Jumaat, 22 April 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Status maju bukan jaminan

Posted:

Status maju bukan jaminan

Status maju bukan jaminan

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak melancarkan kempen Amalan Senyuman Perbendaharaan dengan slogan 'Senyum Selalu' pada perhimpunan Khas Bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan di Kementerian Kewangan, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 21 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, status negara maju bukan jaminan untuk terus kekal berjaya sebaliknya ia boleh terjerumus menjadi negara yang gagal jika ekonomi dan dasar kewangannya tidak diurus dengan baik.

Tegas Perdana Menteri, negara yang tergolong dalam kategori tersebut akan kehilangan maruah kerana terpaksa menagih bantuan kewangan daripada institusi-institusi kewangan antarabangsa dan serantau.

Situasi tersebut, kata beliau, akan mengakibatkan ketidaktentuan dari segi dasar domestik yang akan membawa kepada beban yang berat kepada rakyat seperti berlaku di Greece, Ireland dan Portugal.

''Sangat penting untuk menjaga dan memelihara kepentingan rakyat dan maruah negara, kejayaan serta kesejahteraan rakyat bergantung kepada keupayaan kementerian menentukan segala dasar makro dan kewangan dengan cekap dan berkesan.

''Bagi mencapai impian itu kerajaan telah menentukan hala tuju dan landasan yang cukup jelas berpandukan kepada falsafah induk kita iaitu 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'," katanya yang juga Menteri Kewangan pada Perhimpunan Khas Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Kata Perdana Menteri, pelbagai dasar, program dan projek antaranya di bawah Program Transformasi Kerajaan, Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara, Program Transformasi Ekonomi, 12 Aktiviti Utama Ekonomi Nasional dan Model Ekonomi Baru telah dirangka supaya Malaysia kekal berjaya dan status negara maju pada 2020 dapat dicapai.

Menurutnya, pada tahun lalu, negara berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.2 peratus dan cabaran sekarang ialah menentukan pertumbuhan tersebut pada kadar tidak kurang enam peratus setiap tahun.

Cabaran berikutnya, jelas beliau, ialah menjaga kadar inflasi negara supaya dapat dikawal pada tahap serendah mungkin kerana jika tidak, akan mengakibatkan rakyat menanggung kesusahan dan beban hidup yang lebih berat.

''Kita juga bermatlamat menetapkan kekayaan negara dan pertumbuhan ekonomi yang mampan diagihkan secara seimbang untuk menentukan keadilan sosial agar dapat dirasai semua rakyat," katanya.

Pada majlis yang sama, Perdana Menteri menerima anugerah persijilan MS ISO 9001:2008 bagi pihak Perbendaharaan dan melancarkan kempen Amalan Senyuman Perbendaharaan dengan slogan 'Senyum Selalu' selama dua bulan.

Sijil MS ISO 9001:2008 akan melibatkan tujuh bahagian iaitu Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan; Analisa Cukai; Ekonomi dan Antarabangsa, Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari; Kawalan dan Pemantauan; Pengurusan Kewangan Strategik; Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat dan Unit Komunikasi Korporat.

Mengenai kempen itu, Perdana Menteri berkata, ia bertepatan dengan hasrat meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam bagi memastikan perkhidmatan disediakan sentiasa disenangi dan memuaskan hati rakyat dan pelanggan keseluruhannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia perlu agresif tonjol potensi – TPM

Posted:

Malaysia perlu agresif tonjol potensi – TPM

Malaysia perlu agresif tonjol potensi – TPM

Oleh Nizam Hamid


Muhyiddin Yassin menyaksikan pertukaran dokumen persefahaman antara Pengerusi Eksekutif Metro Kajang Management Sdn. Bhd., Datuk Alex Chen Kooi Chew (kanan) dengan Timbalan Pengurus Besar Guoao Investment & Development Co. Ltd., Gao Hao di Shanghai, semalam. Turut kelihatan Duta Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin (kanan belakang). – BERNAMA


SHANGHAI 21 April – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia akan bertindak lebih agresif bagi menonjolkan potensi ekonominya bagi menarik lebih banyak syarikat dari negara ini untuk datang melabur.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, walaupun China dilihat sebagai pusat pertumbuhan ekonomi, Malaysia masih mempunyai kelebihan terutama dari segi kos yang rendah dan kerajaan yang menyokong pembangunan perniagaan.

"Mungkin ada pelabur senang berniaga di sini kerana ekonominya mantap dengan pertumbuhan dua angka sejak sekian lama serta kuasa membeli yang besar tetapi tidak ada sekatan daripada kerajaan mereka untuk melabur di luar negara.

"Kita juga sedar bukan mudah berurus niaga dan melabur di China kerana ada undang-undang pekerjaan dan buruh yang mungkin menyebabkan kos buruhnya bertambah," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat meja bulat dengan peneraju industri di sini hari ini.

Mengulas pelaburan dari China yang masih rendah di Malaysia, beliau yang dalam rangka lawatan kerja seminggu ke negara ini memberitahu, terdapat pihak yang berpendapat Malaysia juga hampir kompetitif dengan China untuk membuat pelaburan.

"Pada peringkat awal pelabur datang ke sini untuk mengambil kesempatan daripada pasaran yang besar dan buruh yang ramai tetapi kini kosnya telah meningkat dan di sesetengah kota, ia lebih mahal dari Kuala Lumpur," ujarnya.

Keadaan itu kata Timbalan Perdana Menteri, menunjukkan prospek untuk Malaysia menarik pelabur dari sini masih ada, cuma usaha yang lebih agresif perlu dilakukan bagi tujuan itu.

Terdahulu, Muhyiddin menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalankan usahasama antara beberapa syarikat Malaysia dengan China.

MoU itu melibatkan WCL Global Corporation Sdn. Bhd. dengan Schneider Electric (China) Investment Co. Ltd. yang akan terlibat dalam kerjasama menghasilkan tenaga berkapasiti lima MegaWatt menerusi teknologi solar di Sarawak.

Metro Kajang pula menandatangani MoU dengan Guoao Investment and Development Co. Ltd. bagi meneroka peluang dalam bidang hartanah, manakala Imaprima Sdn. Bhd. akan bekerjasama dengan China Triumph International Engineering Co. Ltd. dalam industri simen di Malaysia.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung dan Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba.

Muhyiddin sebelum itu turut bertemu dengan Datuk Bandar Shanghai, Han Zheng.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kematian Sarbani akibat cedera

Posted:

Kematian Sarbani akibat cedera

Kematian Sarbani akibat cedera

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 April – Polis hari ini mengesahkan kematian pegawai kastam, Ahmad Sarbani Mohamed di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu disebabkan kecederaan parah akibat jatuh dari lokasi tinggi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, hasil siasatan menyeluruh itu tidak hanya membabitkan pihak polis malah turut melibatkan hospital, Jabatan Kimia serta pakar patologi.

"Siasatan turut menggunakan kaedah tertentu termasuk lakonan semula oleh pelakon lagak ngeri bagi membantu mendapatkan hasil penemuan.

"Menerusi siasatan ini, kami dapati kematian beliau selari dengan kecederaan akibat impak jatuh dari tempat yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perbarisan Ulang Tahun Hari Kor Kadet Polis Ke-41 di Astaka Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Ahmad Sarbani, 56, yang juga Penolong Pengarah Kastam Selangor ditemui mati di gelanggang badminton tingkat satu pejabat SPRM setelah ditinggalkan bersendirian oleh pegawai suruhanjaya itu.

Kes kematian beliau menjadi perhatian kerana SPRM ketika itu giat menjalankan Operasi 3B terhadap Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) atas kesalahan rasuah, pengubahan wang haram dan pelbagai lagi, yang melibatkan kerugian berbilion ringgit pendapatan negara.

Mengulas lanjut, Zulkifli memberitahu, sepanjang siasatan itu dijalankan, sebanyak 48 percakapan saksi telah direkodkan.

Menurutnya, siasatan kes itu masih kekal dilakukan mengikut laporan kematian mengejut (SDR) dan kertas siasatan yang telah siap itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AG) selewat-lewatnya minggu ini.

"Kita akan berusaha untuk hantar (kertas siasatan) minggu ini juga tetapi jika tidak sempat, kita akan hantar pada minggu depan.

"Sebaik sahaja dihantar kepada AG dan ada perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian, itu adalah perkara biasa. Apa pun saya berpuas hati dengan siasatan menyeluruh yang dibuat," katanya.

Ditanya sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes kematian pegawai kastam itu, Zulkifli enggan mengulas sebaliknya memberitahu, siasatan itu diklasifikasikan sebagai SDR.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan