa tujuh hari untuk membuat tuntutan dan jika gagal dalam tempoh itu, kenderaan tersebut akan dilupuskan oleh pihak DBKL," jelasnya.

Dalam pada itu, Sukiman menambah, dalam beberapa hari lagi DBKL akan membuat operasi terhadap motosikal yang dibawa masuk ke tingkat atas bangunan melalui lif yang boleh merosakkan kemudahan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PPR Laksamana tubuh SRS

Posted:

PPR Laksamana tubuh SRS

PPR Laksamana tubuh SRS


MUSLIM Ismail (kiri) memberi penerangan kepada anggota SRS yang lain sebelum mereka memulakan rondaan di PPR Laksamana, Cheras, baru baru ini.


KUALA LUMPUR 5 April - Hasrat penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, Jalan Peel di sini untuk mewujudkan Skim Rondaan Sukerala (SRS) di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) mereka bagi menangani kejadian jenayah di perumahan tersebut akhirnya tercapai apabila ia dilancarkan baru-baru ini.

Sebelum ini, tahap keselamatan agak merisaukan di PPR Laksamana yang mempunyai kira-kira 3,000 penduduk kerana sering berlaku kegiatan jenayah seperti kecurian dan pecah rumah.

Pengerusi KRT PPR itu, Muslim Ismail berkata, selain objektif utama penubuhannya ialah bagi membantu pihak berkuasa menjayakan usaha mencegah jenayah, ia juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk di kawasan itu dengan mengadakan gotong-royong dan aktiviti kebajikan.

"Buat permulaan tempoh percubaan rondaan yang bermula pukul 1 hingga 3 pagi diadakan dan sekiranya ada keperluan masa rondaan akan ditambah.

"Kesemua pihak akan bekerjasama bergilir-gilir membuat rondaan dan berjaga malam bagi kawasan yang berisiko tinggi," katanya.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Daerah Cheras, Mohd Yunus Zainuddin.

Turut hadir ialah Ketua Balai Polis Pudu, Inspektor Jamaludin Hassan, wakil Jabatan Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Zon 1 dan ahli-ahli jawatankuasa KRT serta persatuan penduduk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

50,000 pengguna LRT, monorel

Posted:

50,000 pengguna LRT, monorel

50,000 pengguna LRT, monorel

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
kota@utusan.com.my


Kong Cho Ha (tengah) diberi penerangan sewaktu melawat Stesen Monorel Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR 5 April – Projek penyepaduan beberapa stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel yang menelan kos RM12.6 juta akan memberi manfaat kepada lebih 50,000 pengguna kemudahan itu setiap hari.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, apabila kerja menaik taraf stesen-stesen itu siap, orang ramai dapat bertukar aliran dengan mudah dan cepat kerana pembahagian kawasan urusan menjadi lebih sistematik.

"Projek ini melibatkan kerja-kerja pemindahan kaunter tiket, penyeragaman kawasan dataran dan bayaran, pembinaan jejambat pejalan kaki, tandas, surau serta kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU)," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau kerja-kerja berkenaan di Stesen LRT Masjid Jamek dan Titiwangsa serta Stesen Monorel Titiwangsa dan KL Sentral, di sini hari ini.

Menurut Cho Ha, daripada kos keseluruhan itu, sebanyak RM8 juta diperuntukkan untuk projek di Stesen Masjid Jamek yang bermula tahun lalu dan dijangka siap bulan depan.

"Bagi Stesen LRT dan Monorel Titiwangsa pula, ia melibatkan kos RM4.6 juta dan dijangka siap hujung bulan ini," katanya.

Mengenai kemungkinan pemilik basikal berenjin diwajibkan mengambil lesen sebelum dibenarkan menunggang kenderaan itu di jalan raya, Cho Ha berkata, perkara itu perlu diperhalusi lagi dan tempoh dua bulan diperlukan untuk membuat keputusan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan