Utusan Online - Jenayah |
Warga emas maut angkara kereta berlumba Posted: Warga emas maut angkara kereta berlumbaKUALA LUMPUR 21 April - Seorang wanita warga emas menjadi mangsa dua buah kereta yang sedang berlumba apabila dia maut setelah kenderaannya dilanggar sebelum terbalik di Kilometer 4, Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Taman Selaseh, Gombak hari ini. Rokiah Mat Nor, 65, meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit dalam kereta jenis Perodua Kancil dipandu suaminya, Baharuddin Hussin yang cedera parah dalam kemalangan itu. Kejadian berlaku pukul 11.45 pagi ketika kereta dinaiki pasangan suami isteri itu bersama adik perempuan Rokiah dalam perjalanan pulang ke kampung di Jerantut, Pahang. Menurut saksi kejadian, sebuah kereta jenis Proton Putra yang dipandu seorang anggota polis dipercayai sedang berlumba dengan sebuah kenderaan lain. "Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kereta Putra itu terbabas kerana cuba mengelak sebuah motosikal. "Kenderaan itu kemudian bergesel dengan Kancil tersebut menyebabkan Kancil itu terbalik di tengah-tengah lebuh raya. "Kemalangan itu menyebabkan kereta Putra itu tercampak kira-kira 10 meter ke bawah tebing lebuh raya manakala kenderaan yang berlumba dengannya menghilangkan diri selepas kejadian," kata saksi terbabit. Difahamkan, anggota polis itu yang berusia lingkungan 20-an tidak mengalami kecederaan namun terkejut dengan kejadian tersebut. Menurut saksi itu lagi, orang ramai kemudian membantu mengeluarkan pemandu kereta Kancil dan adik perempuan Rokiah sebelum dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan. Kemalangan itu turut menyebabkan laluan lebuh raya ini dari arah Gombak sesak teruk sepanjang tiga kilometer apabila hanya satu lorong dibuka untuk laluan. |
Dua cedera parah pemandu mabuk lawan arus Posted: Dua cedera parah pemandu mabuk lawan arusKUALA LUMPUR 21 April - Seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol bertindak memandu keretanya berlawan arus kira-kira satu kilometer sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, berdekatan persimpangan masuk ke Astro di Sungai Besi awal pagi ini. Kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu mengakibatkan pemandu kereta jenis Proton Wira yang dipercayai mabuk itu serta pemandu kereta jenis Proton Iswara yang bertembung dengannya cedera parah. Pemandu Iswara itu yang tersepit di tempat duduk, terpaksa dikeluarkan oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat. Difahamkan, ketika kejadian, selain mangsa, terdapat dua penumpang di dalam kereta Iswara itu namun mereka hanya mengalami cedera ringan. Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, dia ternampak sebuah kereta dipandu berlawanan arus dari arah Desa Petaling menghala ke plaza tol Sungai Besi. "Selepas itu saya nampak beberapa buah kenderaan yang baru melepasi plaza tol cuba mengelak kenderaan yang dipandu menentang arus itu. "Bagaimanapun, sebuah kereta Iswara gagal mengelak menyebabkan kedua-dua (kenderaan) bertembung dari arah berhadapan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan